BABY MASIH MENYUSU BADAN TAPI TIBA-TIBA MENGANDUNG JUGA, DI MANA SILAPNYA?

Nadia kelihatan tersipu-sipu semasa menjawab pertanyaan geng makannya di cafe pagi itu. Terjawablah sudah kenapa sejak akhir-akhir ini dia kerap saja MC dan kelihatan tidak sihat terutamanya di waktu awal pagi. Dia yang sedari tadi cuma melihat kawan-kawannya menyuap makan, menarik perhatian Syida yang asyik memerhati.

Kenapa tak makan? Bukan memang favourite kau ke nasi lemak tetiap pagi?

Entahlah.. aku tak selera la, pening loya rasa nak muntah.

Terus-teranglah, kau mengandung ye Nadia?

Alhamdulillah..dah rezeki.. pendek balas Nadia.

Eh bukan Damia baru masuk 5 bulan ke? Kecik sangat lagi kot!, pintas Amni yang sudah punya 2 anak lelaki.

Terima jelah Allah nak kasi.. buat apa nak rancang-rancang. Aku pun bukannya muda lagi..

Perbualan terhenti. Nadia kelihatan tidak gembira dengan kehamilannya kali kedua ini, tetapi kerana dia sendiri tak tau apa yang harus bermain di benaknya, dia sekadar menjawab sepatah dua kata bagi merungkai persoalan teman-teman yang saban hari tertanya-tanya akan penyakitnya. Penyakit buatan orang.

Nadia seorang ibu berusia 28 tahun, telah mempunyai seorang anak perempuan berumur 5 bulan yang hanya menyusu ketika dia berada bersama bayinya di rumah. Ketika di rumah pengasuh, Nadia membekalkan susu formula jenama S28.

Kesian Nadia, dalam situasi ini dia bukan tidak mahukan bayi di dalam perutnya itu, tetapi dia sebenarnya masih belum begitu bersedia. Tambahan pula bila mendengar pelbagai komen daripada kawan-kawan dan orang di sekeliling.

Wajarkah Nadia makan pil perancang atau mengambil suntikan untuk menjarakkan kehamilan? Tak ada cara lain yang lebih selamat atau berkesan kah?

Korang tau tak penyusuan susu ibu boleh digunakan sebagai kaedah merancang keluarga?

Ya benar. Dengan syarat penyusuan berlaku secara eksklusif. Tanpa campur tangan susu formula atau air masak atau makanan pejal, kehamilan dapat dijarakkan secara semulajadi jika bayi menyusu sekurang-kurangnya setiap empat jam di siang hari dan setiap enam jam ketika di waktu malam hari.

Selain itu ada beberapa lagi kriteria penyusuan yang juga dipanggil ecological breastfeeding :

  • penyusuan penuh tanpa campuran susu formula (fully breastfeed)
  • cara mendakap yang erat dan lekapan yang betul semasa penyusuan
  • menyusukan dengan posisi berbaring
  • tidak menggunakan puting tiruan (pacifier)
  • menyusukan anak sekerap mungkin dan memerah sekiranya berjauhan dengan anak

http://www.plannedparenthood.org/learn/birth-control/breastfeeding

Menyusu buat ibu tak subur

Haid atau period semula adalah salah satu petanda kesuburan yang paling senang untuk dikenalpasti. Jika kekerapan atau tempoh menyusu telah berkurang samada dikurangkan dengan sengaja atau atas halangan tertentu. Lebih-lebih lagi, kalau perubahan yang berlaku adalah secara mendadak, lagi cepatlah jawabnya “dia” akan datang semula. :)

Penyusuan eksklusif secara semulajadinya akan menyebabkan tubuh wanita tidak dapat menghasilkan hormon yang cukup untuk proses ovulasi, seterusnya menghalang pembebasan ovum dari ovari. Kehamilan tidak boleh berlaku jika telur tidak dilepaskan.

Kekerapan bayi menyusu dan jumlah masa yang digunakan untuk aktiviti penyusuan pada setiap 24 jam sehari adalah faktor paling kuat yang akan mengembalikan kesuburan seorang ibu yang baru bersalin.

Hormon estrogen dan hormon prolaktin

Hormon estrogen (kewanitaan) akan bersaing dengan hormon prolaktin (penyusuan) di mana hanya salah satu yang akan menang. Hormon prolaktin yang berlebihan tidak merangsang estrogen ovari dan menyebabkan ovari tidak dapat menghasilkan telur dan tiada lapisan rahim terbentuk. Maka sebab itu kebanyakan ibu menyusu tidak mengalami kedatangan haid, terutama yang menyusukan bayinya secara eksklusif samada melalui cara direct feeding atau bottle feeding.

Lactational Amenorrhea

Dikenali sebagai satu jangkamasa ketidaksuburan bagi seorang ibu yang baru bersalin, yang menyusukan penuh anaknya dengan susu ibu (eksklusif breastfeeding) dan yang masih belum didatangi haid.

Lactational Amenorrhea Method pula adalah salah satu kaedah merancang kehamilan.

Tapi kena ingat, ianya hanya efektif untuk digunakan sehingga bayi yang disusukan tu mencecah usia 6 bulan saja tau! Relevannya sebab lepas 6 bulan baby biasanya dah mula diperkenalkan dengan solid food. Bila bayi dah mula makan, jadi, permintaan terhadap susu ibu pun akan mula berkurangan.

Walaubagaimanapun, jika ibu masih terus kerap menyusukan anaknya, masih juga terus-terusan mengepam susu ketika berjauhan dengan anak dan kekal menyusukan, kaedah ini akan semakin berkesan dan masih boleh digunakan, bergantung kepada sejauh mana tahap kesuburan seseorang wanita. Lagipun, kaedah ini adalah lebih mudah, murah dan selamat tanpa kesan sampingan.

So, kalau ada yang rasa belum sedia nak tambah anak, yang nak jarakkan kehamilan, tetapi dah mula mencampurkan susu formula, lepas-lepas tu kenalah guna kaedah merancang kehamilan lain yang dah dicadangkan ye! Kalau tiba-tiba urin sangkut ai tak tanggungjawab.. hehehe…

Susah nak mengandung lagi kerana menyusu

Ada sesetengah ibu yang susah nak “lekat” semula bila fully breastfeed sebab hormon yang tak begitu stabil. Yelah, period pun tak datang-datang lagi kan, nak merancang kehamilan pun susah. Lepas dah mula datang haid pun, tidak semestinya ibu tersebut akan terus subur sebab ia mengambil masa juga untuk kembali stabil dan normal.

Ada yang memerlukan masa yang lama dan perlu mengambil suplemen tambahan seperti EPO atau GLA untuk menstabilkan semula hormon dan kembali subur sebelum mengandung lagi. Tidak subur dan sukar nak mengandung balik masa menyusu tu sebab “tempoh peralihan” yang sifatnya cuma sementara.

Sebab tu kalau diperhatikan ramai je yang beza jarak umur setiap anak setahun ke dua tahun. Lagi-lagi kalau yang jenis muka sepesen adik-beradik. Sekali tengok pun dah macam kembar.  :) Kalau mengandung sekalipun, masih boleh terus menyusukan anak selagi larat dan tiada komplikasi yang akan membahayakan diri ibu dan kandungan.

Pastikan ibu sentiasa mendapat bekalan zat dan nutrisi yang cukup sepanjang tempoh mengandung dan menyusukan. Rujuk dan dapatkan nasihat doktor yang bertauliah kalau-kalau ada sesuatu yang memerlukan perhatian lanjut.

Bagi saya sendiri, tak perlu nak stopkan breastfeed sebab nak mengandung lagi. Dah cantik dah tempoh 2 tahun tu untuk body kita betul-betul sembuh untuk menerima lagi janin yang baru. Rezeki setiap anak pun tak sama, kan susu ibu itu hak mereka. Itu semua kerja Allah, kita cuma buat “kerja” kita..inshaAllah akan berhasil kalau dah sampai rezeki dan masanya :)

iman dan adik

 

sufi dan kakak

 

 

 

 

 

 

 

 

Seronok rasanya bila tengok dua beradik ni main sama-sama. Mungkin juga agak rapat sebab jarak umur yang tak begitu jauh. Ngam-ngam kakak Nasuha masuk 2 tahun, adik pun lahir 9 hari lepas tu.

So nice, buat ibu melting sokmo-sokmo… :)

2,343 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation