BAGAIMANA NAK JADI STOKIS ATAU BUKA OUTLET JUAL PRODUK SHAKLEE

Kenapa Shaklee Takde STOKIS?

Mesti ramai yang tertanya-tanya soalan nih kan? Samada yang tanya tu sebab nak beli vitamin Shaklee atau sebab dia sendiri yang nak jadi stokis.

Almaklumlah, ramai yang dah mula nampak betapa cerah dan gemilangnya masa depan bersama Shaklee yang sentiasa dicari orang walaupun banyak dilanda kontroversi liar ni.

Antara soalan yang famous amos,

“Ko takmo bukak stokis ke?”

“Upgrade lah jadi stokis weh, takkan nak jadi distributor je seumur hidup?”

Ewah ewah sangat kan. Ai business leader tau. Takpayah jadi stokis pun boleh jana income ribu riban tau. Hihihi.

Saya dah jenuh sebenarnya ditanya. Kalau dulu orang asik tanya pasal kedai Shaklee, sekarang ni pulak orang asik suruh hapgred jadi stokis.

Mai lah join group akak ni. Banyak akak boleh ajar tau, takyah susah-susah nak simpan stok atau pening-pening nak korek modal nak naik pangkat stokis ke, master stokis ke, atau apa-apa jelah yang korang duk teringin tu.

Manakan tidak. Sekarang ni banyak dah kan syarikat direct selling yang tumbuh melata macam cendawan lepas hujan di Malaysia ni yang ada stokis.

Siap galakkan pengedar-pengedarnya jadi stokis terus. And ofkos dengan sum amount yang kena labur lah untuk beli stocks. Dah namanya pun stokis, ye dak?

Bila ada stokis ni, apa yang biasanya kita selalu dengar?

Antaranya ialah stokis mula mainkan harga. Kalau sekalipun syarikat dah tetapkan harga jualan RM10, stokis ni relax je turunkan ke RM8. Boleh senang hati je kasik harga lain sebab stokis kan.. Margin untung pun dah lain. Kalau jual harga gitu pun masih lagi boleh untung katanya.

Apa kesannya kalau jadi macamni?

Akibatnya ialah, pengedar kecil-kecilan terpaksa tanggung rugi. Sebab ye lah, diorang ambik daripada stokis lain (yang harganya takde discount). Alih-alih stokis yang lain selamba je pancung dan bolot customer disebabkan harga tu. Kesian kan.

Lebih dahsyat lagi, kalau report ke syarikat induk, mereka tak serius untuk ambil apa-apa tindakan pun.

Siap respon “itu strategi stokis masing-masing untuk lariskan jualan”. Sebab daripada syarikat sampai lah ke stokis, masing-masing nak untung cepat, bukannya nak bangunkan bisnes yang build to last. Yang boleh bertahan sampai umur pencen dan diwariskan kepada anak cucu cicit.

So, diulang sekali lagi.. Shaklee memang takde stokis dan takkan ada sampai bila-bila pun. Kaya mcm mana pun, takkan dapat lesen stokis daripada Shaklee. Kalau korang ada pernah dengar wujud stokis kat mana-mana tu, illegal punya tu. Sila pergi buat report. Tapi janganlah pulak ekstrem sangat sampaikan branch Shaklee pun korang cop sebagai stokis illegal.

Kalau ada yang masih tak sure mana-mana cawangan Shaklee boleh rujuk kat sini Senarai Cawangan Shaklee seluruh Malaysia

Macam saya ni memang dah hafal senarai branch yang Shaklee ada, especially kat Klang Valley ni. Satu di Sunway – HQ dan satu lagi di Seri Rampai – KL branch.

Baca Juga : Kenapa Shaklee Tak dijual di kedai, farmasi dan pasaraya???

Shaklee bukan saja takde stokis, tapi sangat-saangat menjaga kebajikan semua pengedar supaya takde yang main-mainkan harga. Buktinya, berapa banyak yang dah rank Master pun kena terminate sebab buat kerja gila begini. Malah shaklee siap declare secara terang-terangan :

“Jual harga retail kepada yang bukan ahli adalah suatu kesalahan. Harga ahli hanya untuk yang dah sah berdaftar jadi ahli sahaja”.

So.. korang pun jangan seronok sangat eh nak membeli produk Shaklee yang internasional ni kat Laxadot atau JalanSebelas yang harga dia tahap jatuh menonggeng tertonggeng tuh. Tak berkat nanti kang vitamin yang korang makan.

Ada ke syarikat lain yang macam ni punya strict?

Hermm.. mungkin ada lah kot tapi saya tak pernah jumpa menyebabkan saya dah banyak kali jugak hangat-hangat tahi ayam dengan kampeni MLM lain sebelum-sebelum ini. Opppsss…

Prinsipnya sangat mudah. Supaya semua orang memiliki peluang yang sama rata tanpa ada penindasan. Takde lah hanya sebab ada sesetengah pengedar yang dah capai rank tertentu, dah jadi Master Coordinator, mentang-mentang bonus dah banyak sampai boleh borong satu branch Shaklee, lepas tu suka suki je boleh nak jual vita-c dengan teknologi Sustained Release tu dengan harga RM1 sebotol.

Bagai takde nilai pulak barang yang dijual tu. Penat-penat je saintis buat kajian RND bagai selama bertahun-tahun. Inilah salah satu tips “membunuh bisnes cara mudah” yang kita tak sedar sebenanrnya which dalam Shaklee sikap macamnilah yang kita nak elak.

Tau tak sebiji vitamin C tu je pun dah sama dengan kita makan 7 biji setengah biah oren tau!

(Master Coordinator ni adalah rank tertinggi yang akan dianugerahkan kepada pengedar dalam organisasi Shaklee di mana potensi income bulanan mencecah RM50-60K wooooww!)

Ini salah satu cara kami nak menjaga kualiti dan nilai produk. Bangga saya nak bagitau buat kesekian kalinya dalam Shaklee, memang product comes first. :)

Sebab tu lah saya personally rasa best sangat buat bisnes Shaklee ni. Tak payah nak lebur modal sampai kena buat loan segala lepas tu menangis nak habiskan stok bawah katil.

Maka, suka sangat saya nak sebut banyak-banyak kali yang prinsip Shaklee ialah Build to Last, bukan asalkan sales masuk cepat, asalkan boleh kaya cepat sebab bisnes ni memang boleh sustained jadi income pencen dan diwariskan kepada anak cucu cicit piyut.

Kami semua termasuklah anda yang sedang membaca atau mereka yang beminat menyertai Shaklee kesemuanya memiliki peluang yang sama rata dan sama banyak. Kalau orang lain boleh berjaya, kita dah takde alasan kenapa tak jadi macam mereka.

Baca Lagi : Bagaimana nak Jadi Ahli Shaklee

Sesusungguhnya kejayaan memang milik mutlak mereka yang berusaha. Bukan setakat nasib-nasib baik sebab nasib yang hat ni kita sendirilah yang menentukan sebenarnya.

Saya dengan berbesar hati sangat mengalu-alukan sesiapa yang ingin menyertai kumpulan kami samada sebagai pengguna vitamin tegar atau yang berhajat nak menjalankan bisnes.

Hubungi saya Nusaybah Anuwar – 019 3832656

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia dan mentor bisnes anda!

489 total views, 2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation