BAGAIMANA KANSER TERJADI DAN MASIH ADAKAH HARAPAN UNTUK KEMBALI SEMBUH?

Terkejut dalam jangkaan sebenarnya saya tadi bila terbaca post di wall FB Dr.Hamid Arshat yang mengulas tentang anggaran statistik kes kanser yang bakal meningkat. 1 daripada 4 orang dijangka akan ditimpa penyakit kanser terutamanya mereka yang menjangkau umur 50 tahun dan ke atas.

Satu nisbah yang besar!

Apakah itu kanser?

Kanser atau dikenali juga sebagai barah adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan peranan dan tindak balas sel dalam badan yang mengalami ketidakseimbangan replikasi.

Tubuh kita terdiri daripada berbilion-bilion sel hidup yang akan sentiasa bertambah dengan cara menggandakan dirinya. Sel-sel ini pula adalah unit-unit tersangat kecil yang akan membina semua makhluk hidup. Sel-sel badan yang normal berkembang, berpecah untuk menghasilkan sel-sel baru, dan mati dengan cara yang teratur.

Di fasa-fasa awal kehidupan seseorang, sel-sel normal ini akan berpecah dan mengganda dengan lebih cepat untuk membolehkan bayi yang baru lahir membesar. Setelah seseorang itu meningkat dewasa, kebanyakan sel-sel berpecah hanya untuk menggantikan sel-sel rosak dan mati atau untuk membaikpulih kecederaan yang berlaku.

Bagaimana Kanser Terjadi ?

Kanser terjadi apabila sel-sel ini tumbuh membiak secara tidak normal sehingga menyebabkan pertumbuhan sel yang tidak terkawal dalam badan seseorang. Ia mengganda dan membahagi dengan sangat cepat, tidak mengikut aturan yang sepatutnya, tidak mati-mati walaupun sudah sampai hayat.

Sel-sel yang tidak normal ini kemudiannya mula bercambah, berkembang dan merebak dengan membuat ‘laluan’ sendiri dan menjangkiti dari satu tisu ke tisu lain. Sel-sel ini seterusnya akan berkumpul lalu membentuk ketumbuhan yang tidak sepatutnya muncul atau juga dikenali sebagai tumor jenis benigna (tidak merebak dan jarang berbahaya) atau malignan (merebak ke organ lain dan semakin membesar denagan sendirinya sehingga menjadi barah.

Tumor ini berkembang menjadi benjolan sel-sel kanser yang boleh memusnahkan sel-sel normal di sekitarnya lalu memusnahkan tisu-tisu tubuh yang sebelumnya sihat.

Lama kelamaan sel kanser yang bertambah banyak ini akan pecah dan merebak daripada tempat asal dan bergerak ke bahagian lain tubuh (termasuk organ-organ) lain. Kesemua ini berlaku di mana ia akan terus membiak dan membentuk tumor baru di organ yang lain melalui saluran darah atau sistem limfa dan membuatkan seseorang itu jatuh sakit.

Beginilah caranya kanser merebak. Perebakan tumor ke tempat baru dalam tubuh inilah yang paling ditakuti oleh ramai orang. Pada waktu ini, pesakit sudah mula menunjukkan simptom dan berasa sakit di mana kanser telah berada di tahap ketiga dan keempat.

Kelainan antara pertumbuhan sel kanser dengan yang normal ialah ia tidak mati, sebaliknya terus berkembang dan membentuk sel-sel yang baru, yang juga tidak normal. Sel-sel kanser ini seterusnya tumbuh dan menyerang pula tisu-tisu yang lain. Pertumbuhan di luar kawalan dan menyerang tisu-tisu lain mengakibatkan sel-sel tersebut turut menjadi sel kanser.

Punca Kanser

Punca sebenar bagaimana dan mengapa pertumbuhan sel ini menjadi tidak terkawal masih tidak diketahui sehingga hari ini. Namun, kajian yang dilakukan mendapati ianya sangat berkait rapat dengan tabiat, gaya hidup, pemakanan dan faktor geografi, seperti kanser paru-paru dikaitkan dengan tabiat merokok (yang sebenarnya boleh dielakkan).

Salah satunya berpunca daripada sistem imun yang gagal berfungsi dengan baik akibat daripada pemakanan tidak sihat dan kesan radikal bebas yang dijelaskan dengan sangat terperinci di entri Kenapa Perlu Ambil Suplemen Pada Zaman Hari Ini

Sistem pertahanan tubuh badan yang tidak aktif tidak dapat mematahkan serangan-serangan luar yang menyerang sistem tubuh badan kita. Berbeza dengan sistem pertahanan imun yang aktif, ia akan memilih, mengenalpasti dan memusnahkan agen karsinogenik (agen yang menyebabkan kanser) yang setiap hari menyerang dan memasuki badan kita.

Oleh sebab itu, mereka yang mempunyai sistem imun yang sihat dan kuat akan terhindar daripada risiko kanser jika dibandingkan dengan mereka yang sistem imunnya lemah kerana mereka berhadapan dengan risiko kanser yang lebih tinggi.

Mahu atau tidak, dalam kita sedar atau tidak, sistem imun kita semakin hari semakin lemah. Kita tidak dapat lari daripada keadaan yang melemahkan sistem imun seperti pencemaran udara, penggunaan racun serangga pada sayur dan buah, bahan tambahan dalam makanan, kekurangan nutrien tertentu, stres dan lain-lain. Justeru kita perlu meningkatkan pertahanan imun semula jadi kita untuk melindungi diri kita daripada kanser.

Untuk membolehkan kanser bermula dan terus berkembang, ia perlu mengalahkan pertahanan sistem imun anda. Sistem imun adalah benteng pertama dan terakhir anda daripada kanser.”

-Dr. John Bailar, M.D., Ph.D., bekas Ketua Editor Jurnal Institut Kanser Negara, Amerika.

Begitu juga dengan penimbunan toksin daripada persekitaran bertoksik yang dilalui oleh kita baik dari sudut makanan yang dimakan, air yang diminum, udara yang disedut dan persekitaran yang tidak sihat dalam kehidupan sehari-hari.

Bolehkah kanser disembuhkan ?

Telah ramai di kalangan rakyat Malaysia yang bergelar “cancer survivor” yang sangat menginspirasikan. Walaupun peluangnya berbeza mengikut jenis kanser, tetapi lebih awal tindakan dan rawatan diambil peluang untuk untuk kembali sembuh juga lebih tinggi.

Memandangkan 5 hingga 10 peratus barah disebabkan oleh faktor keturunan, mereka yang mempunyai anggota keluarga yang menghidap barah perlu melakukan ujian saringan lebih awal. Secara umumnya, tanda-tanda barah termasuk berat badan yang menurun tanpa sebab, kurang selera makan, rasa penat dan sakit yang berterusan.

-Konsultan Jabatan Radiasi Onkologi Institut Barah Universiti Nasional (NCIS), Dr Choo Bok Ai-

Banyak kes yang berlaku, kanser menyerang dalam diam dan tidak menunjukkan simptom sakit pada peringkat awal. Tidak hairanlah dia dikatakan “pembunuh senyap.” Sakit hanya akan dirasai apabila kanser sudah merebak ke tahap serius.

Jangan tunggu rasa sakit datang, terus buat pemeriksaan lanjut kalau mula syak ada petanda yang tidak menggembirakan. Saat ini saya terkenang kenangan bersama arwah emak yang disahkan menghidap kanser hati hanya sehari sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Baca Juga : Bagaimana gabungan resveratrol dan polifenol dalam Vivix membantu pesakit Kanser

Belum ada ubat atau penawar khusus yang ditemui untuk memerangi kanser, namun kita boleh mengelakkan diri dan keluarga daripada diserang dengan mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat!

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia

COD sekitar Kajang, Bangi dan kawasan sekitar

Nusaybah Anuwar 019-3832656

476 total views, 6 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation