ATASI MASALAH BAU BADAN DENGAN ALFALFA RAJA SEGALA TUMBUHAN

Terjebak dengan bau ketiak memang boleh buat pengsan 3 hari oii!! Lagi-lagi kalau masa tu tengah duduk dalam kawasan yg kecik, sudut yg sempit, atau ruang yg terhad. Tak kisahhlah, tengah duduk ke, berdiri ke, baring ke terlentang ke, semua boleh jadi serba tak kena dengan kehadiran bau-bauan ni! Dalam public transport especially. Memang boleh sakit kepala sampai hari esok tahu tak?

Dah lama tak makan steamboat. Teringat masa anak dara dulu selalu layan Johnny’s dekat Jusco Wangsa Maju. Rilek-rilek je hirup sup dengan sos dia yg tak tau nak cakap macamana, sedap betul. Kena sangat dgn tekak ai ni. Sedang elok sangat lepas solat maghrib start makan, boleh santai-santai, menyembang sambil cicah sos dia yg ohsem itu!

johnnys steamboat

Tapi satu hal yang saya tak berapa nak gemar bila masuk je dalam restoren Johnny’s tu adelah bau pelayan-pelayan nya yg tengik! Terlebih makan rempah barangkali. Dasar baba’s bangladesh mariii!

Teringat pulak. Saya ada sorang kawan dulu yang ada masalah bau badan. Dekat ofis kitorang tu ramai pun yang dah tau, cuma masing-masing serba salah tak tau nak cakap macam mana dekat dia. Macamana pulak boleh ada yg tak tau kan, ini soal bau. Bukan boleh disorok-sorok. Siapa yg ada hidung mesti akan dapat hidu punya.

Nak tegur tak sampai hati, bila dibiarkan melarat pulak. Silap-silap boleh putus member. Tu yang tak mau tu. And lagi satu nak highlight, si dia ni perempuan okeh! Terasa bagai cubit peha kanan, peha kiri terasa pedih jua. Wah, gitu.

So, kesudahannya dibiarkan begitu saje. Rasa berdosa sungguh sebab saya pun antara mereka yang terlibat. Tersepit dalam dilema rakan dan bau badan. Kesian, mungkin dia sendiri tak sedar dan tak minta jadi begitu. Mungkin juga jika dia sedar akan hakikat itu, dia berharap sgt ada sesiapa yg sudi menegur and of course dgn kaedah yg paling berhemah.

Entah mampu atau tidak saya susun ayat terbaik utk khabarkan pada dia. Tak dapat dibayangkan kalau saya tergolong sama dengan masalah begini. Tak tau dapat terima atau tak. Mungkin boleh terima teguran tu, tapi lepas tu pulak taktau nak letak muka dekat mana. Malu sehhh!!

Nak tau apa yg kami buat? Pakat-pakat arrange aktiviti tukar-tukar hadiah. Gift exchange orang putih kata. So, boleh kasi perfume dan deodorant! Keji sungguh idea tu sebenarnya. Tapi niat kami semua baik. Nak tolong kawan, sebab sayang. Sayangkan dia dan kasihankan hidung sendiri semestinya.

Sampai macam tu sekali engkau! Gigih cari ikhtiar segala nak settle kan masalah bau badan. Nak menitik airmata bila terkenang kembali. Kisah lama. Itu cerita 10 tahun dulu. Ntah dah berapa orang anak agaknya member tu pun. Dah lost contact.

BAGAIMANA BAU BADAN TERHASIL ?

Badan kita akan sentiasa menghasilkan peluh, apatah lagi jika kita bersukan dan melakukan aktiviti fizikal. Peluh yang telah bercampur  dgn bakteria pasti akan mengakibatkan badan berbau. Ini kerana wujudnya kelenjar apocrine yang terdapat pada kawasan tubuh di mana terdapatnya bulu atau rerambut.

Ketiak, kemaluan dan hidung adalah antara organ yg terlibat sama. Sekiranya kita berpeluh, ia tentu akan menyebabkan rasa tidak selesa pada diri sendiri serta orang di sekeliling kita. Kita juga akan hilang kepercayaan pada diri.

Biasanya cara mudah dan segera yang dilakukan adalah dengan menyembur minyak wangi pada daerah ketiak, badan dan nadi, meskipun kadangkala bau badan itu masih juga terbau-bau oleh hidung sendiri. Hangit! Hapak! Hasheeemmmm! Oh, ini serius teruk ok!

Masalah bau badan bukan perkara remeh

Masalah bau badan bukan perkara remeh

Oleh itu, apa yang kita patut buat?

Kita seharusnya tahu bagaimanakah Cara Untuk Menghilangkan Bau Badan dengan mengubah tabiat pemakanan, habit sehari-hari dan menggunakan bahan-bahan semulajadi petua nenek-moyang kita.

Yang paling senang adalah melalui bahan makanan. Jom kita semak apakah senarainya:

1. Bunga cengkih – Bukan sekadar membantu di saat sakit gigi sahaja tau. Kaedahnya, secekak bunga cengkih direndam dengan air panas sampai kembang. Setelah agak suam, bolehlah disapukan pada kawasan bermasalah. Amalkan selalu, insyaallah berkesan.

2. Halia – Ambil sehiris halia, tumbuk lumat dan masukkan ke dalam gelas bersama air suam & minum. Untuk kelainan, boleh mix dengan air teh atau limau, pun sedap. Be creative ya! Jgn hanya tau halia ni ada dalam resepi nasi ayam hainan ajo.

3. Limau Nipis – Ambil air perahan limau nipis, kemudian campur dengan kapur sirih. Sapukan pada ketiak dan biar selama 15 minit or lebih. Lepas tu bilas dengan air. Boleh buat dalam kekerapan 3 kali seminggu, insyaallah mujarab. (yang ni saya selalu nampak abah buat. Comel je ketiak putih-putih. Siap tercalit kena dkt perut dia yg buncit itu :)

4. Daun beluntas – beluntas, bukan beluncas. Dipetik dari pokok, dibeli di pasar, diambil dan dibasuh. Daunnya direbus, dibuat air dan diminum. Boleh dibuat ulam dan dimakan bersama nasi serta sambal belacan. Nak makan begitu sahaja dibuat salad pun tak jadi masalah. Ambillah dgn kerap, seboleh-bolehnya setiap hari. Dalam masa sebulan insyaallah bau badan akan ghaib.

Manfaat Daun Beluntas untuk Menghilangkan Bau Badan

Daun beluntas mujarab utk masalah bau badan

Daun beluntas mujarab utk masalah bau badan

Aroma daun beluntas yg kuat terbukti berkesan untuk menghilangkan bau badan. Untuk mengatasi bau badan bisa dilakukan dengan mengonsumsi daun beluntas secara rutin. Ia boleh diambil dengan cara merebusnya terlebih dahulu sebagai bahan tambahan sayur, namun untuk mendapatkan manfaat yang maksimal sebaiknya konsumsilah daun beluntas sebagai ulam-ulaman setiap hari, maka dalam waktu 1 bulan akan menampakkan hasil, bau badan akan berkurang.

5. Kunyit – Ambil 5-7 ketul kunyit. Kisar dengan air kapur dan lumur seluruh kawasan bermasalah. Biarkan dalam tempoh lebih kurang setengah jam atau boleh juga dicampur dengan bedak sejuk

6. Timun – Selain meredakan bengkak atau lebam pada sekitar mata, timun juga boleh membantu menghilangkan bau badan. Cara-caranya, ambil sebatang timun yang telah dikupas kulitnya. Sapukan timun tu sapu di tempat bermasalah tersebut semasa setiap kali mandi. Kemudian dibilas.

7. Daun sireh – Ambil beberapa helai daun sireh, rebus airnya dan diminum satu hingga 2 kali sehari. Daun sireh antara kaedah tradisional yang berkesan mengurangkan bau badan yg tidak enak.

8. Air masak – Amalkan minum segelas air masak setiap hari selepas bangub dari tidur untuk pembantu proses detoks dan pembuangan air besar.

9. Makanan tinggi serat – Banyakkan makan buah-buahan yang tinggi kandungan serat.

10. Cuka epal – Bilas bahagian yang bermasalah terutamanya ketiak dengan menggunakan cuka epal bagi mengurangkan bacaan PH tubuh dan menghilangkan bau peluh.

11. Soda bikarbonat – boleh disapukan di bahagian ketiak, juga sebagai penghapus bau yang tidak menyenangkan.

12. Alfalfa – Nama saintifiknya medicago sativa. Kaya dengan serat dan klorofil. Berfungsi sebagai agen detoks yg berupaya menyingkirkan toksin daripada tubuh, antara penyebab bau badan. Boleh diperolehi dgn cara sangat mudah iaitu dalam bentuk tablet yg hanya perlu ditelan. :)

Alfalfa Complex Shaklee 700 tablets

Selain mujarab menyelesaikan masalah bau badan, alfalfa juga mengandungi 1001 macam manfaat.

Keunggulan lain alfalfa adalah memiliki kandungan vitamin dan mineral cukup lengkap. Alfalfa juga :

  • Kandungan vitamin dalam alfalfa termasuklah vitamin A, thiamin (vitamin B1), riboflavin (vitamin B2), niasin (vitamin B3), vitamin B5, vitamin B6, vitamin C, vitamin K, folic, kalsium, besi, magnesium, fosforus dan tembaga.
  • Sesuai dengan nama jolokannya Raja Segala Tumbuhan, ia umpama ibu segala vitamin yang mempunyai hampir kesemua khasiat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita.
  • Terdapat pelbagai jenis alfalfa dan untuk makluman, tak semua alfalfa tu sama. Alfalfa Shaklee ditanam di Californea, mempunyai akar yang sangat panjang sehingga mencecah 20 kaki ke dalam tanah.
  • Ia merupakan sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang) dan ianya ditanam tanpa semburan bahan kimia yang membahayakan.
  • Tidak juga terkandung pengawet, pewarna atau perasa tiruan.
  • Alfalfa yang biasa terdapat di supermarket adalah Alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa jenis ini kadangkala boleh menyebabkan reaksi penyakit Auto immune.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. :)

Ingin mencuba kemujaraban vitamin Shaklee yang sentiasa selamat dan semulajadi?

SMS/WHATS APP : NUSAYBAH 019-3832656

1,985 total views, 1 views today

One Thought on “ATASI MASALAH BAU BADAN DENGAN ALFALFA RAJA SEGALA TUMBUHAN

  1. Tips yang hebat Puan Nusaybah!

    Tapi kalau badan masih berbau, boleh cuba Magic Blue natural deodorant.

    Kami suami dan isteri – spray sekali terus jatuh hati. Sangat berkesan!

    https://magicblue.ik.my/2479

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation