Selain karbohidrat seperti nasi yang sangat sinonim dengan orang kita, protein menduduki carta yang paling tinggi di kalangan mereka yang nak bina otot dan berdiet sihat.
Kalau dilihat pada kubah piramid makanan, protein berada di paras ke tiga. Sumber protein yang dimaksudkan termasuklah daripada kategori tumbuhan (bijirin) dan haiwan.
Fungsi protein yang paling utama adalah sebagai asas binaan tulang, darah dan otot. Ianya berperanan membaiki, mengganti dan menghasilkan tisu untuk memastikan proses tumbesaran dapat berlaku secara optimum. Protein juga dapat membina enzim dan hormon.
Sesuai namanya protein = protos yang bermaksud utama. Protein merupakan nutrisi yang paling utama dan paling penting yang diperlukan oleh setiap makhluk yang bernyawa.
Protein membentuk sebahagian besar struktur di dalam sel termasuklah sebagai enzim dan pigmen dalam sistem respiratori (pernafasan). Protein dibentuk dari percantuman unit asas yang dikenali sebagai asid amino.
Protein diperbuat daripada asid-asid amino. Tubuh kita memerlukan 22 asid amino : 14 daripadanya boleh dihasilkan di dalam tubuh manakala yang lainnya mesti diambil daripada sumber makanan (asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan kita).
Baca Juga : http://farmasimaya.com/5-petanda-serius-protein-dalam-badan-tak-cukup-yang-anda-mungkin-tak-sedar/
Statistik harga sumber protein
Menilik Website Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani :
- Harga ikan kembong fresh RM11.76/kg. Habis frozen pun RM8/kg
- Harga daging lembu fresh RM29.90/kg. Habis import pun RM16/kg
Daging kambing tempatan lagi lah mahal RM37.15/kg. Nak murah sikit cari lah yang import, tapi tak jauh beza sangat pun sebab kambing ni bukan saja isi dia lain, tapi permintaan pun memang sentiasa tinggi.
(Sumber : http://www.moa.gov.my/laporan-bulanan-indeks-harga-purata-r…) – senarai terkini sekatat ini. Updated as of Julai 2016.
Daging ayam sumber protein termurah
Dalam banyak-banyak daging, ayam daging lah sumber protein paling murah RM9.10/kg. Sebab tu kebanyakan daripada kita makan lagi banyak daging ayam daripada daging-daging haiwan lain.
Apa masalah ayam daging zaman sekarang ni? Salah ke kalau asyik makan ayam je?
Bukan salah. Cuma banyak mudarat yang kita tak sedar.
Banyak “keburukan” yang “makan dalam” tapi kita tak perasan.
Sebab?
Hakikatnya, hampir semua ayam daging yang kita makan ni disuntik hormon supaya cepat besar & berat pun lebih berat daripada dulu-dulu. Banyak isi katanya.
Mereka (ayam-ayam) ini disuntik antibiotik sebagai ubat kuat supaya tidak mudah jatuh sakit. Namun, mereka terpaksa bersesak-sesak di dalam reban yang sempit dan kotor.
Sebab apa?
Kerana, penternak mahu ayam-ayam yang dijual ni lebih cepat besar supaya hasil lebih banyak & lebih cepat untung.
Memang inilah yang akan terjadi kalau sesuatu sumber makanan tu mendapat permintaan yang tinggi tetapi bidang penternakan atau penanaman tak dapat kejar unutk memenuhi permintaan tu.
Kalau ikut hukum ekonomi, permintaan melebihi penawaran. Bukan harga yang meninggi tapi proses penghasilan yang bertukar kepada “bioteknologi”.
Kalau tak suntik, ayam-ayam ni akan jadi lambat besar sampai bisnes sangkut sebab tak cukup stok ayam yang ready untuk disembelih, makanya penternakan diorag tak balik modal dan akan rugiii.
Kita?
Jagalah makan macam mana pun, kita pasti akan makan daging-daging ayam ni jugak. Jika dalam rumah sendiri dah mula bertukar dengan ayam organik sekalipun, kalau masa makan kat kedai, confirm ayam ni lah yang digunakan.
Sate ke, nasi ayam ke, ayam masak merah ke, semua ayam-ayam ni lah yang akan dicampak ke dalam kuali yang tentu dah kandungan proteinnya menyusut sebab suhu panas tu.
Begitu jugak bila makan kenduri atau beraya ke rumah orang. Satu kemungkinan yang paling tidak mungkin berlaku kalau diorang guna sumber ayam kampung sampai beratus-ratus ekor untuk tetamu yang ramai. Kalau kat kedai Acheh sini, seekor pun dalam range RM13-RM16.
Dan sebab majoriti kita makan banyak daging ayam, bayangkan berapa banyak bahan kimia yang dah masuk badan kita selama ni?
Pernah terfikir tak?
Bila fikir-fikir memang takut dan gerun sebab kesan jangka panjang macam ni memang kita tak nampak esok atau lusa. Macam kanser kan, dia “membarah” dalam badan kita tapi kita tak nampak dan tak tahu. Sehinggalah tiba-tiba jadi ketumbuhan dan sebagai pembunuh senyap.
Nauzubillah.
Boleh timbul entri ni pun sebab abi menegur masa kami tengah sibuk memilih barang dapur.
Pagi tadi ke kedai beli barang-barang basah untuk main masak-masak sempena Aidiladha esok hari. Tak tengok pun harga ayam dan ikan sebab nak cepat.
Abi ala-ala terkejut sebab kata dia, harga ikan jauh beza dengan ayam. Memang ayam lagi murah daripada ikan eh?
Eh.. memanglah. itulah sumber protein termurah yang kita duk makan. Yang anak-anak kita suka sangat makan.
Yang paling murah so far.. ikan selayang/ikan sardin. RM6.91/kg. tu confirm yang comel-comel je. Bolehla beli buat kuah laksa raya ni.
*Pssttt.. 1 hidangan ESP bersamaan dengan :
- 2 kali ganda daging,
- 4 kali ganda telur,
- 12 kali ganda susu rendah lemak,
- tiada asid urik dan
Ianya sangat mudah diserap oleh badan berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu tau!
Tempah sekarang!
Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia
COD sekitar Kajang, Bangi dan kawasan berhampiran
Nusaybah Anuwar
019-3832656
1,660 total views, 1 views today
KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE
PROMOSI TERKINI
KATEGORI
ENTRI POPULAR
ARKIB
APA KATA MEREKA TENTANG VIVIX
APA LAGI YANG MEREKA KATA PASAL VIVIX
HOT LINKS
LIVE TRAFIK
JUMLAH PENGUNJUNG SEJAK NOVEMBER 2015
You’re the writer of your life
JANA PENDAPATAN DARI RUMAH DENGAN KAMI