APA YANG BUAT VIVIX BEGITU EKSKLUSIF SEHINGGA ORANG SUDAH TIDAK PEDULI AKAN HARGANYA

Ada apa dengan sebotol Vivix?

Pernah beberapa kali, malah boleh dikatakan agak kerap juga saya diterpa dengan soalan begini.

Saya, macam biasalah, rilek je sebab saya faham sangat bukan senang-senang orang nak laburkan wang untuk sesuatu yang bernilai tinggi.

Jenuh juga saya menggoogle nak mencari harga seulas anggur muskat atau muscadine grape yang jadi hero dalam sirap botani vivix ni. Anggur, mana ada jual seulas-seulas kan. Paling tidak segugus atau sekilogram. Khabarnya sekilo mencecah ratusan ringgit. Yang saya jumpa ni pun saya rasa biji benihnya yang dijual untuk tanam pokok. Al-maklumlah, buah mahal.

Entah berapa kilo agaknya anggur yang terlibat dlm proses nak hasilkan sebotol vivix tu. Bukan anggur biasa-biasa yang boleh beli di pasaraya atau pasar tani eh.

Anggur muskat atau muscadine grape ni saiznya menyamai sebiji bola golf dan oleh itu ia digelar sebagai super grape. Jadi, tak hairanlah bila sirap vivix ni pekat, likat dan tak akan beku bila disimpan di bahagian freezer. Pure. Asli. :)

Ini adalah salah satu sebab kenapa saya memilih untuk ambil suplemen Shaklee kerana saya tahu saya takkan berkemampuan kalau nak beli dan bancuh sendiri jus anggur berkualiti macam ni setiap hari. Jangan kata nak buat jus, cari harga anggur pun dah failed.

Itu belum cakap pasal purple carrot dan elderberi yang jadi ramuan tambahan lagi. Jumpa kat pasar mlm haritu pun menggelupur taktau nak kerjakan macamana. Konon nak tanam, tapi hampeh.

Selit sikit fakta nutrisi tentang elderberi – ramuan tambahan dalam sirap botani VIVIX

4-kandungan-utama-vivix

Elderberi –

Sejenis buah berwarna ungu dengan bentuk yang kecil. Sangat terkenal digunakan sebagai rawatan alternatif penyembuhan diabetes dan kanser, tetapi pengolahan buah comel ini harus dengan kaedah yang betul kerana terdapat sebahagian daripada batang, daun dan akarnya yang beracun.

Pengambilan elderberi secara rutin setiap hari dapat mengatasi masalah kulit seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam. Ia turut digunakan untuk mencegah penuaan pramatang dengan mengurangkan kedutan dan garis halus di wajah. Ini menjadikan ia terkenal dalam industri kecantikan dan pembuatan kosmetik. Telah banyak pengeluar produk kecantikan menggunakan buah elderberry sebagai bahan utamanya.

Poligonum Cuspidatum/Japanese Knotweed

Beberapa kajian menunjukkan kandungan polifenol di dalamnya berfungsi menyokong diet yang baik dan mencegah berlakunya penuaan pramatang. Resveratrol pula mampu mencegah tumor, bertindak sebagai anti-depresi, menstabilkan tekanan darah, merendahkan kolestrol , memperlahankan serta menambahkan tenaga.

Lobak Ungu –

Mempunyai semua manfaat kesihatan yang dimiliki oleh lobak merah yang kita tahu seperti penglihatan yang lebih baik, kulit lebih cerah, serta juga sumber Vitamin A dan beta-karotin. Kandungan fitokimia (bahan kimia yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan) dalam lobak ungu telah terbukti untuk mengurangkan risiko kanser, terdapat ciri-ciri anti-bakteria, anti-radang dan anti-karsinogen.

Lobak ungu kaya dengan antosianin iaitu sejenis antioksidan yang banyak terdapat dalam sayur-sayuran berwarna merah, ungu, dan biru. Ia berfungsi melindungi sel-sel tubuh daripada radikal bebas (molekul yang tidak stabil dengan kesan sampingan yang berpotensi merosakkan sel)

Malah, sebatang lobak ungu mempunyai 28 kali ganda lebih antosianin daripada satu sebatang lobak merah yang lain. Pigmen ini terbukti telah membantu pelbagai masalah kesihatan termasuk kanser, kencing manis, penyakit saraf, jangkitan bakteria termasuklah parasit pada usus.

Oleh itu, tidak hairanlah jika Vivix turut tersenarai sebagai vitamin dalam Full Set Detoks Parasit. :)

OK kita sambung balik. :)

Itu belum fikir cara nak bancuh, formula nak pakai. Jauh sekali nak buat kajian saintifik dan ujian klinikal segala. Al-maklumlah, semua tu bukan di bidang dan kepakaran kita kan. So kita serahkan sahaja semuanya kepada para saintis dan pengkaji mahir yang dah tentu-tentu certified di bidang berkenaan. Jurnal pun banyak. Nak dengan tak nak je kita nak baca dan fahamkan semuanya.

Eh tau kan, seluruh bahagian pada seulas anggur semuanya berkhasiat, termasuklah kulit dan biji anggur yang berciri anti-kanser. Orang kita la ni seronok sangat beli seedless grape. Senang nak kunyah dan terus telan katanya sebab biji anggur tu pahit. Pahit ubat tu.

Kalau perasan,  kesemua tumbuh-tumbuhan ni di kaya dengan resveratrol dan polifenol yang secara semulajadinya mampu memberi kesan positif kepada penuaan sel yang sihat. Kesemuanya merupakan sumber antioksidan yang sangat kuat jika dibandingkan dengan tumbuhan lain dengan sumber vitamin A, C dan E. Tak perlu dah nak bersusah-payah ke North America untuk kita cari semua tu.

Pengambilan secara konsisten dan berterusan terbukti dapat mencegah dan melambatkan pertumbuhan sel kanser, sekaligus membantu memanjangkan hayat sel-sel dan umur kita juga. :)

Bancuhan premium keempat-empat ramuan ini telah menambahbaik kesihatan ramai orang dengan memperbaiki bacaan gula dalam darah (pesakit diabetis), menstabilkan tekanan darah tinggi, meningkatkan memori, mengurangkan berat badan, merendahkan paras kolestrol, membersihkan salur darah (termasuk jantung), membunuh sel-sel kanser dan banyak lagi.

Baca Juga : Konsep bagaimana Vivix bertindak yang menjadikannya berbeza dengan suplemen lain.

Ciri-ciri anti-radang, anti-kanser dan anti-penuaan yang dimiliki oleh cecair merah-ungu botani ini amat membantu dalam menangani isu berkenaan salur darah sempit yang boleh mengakibatkan masalah dengkuran dan prestasi di ranjang di kalangan kaum lelaki. :)

Petang semalam ada sorang bakal customer bertanyakan perihal vivix. Dia langsung tak terkejut bila tau harga sebab katanya dia biasa tengok harga sebotol wine anggur merah yang jauh lebih mahal.

Kesihatan memang tidak ternilai harganya. Takkan sekali sama dengan harga segugus anggur, sekilo elderberi atau lobak ungu. Kita akan mengakui kebenarannya bila merasai sendiri bagaimana rasanya bila nikmat kesihatan ditarik.

Kata saya lagi, “buat apa sembang pasal benda haram yang kita orang Islam ni takboleh kita minum?” Vivix kan ada. :) 1 sudu kecil vivix bersamaan dengan 100 gelas pati anggur pekat yang berkualiti tinggi.

Tambah seronok dia bila saya beritahu sirap vivix ni tengah ada offer bulan ni. Terus dia nak order twinpack sebab nak dapat keahlian percuma. Inilah satu clue bahawa bakal customer saya ni seorang yang bijak!

Buat anda yang ingin jadi bijak sepertinya, hubungi saya lekas-lekas sebelum promosi tamat.

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia.

COD sekitar Bangi, Kajang dan Cyberjaya.

Nusaybah Anuwar 019-3832656

770 total views, 2 views today

2 Thoughts on “APA YANG BUAT VIVIX BEGITU EKSKLUSIF SEHINGGA ORANG SUDAH TIDAK PEDULI AKAN HARGANYA

  1. Pingback: BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU PENYAKIT KRONIK | Life is a Story

  2. Pingback: VIVIX UNTUK SIHAT CANTIK DAN AWET MUDA | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation