BAGAIMANA COQ 10 MENCEGAH PENYAKIT JANTUNG SEBELUM KENA MAKAN UBAT

Apa itu CoQ10

Sejenis nutrien, menyerupai vitamin larut lemak semulajadi yang ada dalam setiap sel dalam badan kita.

So, to be exact, CoQ ni vitamin bukan, hormon pun bukan tapi sejenis co-enzim.

Co-enzim ni bahan penting untuk fungsi enzim yang besar dan sangat kompleks dalam badan kita. Bila tak ada co-enzim, kesannya enzim tak dapat jalankan tugas dengan baik.

Apa yang CoQ10 ni buat?

COQ10 – Sokong penghasilan tenaga sel daripada makanan yang kita makan = ATP.
Mitokondria – enjin yang hanya akan hidup bila terhasilnya tenaga.
Analogi dia macam spark plug dekat motor atau dekat kereta kita.

Tanggungjawab dia dalah untuk hasilkan tenaga di setiap sel. Dianggap macam nutrien ajaib sebab hampir semua sel dalam badan kita ni bergantung pada dia untuk hasilkan tenaga. Yes, SEMUA.

CoQ10 akan sokong untuk kerja-kerja penghasilan tenaga sel daripada makanan yang kita makan.

Fungsinya sebagai sel punya spark plug, untuk tukarkan makanan yang kita makan tu kepada tenaga.

Kalau rosak spark plug ni memang kereta tak akan dapat bergerak even jump start pun tak akan boleh. Sebab, spark plug ni lah yang akan hasilkan percikan bunga api untuk bakar campuran udara dan bahan api. So bila dua-dua terkena so barulah kereta boleh start.

Nampak macam benda kecil je tapi kuasanya sangat hebat kan.

Tak dapat hasilkan percikan bunga api yang baik. Enjin akan jadi tak stabil – kereta tersengguk-sengguk (ini saya sendiri pernah rasa). Enjin hilang kuasa masa memecut – bila kereta laju, bergegar.

SO, power tak CoQ10 ni?
SANGAT POWER DAN SANGAT PENTING

Macam tu jugalah CoQ10 ni punya fungsi dan kepentingan – jana tenaga dalam sel badan. Bila tenaga banyak dan sentiasa dijana berterusan lagi dan lagi, kita pun akan dapat tenaga terus menerus. Tak letih, tak penat tak tentu pasal hari-hari.

Kaitan CoQ dan jantung

Sangat banyak penyelidikan tentang CoQ10 tapi yang paling menarik dan paling terkenal ialah penemuan dalam bidang kardiologi.

Koenzim CoQ10 adalah satu rawatan yang berkesan bagi mereka yang mengalami tekanan darah tinggi, menurut satu ujian klinikal yang diterbitkan dalam majalah Southern Medical Journal (2001; 94:112-7).

Mengikut kata Dr. Peter H Langsjoen, M.D., F.A.C.C. (Doktor, ahli biokimia dan penyelidik) :

Dari pengalaman klinikal saya, kekurangan CoQ10 adalah penyebab kepada kekakuan otot jantung, yang akan menyebabkan badan bertindak balas dengan adrenalin yang seterusnya menyebabkan tekanan darah tinggi”.

Iya. Telah banyak penyelidikan berkaitan CoQ10 yang dilakukukan dan semuanya menunjukkan peningkatan fungsi otot jantung dan lama kelamaan berupaya menurunkan tekanan darah secara semulajadi.

Manfaat daripada CoQ10 untuk jantung kini merupakan suatu fakta yang telah pun diterima ramai di kalangan para doktor pada hari ini. Banyak kajian menunjukkan kebaikan yang konsisten dalam kefungsian jantung di kalangan para pesakit yang mengambil CoQ10.

Makanya, penting sangat kita faham, CoQ10 digunakan untuk menyokong rawatan-rawatan tradisi dan bukan sebagai pengganti atau rawatan alternatif. Ubat tetap kena makan. Suplemen fungsinya bukan untuk merawat.

Meh kita tengok pula sedikit statistik.

1. Penyakit jantung adalah pembunuh No.1 di Malaysia. Well Malaysia ni memang terkenal dengan makanan sedap-sedap. Syurga makanan lah katakan.

2. Lebih 17.2 juta manusia meninggal dunia setiap tahun akibat penyakit kardiovaskular = menjadikannya penyebab utama kematian di seluruh dunia. YE, bukan di Malaysia saja.

3. Bilangan pesakit dengan tekanan darah tinggi di Malaysia makin meningkat sepanjang 10 tahun kebelakangan ini, sampai sekarang membabitkan kira-kira 4.8 juta rakyat Malaysia.

4. 43% rakyat Malaysia yang berumur melebihi 30 tahun menderita penyakit jantung. Di Malaysia, penyakit jantung dah jadi penyebab utama kematian di hospital-hospital kerajaan.

5. Negara kita kehilangan beribu-ribu orang yang masih dalam lingkungan umur produktif setiap tahun akibat diserang oleh penyakit-penyakit kardiovaskular. Muda-muda lagi dah ada penyakit macam ni yang kalau zaman dulu-dulu orang tua je yang kena.

Penyakit kardiovaskular tu apa ?

Penyakit yang berkaitan dengan kegagalan jantung dan kerosakan pembuluh darah.

Darah dari jantung mengalir melalui bahagian kiri jantung yang kaya dengan oksigen. Darah mengalir melalui arteri kemudian ke dalam saluran darah (arteri terkecil yang dikenali sebagai saluran darah kapilari) dalam semua organ dan bahagian badan.

Selepas darah membawa oksigen dan nutrien ke seluruh badan dan mengambil sisa dari sel-sel badan, darah mengalir kembali ke bahagian kanan jantung melalui urat. Sistem ini dipanggil sistem kardiovaskular.

“Kardio” bermaksud jantung, dan “vaskular” bermaksud jaringan pembuluh darah.

6 Fungsi “P” dalam Sistem Kardiovaskular badan manusia : 

1. Penghantar – Menghantar oksigen dan nutrien ke setiap sel di dalam badan melalui darah yang dipam oleh jantung.

2. Pengeluar – Mengeluarkan karbon dioksida dan sisa hasil metabolism daripada setiap sel dalam badan

3. Pengangkut – Mengangkut hormon dari kelenjar endokrin ke sel-sel sasaran melalui plasma darah.

4. Pengekal – Membantu mengekalkan suhu dalam badan.

5. Penghalang – Menghalang dehidrasi dan infeksi dengan mengekalkan tahap cecair pada kadar yang sesuai.

6. Sistem Peredaran Darah :

  • Sistem Peredaran Pulmonari – membawa darah tidak beroksigen dari jantung melalui arteri pulmonari ke paru-paru dan balik ke jantung
  • Sistem Peredaran Sistemik – membawa darah beroksigen dari jantung melalui aorta ke semua bahagian badan dan balik ke jantung

Statistik WHO 2014, penyakit kardiovaskular penyumbang kematian paling tinggi di Malaysia.

Dan sekali lagi, Tahu tak?

American Heart Association – 80% daripada penyakit jantung sebenarnya boleh dicegah kalau :

  • Tabiat pemakanan diubah
  • Buat senaman diamalkan
  • Kawal kolesterol dan tekanan darah sihat

Apabila otot jantung kita lemah, ia tak dapat mengepam semua darah yang diterima daripada badan. Apabila otot jantung kita lemah, ia memerlukan lebih banyak jumlah nutrien yang mesti disalurkan ke sel-sel jantung supaya ia dapat menjana tenaga. Salah satu nutrien yang paling penting ialah CoQ10 inilah.

Bila ambil suplemen CoQ10, maka otot jantung yang lemah itu dapat tambah balik simpanan CoQ10 yang dia ada dan jalankan tugas yang sepatutnya dia buat. Otot jantung akan dapat jana lebih banyak tenaga dengan itu memperbaiki keadaannya yang lemah tadi tu kepada lebih bertenaga.

Sangat simple dan logik kan?

Oleh itu, marilah kita sama-sama menjaga organ utama yang menjana tenaga di jantung kita ni supaya sentiasa dapat bekerja dengan baik dan risiko kita untuk collapse atau rebah dengan tiba-tiba pun makin rendah.

Collapse?

Yelah, kalau jantung dah berhenti, kita akan terus jalan tau!

Mencegah lebih baik daripada mengubati, dan kosnya pun jauh lebih murah.

Suplemen anyone?

Pastikan pilih jenama yang betul, okay?

Life is a Story
Facebook: Nusaybah Anuwar
FB Page: i-Nutrisi / Tips Hamil Sihat dan Cantik
Emel: imanusaybah@gmail.com
Contact No: 019-3832656

“You’re the writer of your life”

105 total views, 3 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation