ALKISAH GIGI BONGSU

Flashback balik kisah “sakit gigi” masa raya puasa hari tu..
Balik kampung, lepas tu jalan-jalan Cuci Mata ke Padang Besar.
Spoil mood seharian gara-gara sakit gigi hujung sekali sebelah kiri.
Si Bongsu.Lepas tu, kejap sakit kejap elok.
Pastu sakit balik. Mula sebelah kiri, lepas tu sambung sebelah kanan pulak.
Sebab? Asik pressure kunyah makanan yg sebelah kanan sebab nak elak yg kiri terus menerus sakit dan sakiittt..

Gigi bungsu / wisdom teeth/ geraham ketiga/ impacted teeth sering tumbuh tidak sempurna sehingga perlu dicabut melalui pembedahan gigi untuk mencegah komplikasi yang lebih parah.

Ramai dikalangan kita enggan melakukan pembedahan kerana bimbang akan kesan sampingannya. Benarkah demikian?

Gigi bongsu merupakan gigi geraham ketiga yang biasanya muncul antara usia 17 sampai 25 tahun, bahkan ada yg hingga ke usia 30 tahun. Gigi ini sering menimbulkan masalah kerana sewaktu pertumbuhannya, rahang kita sudah berhenti membesar sehingga tidak cukup ruang untuk membenarkan kehadirannya. Dengan demikian gigi ini tumbuh tidak sempurna dengan posisi yang tidak tepat. Kebanyakan orang dewasa memiliki empat gigi bongsu dan dimungkinkan untuk memiliki lebih dari itu.

Gigi bongsu biasanya mempengaruhi gigi lain sewaktu mereka tumbuh, banyak terjadi pertumbuhan gigi bongsu yang tidak normal dan mengalami tekanan sehingga mendesak gigi terdekatnya. Teorinya adalah pertumbuhan rahang dan gigi mempunyai kemungkinan bergerak maju ke arah depan.

Apabila pergerakan ini terhambat oleh sesuatu yang menghalang, akan terjadi tekanan gigi. Contohnya, kerana jangkitan, trauma, malposisi gigi, atau gigi susu tanggal sebelum waktunya. Pemahaman yang lebih mudah mengapa gigi bongsu ini sering menimbulkan masalah adalah kerana gigi ini tumbuh terakhir dan rahang tidak memiliki tempat yang cukup untuk pertumbuhan gigi ini maka berakibat gigi tumbuh dan mendesak gigi depannya. Dan terjadilah rasa sakit akibat pertumbuhan gigi yang mendesak gigi depannya. Masalah lain yang timbul adalah munculnya gigi bongsu tidak sempurna pada gusi. Gigi yang tertutup oleh gusi menyebabkan sisa-sisa makanan akan berkumpul dan menjadi sarang bakteri untuk berkembang biak sehingga jangkitan terjadi.

Penyelesaian yang dilakukan adalah dengan mencabut gigi bongsu atau gigi depan yang terdesak oleh gigi bungsu sehingga gigi dapat tumbuh sempurna. Sebelum dicabut, biasanya gambar gigi diambil dengan di-XRay terlebih dahulu untuk mengetahui posisi anatomi gigi. Pencabutan gigi bungsu ini termasuk dalam kategori “minor operation” namun perlu dilakukan secara profesional bagi mengelak komplikasi yang mungkin timbul semasa dan selepas selesai proses pencabutan seperti pendarahan, lubang bekas pencabutan gigi setelah pembedahan tidak tertutup sempurna, dikhuatiri berlaku jangkitan.

Adalah penting untuk mengetahui selok-belok pertumbuhan gigi bongsu ini, cabut atau tidak?

Keputusan ada di tangan anda. Semoga sedutan artikel ini bermanfaat untuk dikongsi oleh kita bersama.

*Kerana sakit si bongsu yang sentiasa on-off… saya akhirnya menyerah diri ke Puteri Dentist.
Review nya ialah..saya serik untuk ke situ lagi nak buat  rawatan lanjut. Sebab?
saya tak yakin dengan doktor yang bakal “mengerjakan” mulut saya ini. Satu-satunya advise doc tu yang saya gunapakai ialah buat X-Ray scan untuk dapatkan clear view of kedudukan dan akar gigi bermasalah itu.

**to be continued….

**************
SEHINGGA KINI…

Saya masih bertahan tanpa melakukan apa-apa terhadap si bongsu gara-gara takut dibius penuh jika saranan doctor di Hospital Serdang tempoh hari dilaksanakan. Dia advise dan set untuk saya dimasukkan ke wad seawal sehari sebelum untuk mencabut kesemua keempat-empat gigi bongsu yang katanya tidak memberi sebarang manfaat pun jika terus dibiarkan.

Lambat laun pasti perlu dicabut juga. Itu kata dia.

Kata saya pulak, “saya bersalin pun lansung tak dibius, itu nak melahirkan seorang manusia tu.

Setahu saya sakit gigi adalah sakit yang kedua selepas sakit bersalin. Dan jika nak bius saya keseluruhan tubuh kerana gigi-gigi itu, saya rela bersalin sekali lagi..hehehehe….

195 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation