ATASI RAMBUT GUGUR LEPAS BERSALIN AGAR YAKIN SEMULA BERIAS CANTIK DI DEPAN SUAMI

Rasa nak senyumlah.

Baru perasan. Rambut dah kurang gugur. Masuk setahun 3 bulan dah baby. Dah tak baby pun sebab dah boleh buli dan belasah kakak dia sampai menangis takdak suara.

Kalau anak sulung dulu, siap tak sedar bila stop gugur sebab tau-tau je dah pregnant balik. Kenapa?

Ketika hamil, kesihatan rambut berada di peringkat terbaik kerana aliran darah yang lancar, kandungan hormon estrogen yang tinggi dan aktiviti hormon yang paling optimum.

Memang pun. Saya kalau masa mengandung memang rambut sihat, tebal, cantik dan bermaya, gitu. Bunyi macam perasan sikit kan, tapi kenyataan ni. Tapi lepas bersalin, tahap hormon jatuh mendadak, kulit kepala keluarkan lebih banyak minyak yang menyumbat pori-pori, seterusnya menjadi penyebab rambut gugur.

rambut gugur selepas bersalin

Oh, serius.. memang teruk gila dia punya tahap gugur. Tahap bangun tidur kompem ada melekat dekat bantal. Bukan sehelai dua, tapi bila dikaut memang boleh dapat segenggam. Tu belum kira masa mandi atau bersyampu lagi. Siap tersumbat lah lubang dalam bilik air tu gara-gara tersekat gumpalan rambut. Kritikal beb!

Rambut gugur ni banyak sebenarnya punca dia. Berbalik pada cerita saya, takpayah cari punca dah sebab tajuk dia masalah keguguran rambut selepas bersalin. 3-4 bulan umur anak memang start lah simptom dia. Time tu ngam-ngam je masuk ofis balik dah. Orang tua-tua kata sebab anak dah start menyembur main air liur. Tak pasal-pasal si kenit pulak yang kena.

Relevan ke dakwaan ni? Suratan atau kebetulan? Fakta ke auta?

Yang sebenarnya bukan salah baby ye, tapi proses semulajadi tubuh ibu yang terjadi lepas beberapa bulan bersalin. Kebetulan masa tu anak tengah mula main buih air liur kat mulut.

Dengan kata lain, kes yang satu ni berkait rapat dengan hormon ibu yang tak stabil selepas melahirkan anak. Kacau bilau dan haywire sikit. Tambah lagi kalau yang fully breastfeed, yang jenis period lambat datang sebab anak menyusu badan.

Normal lah tu rambut gugur.

Memang setiap hari rambut kita akan gugur. Normal kalau yang gugur tu sekitar 100 helai sehari, tapi kalau lebih, itu dah macam sesuatu. Bukan normal lagi. Lagi pulak kalau yang gugur lebih banyak daripada yang tumbuh balik. Lama-lama makin menipis hingga nampak tompok-tompok botak kat kulit kepala.

Sama seperti organ lain, rambut terdiri daripada ribuan sel yang punya kitaran hidupnya sendiri. Setiap rambut akan gugur, kemudian rambut baru akan tumbuh semula dalam tempoh tertentu. Sifir inilah yang akan buat rambut kita kekal anggun, dengan syarat kadar rambut yang gugur haruslah sama banyak dengan rambut yang tumbuh semula. Jadi, bilangan helaian rambut juga akan tetap kekal.

Jarang orang risau pasal rambut gugur ni. Sebab, paling tidak pun akan jadi botak je. Itu kalau lelaki. Yang perempuan pulak tak kisah sebab bertudung. Tapi, rambut kan mahkota wanita. Tak feminin la kan kalau dah laki bini sama-sama kepala licin. Aishh.. takkanlah kot. No! Kalau dah rambut gugur teruk sangat, memang kena ambil tindakan. Malu seh. Cemana suami nak belai-belai?

rambut gugur teruk

Macamana pula kalau keguguran rambut makin teruk hari demi hari dan tetap tak selesai ?

Amalan-amalan berikut boleh meringankan masalah keguguran rambut :

  • Mengambil makanan yang banyak mengandungi protein dan zat besi
  • Seboleh-bolehnya kawal stress dan hilangkan rasa risau anda
  • Hindari penggunaan ubat-ubatan yang dapat mengganggu pertumbuhan rambut
  • Rajin bersenam dan melakukan aktiviti fizikal supaya dapat melancarkan peredaran darah
  • Pastikan mendapat rehat yang cukup
  • Hentikan tabiat merokok (bagi yang merokok)
  • Elakkan penggunaan Hair Drier (pengering rambut)
  • Bilas rambut dengan air suam
  • Hindari penggunaan bahan kimia pada rambut
  • Gunakan syampu dengan sumber semulajadi yang bebas sulfat

Kakak ni pun berkongsi perasaan yang sama dengan saya.

Rambut Gugur Merimaskan, Terutama Wanita Bertudung Ini… from iReach HD on Vimeo.

To be frank, saya sendiri kusut juga berfikir perihal rambut gugur kronik lepas bersalin ni. Kalau ikut doktor, 6-12 bulan akan back to normal. Lamaa tuu. Sementara nak tunggu hormon stabil balik memang kena buat sesuatu.. Memang saya buat betul-betul dan alhamdulillah, ia berhasil!

Meh saya share antara usaha dan ikhtiar saya itu :

  1. Potong rambut pendek, separas bahu supaya lebih mudah diuruskan
  2. Guna sikat rambut jenis kayu yang lebih lembut dan ada ciri urutan pada kulit kepala
  3. Ambil suplemen zinc, GLA Complex dan protein ESP secara konsisten setiap hari
  4. Bertukar syampu dan perapi rambut kepada Set Prosante Shaklee yang bebas bahan kimia

Penggunaan syampu dan perapi rambut di pasaran yang tinggi kandungan bahan kimia pun boleh menyebabkan kulit kepala tidak sihat, rambut rosak, gugur, bercabang di bahagian hujung dan mudah putus.

Selain hormon, penyebab paling banyak keguguran rambut ialah kekurangan zat besi, protein, vitamin D, vitamin E dan vitamin B12 serta komplikasi akibat hipo atau hipertiroid. Sangat penting kan pemakanan yang sihat dan penggunaan produk yang betul sebab kesihatan rambut memang sangat dipengaruhi oleh faktor dalaman dan luaran.

  • Zinc Complex – sumber zat besi membantu mengurangkan keguguran rambut akibat
  • GLA Complex – kandungan vitamin E dan GLA yang membantu menstabilkan hormon wanita
  • ESP – sumber protein membantu pertumbuhan sel-sel rambut baru yang akarnya lebih kuat

Jadi, saya tapau semuanya dengan pengambilan makanan tambahan dan bertukar produk penjagaan rambut kepada yang selamat dan semulajadi.

Tak sangka betul, memang sangat membantu. Boleh kata sekarang ni bila sikat rambut, bersih je sikat tu. Kalau time anak tarik pun sehelai dua je yang tanggal. Amazing gila rasanya.

Kalau suatu ketika dulu, selalu prefer Set Bajet, tapi bila dah alami sendiri, baru tau betapa berbezanya result kalau consume Set lengkap. Bukan tak boleh ambil sikit-sikit, cuma kesannya pun sikit-sikit jugaklah kan. Tau jelah saya ni, jenis nak cepat je nampak hasil. hahaha.. Kalaulah saya tau Full Set ni terbaik dia punya output, memang lama dah saya konsisten ambik semua. Haish, rugi pulak. Kalau tak, lama dah settle masalah rambut ai. huhuhu..

Macam tu jugaklah advice saya pada customer. Biasalah, ada yang baru first time nak cuba-cuba makan Shaklee. So, approach untuk ambil set vitamin yang berbotol-botol tu tak semua yang setuju. Suggesstion saya senang je. Mula-mula try satu dulu, lepas tu slow-slow tambah tiap-tiap bulan. Lepas tu bila dah rasa best, boleh la join member untuk repeat sebab dah dapat Shaklee Effect. Dah jatuh cinta lah tu. hehehe..

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia

COD sekitar Bangi, Cyberjaya dan Putrajaya

Nusaybah Anuwar 019-3832656

1,577 total views, 8 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation