APA MAK AYAH KENA TAU TENTANG PROLONGED JAUNDIS DAN KUNING BAYI?

Jaundis adalah masalah biasa yang dialami hampir 70% bayi baru lahir serta kanak-kanak. Hanya sebilangan kecil sahaja yang mencapai tahap jaundis yang berbahaya akibat kekurangan enzim Glukosa-6-Dehi drogenase (G6PD) serta sebab-sebab lain.

-Pakar Perunding Kanak-Kanak, HUKM, Prof. Madya Dr. Zulkifli Ismail –

Kenapa jaundis sangat sinonim dengan baby baru lahir?

Keadaan ini terjadi disebabkan oleh perpecahan sel-sel darah merah yang mengeluarkan zat besi dan ‘bilirubin’ yang berlebihan di dalam darah bayi.

Bilirubin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang siftnya tidak larut air, yang akan ditapis oleh hati dan dibuang sebagai air kencing (jawapan kenapa air kencing kita kuning) dan sebahagiannya pula akan dibuang melalui najis melalui saluran hempedu (salah satu fungsi utama hempedu dan kenapa najis kita bewarna kekuningan)

Dalam semua bayi yang baru lahir, hemoglobin yang dipanggil Hbf dalam sel darah merah ini akan berpecah, lalu meningkatkan tahap bilirubin. Apabila bilirubin ini tidak boleh ditapis dan dikeluarkan dengan cepat, maka bayi akan menjadi kuning.

Penyebab Jaundis

Ada banyak.

  • Kekurangan enzim G6PD
  • Hepatitis – masalah berkaitan fungsi hati
  • Susu ibu – breastmilk jaundice
  • Kumpulan darah tidak seimbang

Baca : Serius ke Prolonged Jaundice. Bila kena buat further check?

Kisah Benar Prolonged Jaundice anak sendiri

Episod jaundis yang berlanjutan lebih daripada 2 minggu (walaupun tidak tinggi) perlu buat ujian darah untuk pastikan tidak ada isu berbangkit atau membimbangkan.

Darah Nu’man agak pekat. Kata doktor, antara kemungkinannya ialah berpunca daripada saya (ibu) yang ada masalah kesihatan semasa mengandung lagi.

Pelik tu, sebab sepanjang mengandung saya sihat. GDM negatif, berat comel-comel je, hB lulus, darah tinggi tak kantoi. Cuma…

Ermmm.. bila flahsbck balik baru teringat. Masa mengandung si adik ni, beberapa kali saya melalui episod batuk dan alahan yang berulang sampai semput. (Bermonolog sendiri depan doktor)

Dalam kes hemolytic jaundice, pada kebiaasaannya serum bilirubin meningkat disebabkan oleh sepsis (jangkitan kuman). So memang terus terfikir kisah batuk teruk tu. Memang sampai terkencing-kencing dan kena dapatkan bantuan nebulizer tengah-tengah malam.

Tersentak tiba-tiba bila doktor mulakan soalan.

“Ibu ada GDM ke sebelum ni?” -Tak.

“Jenis darah ibu apa ?” (dan doktor buat perbandingan dengan blood type baby) dan pastikan tak ada masalah dengan Rhesus positif dan negatif ibu vs baby. – Darah anak beranak bukan O.

“Ibu ada makan jamu tak?” -Tak.

“Air kencing baby jernih? Najis baby warna apa?” -Ye, jernih. Najis kuning.

“Anak-anak sebelum ni pun memang prolonged jaundice?” -Tak.

Memang inilah antara soalan biasa yang akan ditanyakan pada saya dan ibu-ibu lain dalam kes jaundis yang berpanjangan macam ni (prolonged jaundice)

Semuanya banyak tak tak tak. So memang agak senang hati di situ, cuma nak mengelak rasa tak sedap hati atau tertanya-tanya, kami buat jugak test ni untuk hero nan seorang. Memang baby nak bagi pengalaman baru dan suruh kami belajar nampaknya. Jangan ingat dah anak nombor 3 ni, hangpa dua dah tera yek.

Dalam tempoh menanti keputusan tu, kami just follow arahan pakar. Bagi antibiotik 2 kali sehari. Kalau ikut hati memang risau, tapi takmau memandai-mandai since kami dah decide nak follow medical prosedur. Doktor lebih tahu. Lagipun, memang Nu’man ada issue dengan baby distress dan meconium yang juga penyebab emergency czer sebelum tengok dunia hari tu. Mungkin adalah sikit kaitan dengan sepsis (jangkitan kuman).

Result darah dan urin selepas seminggu

Day 25 of life.

Debaran berakhir. Semua test negatif. Urine clear.

Cuma satu yang mengejutkan. Berat terkini Nu’man is 4.3 kg. Hehehe. Patutlah lenguh lengan dan peha meriba dia.

Alhamdulillah. Memang ikut baka abi.

Doktor buat ulasan, ini kes breast milk jaundice.

Memang daripada pembacaan pun, sangat jarang berlaku kes serius sebab rata-ratanya yang berlaku adalah fisiologikal jaundis. Salah satunya yang membimbangkan ialah bila bacaan jaundis terus naik di hari pertama kelahiran.

Sebab tulah kalau baby ada jaundis seawal 24jam selepas kelahiran perlu di admit ke NICU serta merta untuk pemantauan dan further check.

Ibu kena ulang alik bagi susu, baby kena letak bawah lampu biru.

Lain-lain situasi, inshaAllah semuanya normal. Cuma, don’t take for granted. Buatlah ujian yang disarankan untuk pastikan baby kita tu benar-benar bebas daripada Red Zone.

Apapun, kelahiran hero kali ini yang diberi nama Baby Nu’man Hadif, memang banyak mengajar kami. Daripada sebelum lahir, semasa kelahiran, sehinggalah hari-hari selepas melihat dunia.

Asbab untuk ibu terus mengutip ilmu dan berkongsi pengalaman supaya dapat memberi manfaat kepada ibu lain pula.

Life is a Story
Facebook: Nusaybah Anuwar
FB Page: i-Nutrisi / Tips Hamil Sihat dan Cantik
Shaklee ID: 932852
Emel: imanusaybah@gmail.com
Contact No: 019-3832656

“You’re the writer of your life”

 

138 total views, 8 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation