BAGAIMANA GLA COMPLEX BANTU MASALAH KETIDAKSUBURAN DAN MERANCANG ANAK SETERUSNYA

To be frank, dalam banyak-banyak vitamin Shaklee yang saya makan, GLA Complex lah yang saya sangat jarang sentuh dan tak berapa berani nak makan dengan rajin. huhuhu.

Kenapa?

Untuk jawab soalan yang saya sendiri tanya ni, i have to be frank jugalah. Yang sebenarnya, memang banyak testimoni diri sendiri yang berkaitan dengan GLA Complex.

Daripada hajat nak menjemput kehadiran menstrual yang konsisten selepas tak datang haid lebih setahun (sebab fully breasfeed), sehinggalah tiba-tiba mengandung tak disangka-sangka dan bagaimana saya mula berikhtiar untuk sangat bersedia menerima berita kehamilan seterusnya dan ia benar-benar terjadi seperti yang dirancang. :)

Memang pengalaman yang tersangatlah manis untuk dikongsi dengan semua yang sedang membaca ni.

Betul. Saya sendirilah antara testimoni hormon dan kesuburan yang paling hampir sekali. wink wink :)

Pertama Kali Jadi Wanita Sejati

Kalau diselak sejarah saya yang dulu, saya mula datang haid di umur gadis-gadis normal yang lain. Namun, ianya tidaklah on time begitu cantik seperti berjadual. Ada ketikanya lewat, dan ada pula masa lainnya ia tidak muncul. Jika dikira cycle yang normal, memang mencecah purata 35-45 hari.

Cuma satu yang saya perasan, saya tak ada sebarang masalah PMS yang teruk macam senggugut. Setakat cramp, rasa sakit dan tidak selesa di bahagian tubuh tertentu serta heavy flow di hari-hari terawal tu, biasalah.

Pertama Kali Terjebak dengan GLA Complex

Masa menyusukan anak sulung saya Iman Nasuha, saya hanya kembali period setelah umurnya mencecah setahun 5 hari. Ini disebabkan oleh paras hormon prolaktin yang terlalu tinggi yang menyebabkan haid tidak muncul seperti yang sepatutnya.

Saya ada kongsikan di entry Normalkah Bila Period Tidak Juga Kunjung Tiba Walaupun Setahun Sudah Berlalu Selepas Bersalin

Selepas period yang pertama tu, upline Shaklee saya ada cadangkan untuk saya ambil GLA Complex untuk regularkan period cycle yang mula huru-hara. Bulan berikutnya itulah saya mula makan 2-3 biji sogtfel kenyal omega-6 bernama GLA Complex. :)

GLA Complex Buat Kejutan

Satu bulan, dua bulan, 3 bulan berlalu. Period datang dengan begitu patuh walaupun ada juga ketikanya ia lewat tiba dua atau tiga hari. Saya masih juga menyusukan Iman Nasuha sehinggalah saya sedar jadualnya sudah kembali haywire semula.

Hampir 2 minggu period tidak muncul dan abi minta saya buat UPT test. Katanya “mana tahu kot Iman dah nak dapat adik?”

Subhanalllah. Benar.

Allah berikan kejutan pada kami dengan seorang lagi amanah baru yang cuma berbeza setahun tiga bulan dengan kakaknya di kala si dia yang sulung masih fully breastfeed.

Genap bulan keempat selepas mengamalkan GLA Complex, kami benar-benar terkejut!

Ada apa dengan GLA Complex

GLA Complex adalah asid lemak omega-6 yang mengandungi kombinasi minyak borage yang dengan kandungan Gamma Linolic Acid (GLA), Linolic Acid (LA) dan minyak Vitamin E.

Ia berfungsi membantu banyak fungsi semulajadi hormon wanita seperti :

1. Membantu menstabilkan hormon yang kucar-kacir

2. Membantu mengawal atur dan mengembalikan kitaran haid yang normal

3. Membantu meredakan simptom PMS (Pre-menstrual syndrome) seperti senggugut

4. Membantu menguatkan sistem imuniti tubuh

5. Membantu meningkatkan kesuburan

  • Membantu meransang penghasilan lendir mukus
  • Membantu meningkatkan kuantiti lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan
  • Membantu usaha menjayakan kehamilan dengan penghasilan cecair berupa lendiran putih berkualiti di waktu subur yang memanjangkan jangka hayat sperma untuk kekal hidup dan perform dalam tiub fallopio.

6. Mengandungi vitamin E untuk membantu menguatkan dinding arteri dan rahim wanita untuk melindungi benih yang sudah tersenyawa

Selain GLA Complex, saya juga mengamalkan pengambilan B-Complex yang lengkp dengan asid folik sebagai yang berfungsi sebagai neurotransmitter yang mengangkut oksigen ke seluruh anggota tubuh termasuklah ke otak. Ia sebagai persediaan untuk mengawal emosi agar sentiasa stabil dan membekalkan nutrien yang cukup kepada saraf supaya dapat menjalankan tugasnya dengan baik.

Sedikit kisah flashback salah seorang rakan baik, merangkap bekas customer yang kini dah jadi ahli dan peminat tegar vitamin Shaklee. :)

FB Update : 15 Oktober 2015

Kelmarin dapat feedback daripada sorang customer yang tidak berhajat utk TTC tapi baru start ambil GLA untuk stabilize kan hormonnya yang dah tak berapa betul…

Dengar je ada offer, terus dia tangkap awal bulan haritu. Dia bagitau saya, sejak buat DNC lepas miscarriage sebelum ni memang period dia mereng skit, gila-gila, haywire…

Tapi sehari-dua ni katanya nampak ada discharge macam lendiran “telur putih” yang banyak kalau ke toilet..

Jeng..jeng..jeng… Apakah?

Itulah salah satu petanda kesuburan atau ovulasi. Memang ia kelihatan seperti putih telur yang mentah. Lendiran mukus yang subur ini membantu mempercepatkan perjalanan sperma masuk ke dalam uterus, membekalkan zat dan melindunginya sepanjang perjalanan menuju ke tiub fallopio untuk bertemu dengan telur awaklah!

Oleh sebab itulah ada dijual ovulation test kit. Untuk nak detect banyak mana hormon estrogen yang sudah terbina. Sebelum check urine guna UPT stripe nak tau positif ke tak.. apply steps ini dulu untuk kenalpasti bilakah masanya ovulasi berlaku. InshaAllah dapat membantu. Saya dulu-dulu taktau, kalau tau kompem pegi beli jugak. Hehehe..

Ewah, dah macam ulangkaji subjek sains pulak.. Macam adik-adik PT3 pulak, yang tengah bergelup pulun selak apa yang patut sampai tak lena tidur sekarang ni.

Sekian. Demikianlah padah makan GLA complex. And to my dear fren, sekalung tahniah kuucapkan kalau jadi.. ehehehe….

*Memang jadi pun. Masa saya menulis entri ni, sahabat kesayangan yang dimaksudkan tu dah pun selamat bersalin anak kedua beliau. Alhamdulillah.. ?

Lagi kisah dengan GLA Complex yang ramai tak tahu bagaimana ia bertindak dan membantu. Juga sangat berkesan untuk menyelesaikan masalah hubungan suami isteri. Ehem.. yang ni kalau nak tau lanjut kena PM tepi, sebab 18SX. :)

Tapi.. tapi.. tapi.. inilah nak kata.. betapa berharganya pengalaman sendiri yang amalkan GLA Complex. Ia betul-betul wajib jadi teman baik wanita. Kalau bukan kerana nak tambah baby pun, ia boleh jadi penjarak kehamilan semulajadi yang peratusnya hampir sama dengan kaedah moden kalau betul caranya. :)

Nak tahu lagi details boleh tanya saya. Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. :)

Kini, saya juga sedang mengandung anak ke-tiga selepas, setahun 5 bulan 23 hari tidak datang haid. Again, juga lebih kurang 3-4 bulan selepas mengamalkan GLA Complex. Sangat mirip dengan pattern masa tiba-tiba disahkan pregnantkan Ain Sufi dulu. Walaupun Ain Sufi masih fully breastfeed, tapi fasa 2 tahun yang sepatutnya dipenuhi sudah berjaya dilangsaikan. Alhamdulillah. :)

Cuma kali ini saya lebih bersedia dan memang merancang untuk menambah lagi bilangan ahli keluarga. Dah makin bijak juga merancang jadual dan dos pengambilan vitamins. :)

Mohon doa pembaca semua agar kandungan saya ini sihat sejahtera dan sentiasa di dalam lindunganNya ya.

Pertanyaan dan konsultasi tentang cadangan vitamin yang sesuai sangat dialu-alukan. ?

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia

COD sekitar Bangi, Kajang dan kawasan berhampiran

Nusaybah Anuwar 019-3832656

1,001 total views, 3 views today

2 Thoughts on “BAGAIMANA GLA COMPLEX BANTU MASALAH KETIDAKSUBURAN DAN MERANCANG ANAK SETERUSNYA

  1. Pingback: PUNCA TIDAK SUBUR DAN SUSAH MENGANDUNG | Life is a Story

  2. Tresa- I am so incredibly excited for you. And proud to see my dear friend spread her wings and fly. You are brave, courageous and true and we all watch brselhleasty as your story goes out to heal our world. Thank you for sharing beautiful you.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation