BAGAIMANA RUAM SUSU HILANG DARI ADIK

guideimage10

Selalu kita percaya dan bayangkan kulit bayi yang halus dan mulus. Tetapi hakikat sebenar ianya tidak semestinya sentiasa halus, lembut dan bebas daripada kecacatan. Oleh kerana kulit bayi masih belum matang, terlalu halus dan sangat sensitif pada persekitaran serta hakikat bahawa bayi masih dalam proses membiasakan diri dengan persekitaran yg serba baru, biasanya dia juga akan mengalami ruam dari semasa ke semasa dalam minggu-minggu pertama kelahirannya.

Jenuh juga nak menghilangkan jika dah terkena kan?

Namun, ada juga bayi yg lansung tidak terkena ruam. Anda dan bayi dikategorikan sebagai insan bertuah andai termasuk dalam golongan ini!

Adik Ain Sufi sejak lahir memang sudah mempunyai ruam halus di sekitar tubuhnya. Di leher ada sikit, di muka ada sikit, di tangan dan kaki juga ada sikit. Atas sebab itu, kami dilarang oleh makcik bidan yg datang mengurut saya, merangkap advisor baby utk sentiasa bedung adik. Guna kain lampin boleh, itu pun sekejap-sekejap. Tambahan lagi, dengan cuaca sekarang yg panas membahang. Memang tak sesuai dengan bungkus-bungkus segala.

Dah lama draft entry ni, tapi baru berkesempatan buat finishing. Tapi bila dah dapat mengadap, susah pulak nak berhenti. Macam-macam. Dugaan betul kali ni, ini bukan cobaan tapi betul-betul kejadian! (Baca : Nada bibik Eny dalam filem Pendekar Bujang Lapok). Lempang diri sendiri.

ALKISAH RUAM/KURAP SUSU DI PIPI ADIK

Jenis ruam ini selalunya terdapat pada muka bayi 6-8 minggu selepas kelahiran. Ruam geseran selalunya disebabkan oleh tangan bayi yang menggosok-gosok pipinya sambil dia meneroka, dan juga boleh disebabkan oleh air liurnya, terutamanya jika bayi sudah pandai menghisap jari. Tapi, dalam situasi adik, ruam kat pipi tu muncul lebih kurang seminggu umur adik.

Selalu dulu-dulu tgk budak kecik especially baby yg ada ruam merah-merah dkt muka. Dlm family sy yg adik beradik ramai ni ada sorang, adik yg no.7. Lelaki bongsu. Org tua kata kurap susu. Memang masih ingat sangat-sangat sbb kita kakngah, anak no.2, yg usia kanak-kanak smpai remaja dihabiskan dgn cebok berak semua adik-adik. So, ingat ye..dah besar jgn nak derhaka sgt dkt kakak kamu ni. (sempattt, pesanan penaja.hihihi)

Google Pic : kurap atau ruam???

Google Pic : kurap atau ruam???

Dlm kemerahan tu ada bijik-bijik berbintik halus yg nmpk mcm pedih dan merengsakan sgt. Tp tak tahulah yg sbnrnya apa rasa dia sbb budak tu kecik lg masa tu. Kadang-kadang ada jd mcm berkuping, kalau ikut geram mmg rs mcm nak kopek aje, tapi nak usik-usik sgt pun takut nanti mama marah.. Mama kata dah mcm-mcm letak tp sama je, kemain liat nak hilang. Last-last biar je, tau-tau makin kurang and hilang sendiri aje seiring usia dia (dah mcm skrip iklan pulak dah..whatever!) Seingat sy jgk, lama tau ruam ni nak hilang, nasib baik dia masa kecik putih melepak, so masih nmpk comel lg.. hehehe.

Bila dah besar ni, dah jadi ibu.. masih ada rasa yang sama. Seriau bila terbayang baby ada ruam mcmtu dekat pipi.. Ok. Anak pertama clear, walopun kulit dia tak secantik si adik tp tang pipi tu licin mulus laa.. Tapi, yang kedua ni ada masalah sikit bab tu, lebih kurang seminggu lahir mula dah nampak ada naik ruam di pipi.

Herm..herm.. tak syok sgt rasa bila nak cium-cium baby ada pulak cela merah-merah macamtu. Dah la bau best, gian nak muah muah bnyk kali tp tak dpt rasa kelembutan pipi baby gitu.. Kesian pun ada. Jenuh la fikir, google segala. And jgn taktau, macam-macam jenis petua in da house. Ragi, air kanji nasi, minyak zaitun, minyak kelapa dara, susu ibu, krim lampin,  aloe vera, tepung ubi, pucuk delima, sabun susu kambing, lipstick, bepanthen, calamine lotion, hazeline snow, nivea cream, bedak sejuk, air liur mak lps bgn tido sblm gosok gigi. Erkk..apakah?!

download (6)

Sampai macamtu sekali? Mmg runsing kan dgn kurap susu di pipi baby ni. Yelah, bkn sembarangan krim yg boleh disapu dkt muka kita ni. Kalau kita yg dewasa pun silap sapu naik jerawat, ni pulak baby yg berkulit lembut dan sensitif. Syg ooo kalau jd sesuatu yg tak diingini. Dalam banyak-banyak petua, ini salah satu yg buka mata sy, tp tak ada confident pulak nak cuba sbb takut jd lg teruk. (Maklumlah, takde experience terdahulu).

Ini saya dapat daripada satu forum online FAQ Parenting Tips & Issue.

Sapukan susu ibu pada kurap susu tu, dan bersihkan. Sbb kurap susu terjadi disebabkan kulit bayi yg terkena susu ibu yg penuh dgn sel hidup. bila dibiarkan, sel tu akan mati dan jd tempat bakteria membiak. So, sel hidup dalam susu ibu jugak la yg boleh mematikan kuman kurap susu. (Baca : ehmm..yeke? *masih tak percaya)

Sehinggalah saya terbaca dalam sebuah parenting book (yg lain) karangan Jennifer Hor. Siapa? Dia adalah practicioner yg handal dalam memberikan khidmat nasihat persediaan bersalin dan kemahiran penjagaan bayi. Bahawasanya menyapukan air susu di pipi bayi semasa menyusukannya tidak akan menyebabkan ruam susu, sebaliknya susu ibu mempunyai antiseptik semulajadi dan tidak mungkin ia boleh menyebabkan ruam.

Masa sy jumpa buku ni and start nak mula percaya keberkesanan petua ni, ruam dah tak ada dkt pipi adik Ain.

So amazing, kan?

buku

So nak tau apa yg sy buat? Apa yg jadi pilihan saya?

Akhirnya, atas keyakinan dan pengalaman manis yg lepas-lepas, sy buat keputusan utk gunakan Shaklee. Basic-H sbg toner (ala-ala dettol utk dressing luka) dan kemudian krim Herbal-blend sbg krim sapu. Satu hari lebih kurang 3-4 kali sy apply both kat pipi adik.

Kasi post sikit.. tudia!!

basic h n cream

Bau dia best sgt, tak macam ubat hospital. Fresh and menthol gitu.. Ala-ala bau minyak angin tu tapi tak panas, rs berangin manja..hehe.. Bila sapu kat pipi, cepat dan mudah meresap dalam kulit. Memang rasa kulit lembut dan lembap je, tak berminyak dan paling penting tak melekit!

So far, cepat sangat berkesan!
Krim ni ada clinical test tau, maksudnya memang dah diuji keberkesanannya oleh ujian klinikal di makmal. Bkn sekadar testimoni semata-mata.

Satu tiub tu tahan agak lama jgk sbb 4oz (113gram). Jadi, berapa lama boleh tahan?

Memang takkan habis, kalau tak guna.. :) Ofkos until expired date dan sampai dah habis guna..hehehe..

Setakat guna sapu-sapu sikit je secalit..macam tak luak pun. Tapi kalau saya, selalunya tak sampai expiry date pun, mmg laris sebab ada sorang pengguna cilik lagi yg pantang tengok krim tu. Penggunaannya macam ubat gigi la. Kalo guna hari-hari dengan amaun yang banyak cepat lah habis. Tp if just untuk sapu-sapu kat ruam biasa je, lama berbulan gak tu tahan..

FREE from paraben dan juga bahan-bahan kimia yg berbahaya. Jd, mmg selamatlah untuk bayi. Tak risau kalau nak sapu kat tangan atau muka kan. Ramuannya pun drpd bahan-bahan semulajadi spt horse chestnut, bunga yarrow, daun sage dan rosemary.

Woweeeee.. ia benar-benar menakjubkan! Sy sangat-sangat lega dan berpuas hati. Alhamdulillah, biiznillah.. Cakap bnyk tak guna, kita belanja picture adik sebelum dan selepas. :)

Fotor01023144659

MAGIK TAK? MAGIK TAK? MAGIK TAK ?!

INILAH DIA CERITA MAGIK RUAM SUSU BABY SI ADIK AIN..

SEKIAN.. TAMMAT SUDAH.. :)

79,638 total views, 3 views today

2 Thoughts on “BAGAIMANA RUAM SUSU HILANG DARI ADIK

  1. Pingback: PENGALAMAN IBU MENJAGA ANAK HFMD PART 2 : Nasuha Vita Life

  2. Pingback: ANAK SELALU TAK SIHAT DEMAM BATUK SELSEMA | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation