ASID FOLIK : MENGAPA IA DIPERLUKAN OLEH IBU MENGANDUNG DAN YANG SEDANG MERANCANG UNTUK HAMIL

Asid folik : Mengapa ia diperlukan ?

Apakah asid folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B.
Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.

Folic Asid dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga  dan pembentukan sel darah merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai  koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Folik asid terlibat dalam metabolisma protin, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan  folik asid anemia. Zat ini juga boleh membantu dalam depresi dan “anxiety”.

Folic acid sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf  “embryonic” dan ” fetal” , yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal. Ia juga sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C.

http://moodpro.tripod.com/infoubat/folacid.htm

folicacid

Mengapakah saya perlukan asid folik?

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda.

Dos minimum asid folik bagi wanita yang ingin hamil adalah 400 mikrogram atau mcg (0.4miligram atau mg). Terdapat dua jenis ­persediaan pil asid folik; sama ada 400 mikrogram (0.4mg) ataupun 5mg.

Selain itu, asid folik juga ada terdapat dalam kandungan multivitamin dalam dos berbeza yang lazimnya kurang ­daripada dos minimum 400 mcg yang diperlukan itu.

Memandangkan asid folik bersifat larut air, kandungan berlebihan lazimnya akan dibuang melalui air kencing. Mengambil dos 5mg itu sememangnya berlebihan tetapi masih ­tidak mendatangkan mudarat. Saya tidak pasti sama ada mengambil dos lebih daripada itu mendatangkan masalah serta mengapa perlu me­ngambul dos lebih daripada 5mg.

Pengambilan asid folik hendaklah dimulakan apabila wanita berhasrat untuk hamil kerana ia seelok-eloknya diambil sekurang-kurangnya sebulan sebelum hamil, malah sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum hamil bagi wanita yang bayinya pernah mengalami kecacatan sistem saraf tunjang (tiub neural). ­

Sumber rujukan : Babycenter.com

Apakah pula kaitan Asid Folik dengan mereka yang belum mengandung tetapi sedang merancang kehamilan

Seperti yang diketahui, fungsi asid folik adalah untuk membekalkan Vitamin B9 atau folate yang akan bantu penghasilan sel-sel baru, memperbaiki dan membina semula sel-sel DNA yang rosak di dalam tubuh badan kita.

Ia sangat penting diambil oleh pasangan yang ingin menimang cahayamata kerana walaupun belum lagi disahkan mengandung, ia adalah sebagai persediaan tubuh bakal ibu untuk menerima kehamilan dan kehadiran janin.

Bagi wanita, ia boleh membantu dalam kematangan telur (ovum) dan pembentukan plasenta. Manakal bagi lelaki pula ia dapat membantu mengurangkan risiko bayi cacat dan sumbing.

Harus diingat, keperluan vitamin bukanlah khusus untuk wanita sahaja. Salah satu punca yang boleh mengganggu kesuburan baik lelaki mahupun wanita ialah kekurangan vitamin tertentu di dalam tubuh badan.

Folate atau asid folik adalah sejenis vitamin berwarna kuning yang sangat terkenal di kalangan ibu dan bakal ibu kerana saraf tunjang bayi sudah mula terbentuk sebelum kita dapat tahu kehamilan sudah terjadi. UPT test pun selalu je samar-samar sedangkan pada hakikatnya kita sudahpun mengandung!

Kenapa B-Complex Shaklee adalah yang terbaik ?

601170_459933344074096_1483526508_n

Bagi kehamilan yang tidak dirancang, wanita dinasihatkan untuk mengambil suplemen asid folik setiap hari dan diteruskan sekurang-kurangnya sehingga kandungan berumur 12 minggu kerana 3 bulan pertama, perkembangan otak dan sistem saraf sedang berkembang pesat.

Anda hamil atau sedang merancang untuk hamil?

Perlukan Asid Folik ?

Terlalu banyak jenama asid folik di pasaran?

Tak tahu nak pilih yang mana satu?

Cari saya untuk dapatkan B-Complex yang dilengkapi Asid Folik untuk kehamilan anda!

10565194_555673891200911_6579096612752039728_n

Pengedar sah Shaklee di seluruh Malaysia.

COD sekitar Bangi, Putrajaya dan Cyberjaya.

Nusaybah Anuwar – 019 3832656

1,868 total views, 1 views today

One Thought on “ASID FOLIK : MENGAPA IA DIPERLUKAN OLEH IBU MENGANDUNG DAN YANG SEDANG MERANCANG UNTUK HAMIL

  1. Pingback: TRYING TO CONCEIVE, KEGUGURAN DAN RAWATAN | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation