ASAM PEDAS IKAN FEATURING KARI YANG SEDAP, LAIN DARIPADA YANG LAIN MESTI KORANG CUBA!

Asam Pedas Ikan

Actually Kak Ebah ada beberapa versi masakan asam pedas dan setiap satunya akan dimasak bila hati sedang rindu-rinduan.

Resepi ni Kak Ebah belajar daripada mak angkat masa zaman PLKN dulu. Berbelas tahun dah, tapi still remain dalam serebrum.

Waktu tu kami 2 orang dan dia masak lauk daging kicap. Rasa bersalah dengan dia sebab lepas tau both of us tak makan daging, dia masak lauk lain semata-mata untuk kitorang berdua, orang keyel yang mengada-ngada ni.

Terharu sangat, sebab tu juga masih ingat sampai sekarang. Sedap pulak tu!

Dia duduk di sempadan Melaka-N9. Lupa pula nak siasat dari mana asalnya negeri kelahiran emakku itu.

Dan of course, ada modification (improvise version daripada kehendak tekak Kak Ebah)

Barulah betul namanya air tangan, ye dok?

As usual, most of my recipe adalah bersifat syok sendiri, namun disitulah letaknya kelainan yang buat orang selalu tanya “kenapa bila aku masak tak jadi macam kau eh?” 😉

3 TIPS BIASA aja dan tips tersebut adalah :

  1. Sediakan bahan-bahan wajib asam pedas iaitu bawang putih, bawang merah dan halia. Belacan is optional. Biasa je, kan?
  2. Masukkan 1 sudu halba campur dan kisarkan sekali bersama bebawang dan homemade cili paste. Biasa ke tak resepi korang buat gini?
  3. Letakkan juga seketul dua buah keras untuk menyempurnakan kombinasi bumbunya (ala-ala nyonya kapitan) gituuuh. And yes, the last item ni will transform the taste jadi LUAR BIASA!

Tumis seperti biasa sehingga pecah minyak, menggunakan undang-undang tumisan cili yang pernah Kak Ebah share sebelum ni.

Sambil-sambil itu bolehlah korang sambung follow-up bakal customer yang semalam dah whatsapp dan kata nak bayar harini.

Kuahnya akan jadi agak pekat tapi again, subject to change. Kalau rasa nak cair-cair, tambah air lebih sikit noh.

Mohon bersedia dengan baunya yang harum menusuk qalbu tu. Semoga cekal dan tabah.

Nanti bila suami korang makan mesti dia kata “eh sayang buat magik apa ni, buka tudung saji tadi abang bau kari tup-tup bila masuk mulut dia tukar jadi asam pedas pulak”

Cubalah, mana tau kesayangan korang suka.

kakebahmasak #chefebahindahouse

487 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation