ANAK SAYA DEGIL DAN SUKA MEMBERONTAK, APA NAK BUAT ?

Sedikit sharing yang saya dapat daripada perkongsian rakan di laman sosial Facebook dan saya kongsikan semula untuk rujukan diri sendiri dan rakan lain. Terima kasih atas perkongsian empunya nota asal – Fatimah Syarha. Moga kita sama-sama beroleh manfaat darinya.

Sejak akhir-akhir ni saya selalu rasa terharu dan touching terlebih bila tengok sikap kakak Nasuha yang dah banyak sangat berubahnya.

Dah pandai jaga dan tengok-tengokkan adik. Dah tau situasi yang bakal buat ibu dan abi marah. Dah faham apa yang ibu dan abi suruh dan larang tanpa membentak atau mengangis tak tentu pasal.

Kalau dulu, selagi tak pujuk selagi itulah dia akan berpusing 360 darjah daripada hujung sampai tengah rumah minta simpati. Kalau dulu, asyik nak merajuk tak tentu pasal sampaikan mak ayah dia ni rasa sentap sendiri bila orang lain mula tunjuk fed-up dengan “perangai” anak kami.

Rupa-rupanya memang begitu “nature” nya anak-anak di usianya yang tertentu. Berkaitan dengan perkembangan otak anak kecil yang harus difahami dan diselami oleh penjaga.

Soalan :

Degil ke anak saya yang baru 1 tahun 6 bulan yang tidak mahu mendengar kata bila dilarang? Orang keliling mengatakan dia degil. Dia juga suka merampas mainan kanak-kanak lain. Ibu kata tidak boleh garang dan marah anak. Namun, jika tidak marah, dia menjadi-jadi perangainya. Bolehkah dia dihukum dan bagaimana?

Jawapan pakar :

Anak baru satu tahun 6 bulan. Usia ini masih kecil dan yang paling ketara pada usia ini ialah anak-anak kecil dijadikan oleh Allah kuat ego centric.

egocentric – limited to or caring only about yourself and your own needs. If you are egocentric, the whole world centers on you and you don’t pay much attention to other people.

Maksudnya bukan dia ego, tetapi dia lebih fokus kepada dirinya. Mekanisma ini ada pada setiap manusia pada usia ini. Inilah cara Allah memastikan kemandirian manusia di dunia ini.

memukul anak boleh mengganggu emosinya

 

 

 

 

 

1. Anak-anak pada usia ini hanya memikirkan dirinya kerana pada usia ini bahagian lapisan kedua daripada bahagian ketiga lapisan otak – triune belum begitu berkembang.

2. Otak ada tiga lapis. Bahagian paling bawah mengawal keselamatan, berkembang pada masa lahir hingga 3 tahun. Pada usia ini anak-anak hanya memberi respons kepada stimulus, ransangan dan belum boleh berfikir.

3. Pada usia 3 tahun barulah lapisan kedua atau otak tengah anak berkembang. Bahagian otak ini menjaga emosi dan kesihatan. Pada ketika ini barulah anak-anak memikirkan orang lain dan sedar lebih mengenai kewujudan orang lain. Pada masa ini juga barulah EQ anak mula berkembang dan dia mula faham untuk bertolak ansur.

4. Anda akan lihat anak yang merasakan dia dijaga dengan baik dan berasa selamat, bahagian otak tengah ini mungkin sudah mula berkembang pada usia lebih awal. Maka anda melihat situasi anak-anak itu baru menjangkau 2 tahun, tapi sudah boleh memikirkan perasaan orang lain. Pucuk pangkalnya, bila anak itu rasa selamat, perkembangannya cepat.

5. Pada usia 4 tahun keatas barulah bahagian otak paling atas iaitu neokorteks atau otak berfikir anak mula-mula develop. Barulah mereka boleh faham penerangan yang kita beri dengan lebih lagi. Namun, mereka masih belum boleh membezakan yang baik dari yang buruk kerana mereka belum mumayiz. Frontal lobe mereka belum develop penuh.

Oleh kerana ibu bapa dan ramai orang dewasa termasuk datuk nenek tak faham, cepat saja mereka menamakan anak-anak kecil seperti yang nampak tidak mendengar penerangan dan larangan sebagai degil dan ego. Setiap kali Ibu mendengar perkara seperti ini, terhiris sungguh hati Ibu kerana sampai hati orang dewasa melakukan perkara begini kepada anak-anak kecil yang masih suci seperti kain putih.

Jika anak itu salah berperangai, merebut barang, atau bermain dengan benda yang merbahaya, untuk dia tidak terus melakukan perkara itu, anda boleh mengambil dia dari situ dan boleh katakan kepadanya

No, ini tak boleh, dengan tegas tapi penuh kasih-sayang.

Kemudian bawa dan ajak dengan baik dia ke tempat yang ada benda yang boleh dia bermain dan katakan,

Yes, yang ini boleh.

Dan katakan lebih dari 3 kali untuk menguat stimulus positif yang akan membina diri yang positif. Supaya, terakam diminda bawah sedarnya akan stimulus positif ini. Dia tidak boleh terus ingat, kerana tempat memori adalah pada bahagian otak tengah. Masa ini bahagian itu belum lagi develop.

Ya, memang kononnya jalan paling senang dan cepat bagi menangani anak-anak kecil yang kuat kehendaknya ini ialah dengan memarahinya dan menghukumnya dengan kasar. Tapi ini menyebabkan anak ini berasa tidak selamat. Ingat pada usia ini, bahagian otak paling bawah yang sedang develop. Anak ini akan berasa tidak selamat. Bila seorang itu berasa tidak selamat, dia akan lari atau melawan. Maka itulah yang menyebabkan bila dia besar sikit dan kerana keadaan marah-marah dan melarang dengan kasar ini berteus, anak itu akan selalu mengamuk dan bertambah kuat mengamuk. Atau menjadi anak-anak yang senyap kerana TAKUT dan tiada keyakinan diri.

Bila terjadi begini, apakah yang ramai orang dewasa lakukan? kuatkan lagi marah dan kuatkan lagi hukuman. Lama-lama, menjangkau 3 tahun, emosi anak penuh dengan kemarahan dan kesedihan. Anak begini membesar menjadi anak-anak yang memendam rasa, nampak diam, tapi bom jengka sedang berdetik, menunggu masa saja untuk meletup. Tiba usia yang lebih tua, seperti remaja, anak yang sama ini akan menjadi sangat degil, pemarah dan tidak hormat orang tua. Ada yang menerajang ibu bapa!

Bukankah telah diingatkan oleh Nabi s.a.w, bahawa pada akhir zaman, akan ramai anak-anak yang menjadi tuan pada ibu bapa mereka. Bukan kerana ibu bapa mereka melayan mereka dengan kasih-sayang tetapi kerana ramai ibu bapa yang tidak memahami bagaimana untuk mendidik anak-anak sehingga mereka tersilap cara lalu merosakkan diri anak-anak itu sendiri.

Anak yang dibesarkan dengan kasih-sayang, hormat dan kefahaman psikologi kanak-kanak, akan membesar mengasihi ibu bapa mereka. Bila kita berlembut dengan anak sekecil 1 tahun 6 bulan itu, bukan bermaksud kita memanjakan atau membiar dan kita lemah. Sebenarnya, kita sedang membina rasa selamat yang kukuh, untuk mudah otak tengahnya pula develop cepat. Kita tetap tegas, tapi kita juga penuh kasih-sayang.

Cuba tengok betul-betul, anak-anak yang dididik penuh kasih-sayang, dihormati perasaaan mereka dan berasa selamat, meningkat cepat kepandaian mereka berbanding dengan anak-anak yang selalu dimarah dan dihukum kasar.

Bila anak-anak sekecil itu merampas mainan kawan, bukan dia perampas, tapi dia belum lagi tahu maksud ini barang orang dan dia perlu meminta izin atau bermain bersama. Anak pada usia ini, kalau dia hendakkan sesuautu, dia mengambilnya sahaja. Bila tidak dapat dia akan meraung. Kerana itulah yang dimaksudkan ego centric. Centre pada dirinya sahaja.

Di dalam agama Islam sendiri ada disebut dengan jelas bahawa :

Tiada galakan dalam nas Islam agar kita memukul anak. Bahkan kita tidak wajar memukul anak yang belum mumayyiz (mampu membezakan antara yang baik dan buruk). Hadis hanya menyebut memukul pada umur sepuluh tahun setelah melalui proses yang panjang.

Sabda Nabi s.a.w:

“Suruhlah anak-anak kamu bersolat ketika mereka berusia tujuh tahun, dan pukul kerana meninggalkan solat ketika berusia sepuluh tahun” (Riwayat Abu Daud, sahih).

Pesanan buat diri sendiri :

Janganlah kita orang dewasa cepat melatah dan menghukum anak-anak kecil ini dengan perkataan seperti jahat, degil, perampas… dan dipukul dan sepertinya yang akan masuk ke unconscious mindnya dan menjadi belief atau kepercayaan yang merosakkan diri anak itu.

Ketahuilah tentang betapa perlunya membesarkan kesabaran dalam mendidik dan membesarkan anak-anak syurga ini. Oleh itu, janganlah risau sayang. Kita perlu sedar, anak-anak ini didatangkan kepada kita untuk memberi kita rasa seronok dan juga membina diri kita. Membina kesabaran itu adalah salah satu daripada membina diri kita ini.

Satu azimat untuk dipegang dengan kemas :

SENANTIASA BERSANGKA BAIK DENGAN ANAK-ANAK TERUTAMANYA ANAK-ANAK KECIL. KEMASKAN KEYAKINAN BAHAWA ANAK-ANAK KECIL INI SUNGGUH SUCI & KITALAH YG BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA UNTUK MENCORAKKANNYA.

*** Tiba-tiba rasa macam ada air jernih bertakung di kelopak mata. Betapa ibu masih banyak yang kurang dan masih banyak yang perlu belajar tentang menjadi ibu yang terbaik buat kamu duhai bintang hati.

5,337 total views, 2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation