ASID FOLIK SEBELUM MENGANDUNG? INI KISAH BENAR UNTUK BAKAL IBU AMBIL TAHU!

“Akak due bulan depan, tapi dah tahu dah baby ni memang akan meninggal”

Apa perasaan korang kalau dengar statement macam ni bila datang mood nak membawang dengan orang sebelah?

“Baby akak dalam perut ni tak ada tempurung kepala. Memang dah lama tahu tapi tak sanggup rasanya nak gugurkan dia yang tengah hidup dalam ni.”

Banjir dalam hati.
Melarat sebak kita yang duk dengar ni.

Niat di hati nak ajak sembang, konon nak tumpang seronok keterujaaan dia bakal sambut orang baru.

Tapi, lain pulak yang jadi.

Katanya lagi, mengandung kali ni lah yang dia paling rajin dan banyak makan vitamin yang doktor bagi.

Cuma bila ditanya balik pasal preparation sebelum mengandung, dia tiba-tiba terdiam.

Dan, dia jawab…

“Yelah kan. Mungkin jugak, sebab gap dengan anak sebelum ni jauh. Abang dia dah sekolah rendah. Lama akak tunggu”

“Akak sebenarnya tak sedar lansung pun pregnant, tau-tau dah berapa bulan”

Kakak tu kata, doktor memang ada sebut pasal asid folik yang mungkin tak cukup dalam diet.

Memang susah kalau nak harapkan semata-mata daripada makanan hari-hari kita. Allah Yang Maha Tahu apa di sebalik.

Kali ni Kak Ebah pulak yang terdiam. Serta-merta hilang rasa nak merajuk dengan rejection yang dapat selama ni.

Walaupun dia nampak cool, tapi sumpah, Kak Ebah tak dapat imagine apa ada dalam hati dia masa tu. Dia sendiri juga yang tetap nak teruskan “carrying to term” baby syurga dalam kandungan.

Naluri ibu.
Apa yang dia buat dah menggambarkan sedalamnya perasaan dia walau dia tak sebut.

Anencephaly
*************

– Keadaan yang mana sebahagian besar tulang tengkorak di bahagian otak bayi tidak terbentuk dengan sempurna.

– Ia sejenis kecacatan tiub neural atau Neural Tube Deffect (NTD) yang berlaku ketika bulan pertama kehamilan, ketika janin berusia 3-4 minggu dalam rahim ibu.

– Pengambilan asid folik sebanyak 400 mcg (0.4 gram) setiap hari ketika sedang merancang kehamilan akan mengurangkan risiko kecacatan NTD sebanyak 75%

*Teringat balik kisah ni bila recently banyak dapat order B-Complex.

Kak Ebah pun begitulah, masa 1st pregnancy yang miscarriage dulu. Tak sedar diri sendiri pregnant, sebab husband yang duk muntah-muntah demam loya segala.

Supplement wisely.
Kita ikhtiar setakat yang mampu, selebihnya tu bukan kerja kita.

Habis dah usaha, barulah serahkan pada Qada dan Qadar Allah. Wallahualam.

49 total views, 7 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation