AWAS, KENALI DAN FAHAMI PUNCA SENGGUGUT ANDA!

 Ana Muslim 5_thumb[7]

Insan yang dipanggil wanita ini melalui berbagai fasa dalam hidup mereka samada dari fasa baligh, reproduktif seterusnya menopos. Yang pastinya ia tidak lepas dari pembabitan kedatangan haid bulan-bulan. ‘Datang bulan’, ‘datang kotor’ , ‘mens’ atau haid semuanya sama. Pasti tidak lengkap jika ingin mendalami masalah seseorang wanita tersebut, tanpa sejarah haidnya. Pengaliran haid setiap wanita itu berlainan dengan yang lain. Dari segi jumlah hari aliran juga kitarannya. Yang pasti ada pula yang mengalami senggugut ataupun sebaliknya.

-Dr Norlida bt Hj Kairon-

DYSMENORRHOEA atau SENGGUGUT

Penyakit senggugut (PMS) merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Dianggarkan kebanyakan wanita pada usia boleh mengandung (child-bearing age) (sekitar 80 peratus) mempunyai sebahagian simptom PMS, the official definition limits the scope to having symptoms of “sufficient severity to interfere with some aspects of life”. Simptom sedemikian biasanya boleh dijangka dan berlaku secara tetap semasa dua minggu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid.

-Wikipedia-

 

senggugut-642x336

Senggugut. Biasa kita dengar kan istilah ini? Tapi apakah pula maksudnya? Ia bermakna pengaliran haid yang sakit.

Ia merupakan masalah yang paling kerap dihadapi oleh wanita  dibandingkan dengan semua masalah sakit puan yang lain. 8 daripada 10 wanita akan mengalami masalah senggugut lebih-lebih lagi bagi wanita yang belum pernah hamil. Tahap kesakitan yang ditanggung berbeza bagi setiap individu. Ia juga merupakan rungutan mereka yang terpaksa menyebabkan ketidakhadiran atau cuti sakit dari kerja, sekolah mahupun daripada aktiviti lain. Senggugut boleh disebabkan oleh berbagai faktor.

JENIS SENGGUGUT

  1. Senggugut Primer
  2. Senggugut Sekunder

SENGGUGUT PRIMER

Berlaku kepada kebanyakan perempuan remaja akibat dari pengecutan dinding rahim lebih kuat dari biasa untuk mengeluarkan lapisan dinding rahim yang tebal. Ia lazimnya berkait rapat dengan proses ovulasi yang berlaku pada kitaran haid. Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula. Akibat dari itu, pengaliran darah juga terganggu lalu menambah kesakitan tersebut. Paling sakit pada 2 hari pertama datang haid, diikuti dengan sakit yang berkurangan selepas itu dan berakhir apabila pengaliran haid berhenti. Ada sebahagian wanita ‘sembuh’ dari sakit ini setelah kehamilan dan kelahiran anak. Ia juga boleh berlaku dikalangan wanita yang masih subur.

SENGGUGUT SEKUNDER

Berlaku disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur. Diakibatkan oleh pengeluaran prostaglandin daripada dinding rahim secara berlebihan. Prostaglandin akan menyebabkan pengecutan otot rahim berlaku dengan lebih kuat. Biasanya berasa sakit setelah beberapa hari bermulanya haid atau sesudah haid, disebabkan oleh penyakit sistem reproduktif atau masalah Sakit Puan yang serius dan memerlukan pemeriksaan lanjut. Antara penyakit berisiko termasuklah :

* Endometriosis – sel yang melapisi dinding rahim migrasi ke tempat lain di organ pelvik lalu menyebabkan sakit ketika haid selalu setelah pengaliran haid menyebabkan sakit yang teramat sangat

* Fibroid – ‘tumor’ atau ketumbuhan bukan barah, dari otot dan tisu yang dari dalam rahim dan di pengaruhi oleh hormon estrogen.

* Jangkitan kuman pada organ pelvic. Keadaan ini sering disabitkan dengan senggugut sekunder, tapi ada juga sebahagiannya sakitnya berterusan tidak berkaitan dengan haid langsung. Yang berkaitan, ada sangkut pautan dengan aksi prostaglandin.

* Cyst Ovari dan Tumor – kantung berisi cecair yang berada dalam kilang telur ovari yang biasanya dihidapi oleh wanita muda

42

Sakit di bahagian bawah abdomen dan sakit di bahagian belakang selalunya dianggap normal akibat pengeluaran hormon prostaglandin yang menggalakkan pengecutan rahim untuk mengeluarkan darah haid daripada rahim. Pengeluaran hormon prostaglandin yang banyak akan menyebabkan pengecutan rahim secara berlebihan dan ini akan menyebabkan sakit yang kuat, bukan sahaja di bahagian bawah perut, malah juga di bahagian belakang pinggang.

-Dr.Zubaidi.Com-

Jadi tidak hairanlah jika ada yang mengibaratkan kesakitan yang dialami ketika kontraksi bersalin adalah 10 kali ganda sakit senggugut. Yang membezakan cuma apa yang dikeluarkan daripada rahim, melalui faraj. Satunya adalah darah kotor haid sisa dari telur yang tidak tersenyawa, dan yang satu lagi seorang bayi yang telah berjaya disenyawakan 40 minggu lalu!

MS-and-mood-swings-RM-722x406

SIMPTOM

  • Perut kembung
  • Kejang perut
  • Payu dara bengkak atau sensitif
  • Haid yang tidak tetap
  • Ketegangan atau bimbang (anxiety)
  • Sakit ketika melakukan hubungan kelamin
  • Masalah sukar tidur (imsomnia)
  • Sakit sendi atau otot
  • Pening dan sakit kepala
  • Lesu dan sering keletihan
  • Loya dan muntah-muntah
  • Ditumbuhi jerawat
  • Stress – tekanan emosi
  • Gangguan perasaan (Mood swings)
  • Peningkatan masalah kulit sedia ada (contoh, alahan, jangkitan)
  • Masalah mata (conjunctivitis)

no-coffee1

FAKTOR RISIKO

  • Pengambilan kafien tinggi
  • Tekanan mungkin menimbulkan keadaan
  • Peningkatan usia
  • Sejarah kemurungan
  • Penggunaan tembakau
  • Sejarah keluarga
  • Faktor permakanan (aras rendah vitamin dan galian tertentu, terutama magnesium, manganese, dan vitamin E).

stress-management-300x200

Ada sesetengah daripadanya pula terpaksa mengambil pil bagi mengurangkan kesakitan atau to be specific, ponstan kerana pain killer seperti panadol atau paracetamol memang seolah dah tak ada fungsi. Makan dengan tak makan sama je, sakit senggugut tetap tak kurang. Ditambah pula dengan sakit kepala dan jerawat yang menyebabkan fikiran kusut dan stress semakin berganda-ganda!

Perlukah kita  bimbang akan sakit senggugut yang dikatakan cuma biasa-biasa bagi seorang wanita ?

img_1402

AWAS!!! Ini akan mengundang risiko kegagalan buah pinggang jika diambil untuk jangka masa yang panjang!

Bolehkah senggugut menyebabkan kesukaran untuk hamil atau ketidaksuburan (infertiliti) setelah berkahwin kelak ?

Selagi tidak dipastikan melalui pemeriksaan lanjut dari doktor bertauliah, senggugut yang dialami diklasifikasikan sebagai senggugut primer yang normal dan kesakitan yang dialami boleh dikurangkan dengan amalan-amalan dan petua tertentu.

Dikatakan juga faktor permakanan yang turut merupakan faktor risiko senggugut yang teruk iaitu kekurangan vitamin dan galian tertentu, terutama magnesium, manganese, dan vitamin E.

AWAS, KENALI PUNCA SENGGUGUT ANDA!

Dapatkan Set Senggugut Shaklee yang bakal bantu anda tidur lena tanpa sedar yang anda sedang mengalami menstruasi :)

  • GLA Complex – softgel minyak borage yg terkandung asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E (regulate kitaran haid, simptom PMS, masalah jerawat, sakit kepala dan sesuai untuk wanita yg sudah menopause)
  • Ostematrix – easy to swallow kaplet dgn kandungan kalsium, magnesium, vitamin D, manganese, copper dan zinc (meredakan sakit belakang, period pain, kebas-kebas, kekejangan, memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik)
  • B-Complex – tablet berwarna kuning yang lengkap dgn semua komponen vitamin B1,  B3, B6, B12 dan asid folik (mencegah stress, memberi tenaga tambahan, menguatkan antibodi tubuh)

20141029_184655

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia.

COD sekitar Kajang, Bangi, Cyberjaya dan Putrajaya.

Nusaybah Anuwar 019-3832656

13,402 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation