BAGAIMANA NUTRISI SHAKLEE BANTU KAWAL KENCING MANIS IBU HAMIL

Ibu mengandung merupakan golongan yang sangat perlu diberi perhatian lebih kerana selain membawa nyawa yang satu lagi di dalam dirinya, terdapat terlalu banyak risiko dan komplikasi kehamilan yang boleh berlaku.

Sering kita dengar trauma-trauma ibu mengandung yang mengeluh mahu mengelak daripada minum air gula yang pekat dan likat sebaik tiba giliran regular checkup di klinik. Ia tak lain dan tak bukan adalah untuk mengesan kehadiran gula yang berlebihan di dalam darah ibu dan kemungkinan bahawa si ibu menghidap kencing manis semasa hamil.

pregnant woman

Proses persenyawaan yang berlaku di alam rahim itu pun sudah terlalu kompleks, apa lagi perjalanan 40 minggu kehamilan. Betul, memang ada ibu yang hamil, tetapi lansung tidak mengalami alahan mual, muntah dan hilang selera makan sejak di awal kehamilan hingga kelahiran.

Tak dinafikan juga ada antara mereka yang sebaik saja mengandung, terus beranggapan bahawa mereka perlu makan lebih banyak kerana kepercayaan “makan untuk dua orang”.

Benarkah?

Apa akan jadi ya kalau berat badan tak dikawal masa mengandung?

Penjagaan kesihatan dan diet pemakanan yang tidak dikawal semasa mengandung akan cenderung menyebabkan ibu hamil mengalami kenaikan berat badan dan berisiko untuk berdepan dengan masalah berikut :

  • kencing manis ketika hamil (GDM)
  • tekanan darah tinggi
  • pre-eclampsia
  • mudah letih dan lesu
  • susah turun berat badan lepas bersalin
  • emosi terganggu
  • risiko bayi terlalu kecil – nutrien tidak sampai kepada bayi
  • risiko bayi terlebih besar – sukar bersalin kerana saiz bayi
  • tinggi risiko bersalin ceaser

diabetes ketika hamil

Berat badan ibu hamil akan sentiasa meningkat sepanjang tempoh kehamilan dan sememangnya berbeza antara seorang dengan seorang yang lain.

Masalah berat badan yang berlebihan semasa kehamilan akan mengundang pelbagai masalah kesihatan. Kelahiran cacat di kalangan penghidap diabetis ketika hamil juga boleh berlaku dan risikonya adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan kehamilan biasa.

Oleh sebab itu pengambilan makanan yang seimbang adalah sangat penting, bukan sahaja untuk kehamilan yang sihat tetapi juga sebagai persediaan untuk sebarang komplikasi buruk berkaitan kencing manis yang kerap terjadi hanya semasa seseorang itu hamil.

Selain suplemen tambahan yang diberikan oleh doktor sebaik sahaja disahkan hamil, ibu-ibu juga harus mengawal tabiat pemakanan agar nutrisi yang sepatutnya diperlukan dapat diserap dengan baik oleh tubuh.

Energizing Soy Protein (ESP)

ESP Shaklee - protein soya Non-GMO tanpa kolesterol yang membekalkan tenaga berpanjangan

Ramai juga yang mengatakan serbuk soya ESP ni tidak mesra pada lidah dan tak boleh diterima tekak. Namun tahukah anda bakal-bakal ibu bahawa protein adalah sangat penting untuk pembentukan dan pertumbuhan bayi di dalam kandungan tau!

ESP mengandungi serbuk protein lengkap dengan asid amino yang diperlukan tubuh tetapi tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. 1 hidangan ESP adalah bersamaan dengan 4 kali ganda telur ayam, 6 kali ganda roti bijirin penuh, 2 kali ganda daging dan 12 kali ganda susu yang :

  • rendah indeks glisemik yang membantu mengawal kadar gula dalam darah
  • memberikan rasa kenyang yang berpanjangan dan lebih lama
  • mengawal berat badan ibu supaya tidak berlebihan sekaligus mengelak risiko diabetis

Yang paaaling best, ESP ni bagi rasa kenyang dan memberi tenaga. Rendah kalori juga. Bila kurang lapar, kuranglah nafsu makan. Jadi dapatlah kita yang mengandung ni kawal berat badan semasa mengandung dengan sihat kan?

Mahu atau tidak, suka atau tidak, bakal-bakal ibu yang menghidap kencing manis mesti menjaga pemakanan ketika hamil bagi mengelakkan berlakunya komplikasi kehamilan yang boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi yang dikandung.

B-Complex Shaklee :

B-Complex Shaklee - membantu menukarkan karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga

  • Vitamin penting untuk bekalan vitamin B yang lengkap beserta asid folik
  • Kandungan vitamin B6 membantu mengawal loya dan alahan di awal kehamilan
  • Mengurangkan risiko kecacatan sistem saraf dan tiub neuron bayi di dalam kandungan
  • Menggalakkan metabolisme gula dan pembebasan tenaga daripada makanan yang diambil oleh ibu hamil

 

Vitalea (multivitamin Shaklee)

Vitalea Multivitamin Shaklee - multivitamin lengkap dengan 28 vitamin dan mineral penting membantu pembentukan sel darah dan mengekalkan kesihatan optimum

Mengandungi zinc untuk membantu pankreas menghasilkan hormon insulin yang bertugas mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.

Kombinasi lengkap Vitalea, B-complex dan Vitamin C dalam Set Kehamilan Shaklee membekalkan kesemua nutrisi penting yang diperlukan untuk kesihatan ibu hamil dan tumbesaran bayi.

 

Setiap kehamilan adalah berbeza dan tidak sama. Sentiasa terdapat kebarangkalian untuk bakal ibu terjebak dalam masalah kesihatan yang sama sekali tidak disangka-sangka.

Sangat penting untuk ibu hamil mengambil serius tentang masalah kencing manis yang mungkin berlaku ini lebih-lebih lagi jika anda tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi seperti :

  • BMI melebihi 30
  • sejarah kelahiran terdahulu dengan rekod bayi besar (4 kg ke atas)
  • pernah menghidap gestational diabetis pada kelahiran yang lepas
  • mempunyai latar belakang keluarga yang juga menghidap kencing manis

Dalam kebanyakan kes, adalah digalakkan agar ia dirawat sejak di peringkat awal. Doktor akan menasihatkan anda mengenai cara-cara mengawal tahap gula dalam darah dengan :

  1. Ubah corak pemakanan dan selalu bersenam
  2. Kurangkan makanan dan minuman bergula.
  3. Pilih diet seimbang yang tinggi karbohidrat penuh bijirin, protin tanpa lemak dan lemak baik

Jika berat badan ibu telah berlebihan sebelum hamil lagi, kurangkanlah pengambilan kalori dan lakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

Pada kebiasaannya ibu hamil juga akan diminta untuk memantau tahap gula dalam darah untuk mengetahui sama ada perubahan gaya hidup yang diamalkan memberi kesan perubahan yang positif atau tidak. Scan ultrasound akan dilakukan untuk memeriksa saiz pembesaran bayi anda dan jumlah cecair amnion di dalam uterus.

Jika bakal ibu telah terlebih dahulu tahu bahawa dirinya menghidap kencing manis dan merancang untuk hamil, ambil 5 mg dos tambahan asid folik setiap hari semasa sedang mencuba untuk hamil, kemudian setelah hamil diteruskan juga sepanjang tiga bulan pertama kehamilan.

Moga usaha-usaha ini sedikit sebanyak akan dapat membantu ibu-ibu hamil atau yang ingin hamil melalui kehamilan dengan keadaan kesihatan yang baik sentiasa. Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan dan jika dia berkehendakkan sesuatu maka jadilah ia.

3,832 total views, 4 views today

3 Thoughts on “BAGAIMANA NUTRISI SHAKLEE BANTU KAWAL KENCING MANIS IBU HAMIL

  1. Pingback: BERAT BADAN SIHAT SEMASA MENGANDUNG | Nasuha Vita Life

  2. Pingback: KOMPLIKASI DAN RISIKO KEHAMILAN | Nasuha Vita Life

  3. Pingback: 6 NUTRISI TERPENTING MAK MENGANDUNG MESTI MAKAN SUPAYA CUKUP ZAT DAN BABY TIDAK CACAT | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation