ALAMAK! KENAPA SUSU SAYA TAK SAMA BANYAK SEBELAH KANAN DAN KIRI?

Pernah tak rasa macamni?

Jangan risau kalau memang tengah rasa. Kalau tak pernah, itu yang tak normal. Terutama sekali kalau 1st time mom.

Kalau tiba-tiba kuantiti air susu di kedua belah payudara tak sama banyak, janganlah risau atau susah hati.

Masalah ini adalah biasa dan memang common pada ibu menyusui. Eh.. satu masalah ke?

Kalau saya, as long as susu cukup untuk baby, saya tak risau dah..

Kadang-kadang, air susu di payudara kanan lebih banyak daripada payudara kiri, dan ada juga yang terbalik. Paling ketara nampak ialah bila tengah pam susu dan hasil tu dilihat dalam botol.

Anatomi Payudara Wanita

Secara anatominya, payudara itu sendiri adalah kelenjar lemak yang terletak di bahagian dada. Berat purata setiap satu payudara pula boleh mencecah sehingga 200-300 gram.

Masing-masing memiliki satu saluran utama yang berakhir di puting, sebagai tempat di mana air susu akan mengalir keluar.

Sumber Rujukan : Jani Combrink – lactation clinic Stork’s Nest mengulas untuk theAsianParent.com.

Punca air susu di payudara kanan dan kiri tak sama banyak :

1. Jaringan kelenjar susu di satu payudara lebih banyak daripada yang sebelah lagi.

2. Bayi lebih suka menyusu di sebelah satu payudara sahaja.

3. Ibu lebih suka memberikan anaknya susu di salah satu payudara, mungkin sebab posisi itu lebih selesa semasa tidur atau ketika meriba anak yang ingin menyusu

4. Pernah mengalami sakit, kecenderaan atau membuat pembedahan pada salah satu payudara

Kesannya, bayi juga akan cenderung menolak payudara yang aliran air susunya lebih sedikit. Lama-kelamaan keadaan ini akan semakin mengurangkan penghasilan air susu di payudara tersebut sekaligus membuatkannya kelihatan kecil daripada yang sebelah lagi.

Apa kena buat bila air susu di kedua belah payudara tak sama banyak?

Ada beberapa alternatif yang boleh diusahakan :

1. Biarkan saja
Ya, ini bukan sesuatu yang serius terutamanya jika ia diketahui terjadi kerana ibu pernah mengalami kecederaan, penyakit atau menjalani pembedahan. Menyusukan bayi hanya daripada satu payudara saja tidak akan menjejaskan hubungan ibu dan anak, atau mengurangkan bekalan nutrisi kepada bayi.

2. Melakukan stimulation
Alternatif lainnya adalah dengan memberikan stimulasi atau rangsangan yang lebih banyak pada payudara yang air susunya lebih sedikit. Cara yang boleh dilakukan ialah dengan menghulurkan payudara tersebut terlebih dahulu setiap kali baby ingin menyusu, kemudian sambung tugas untuk mengosongkannya dengan efektif melalui kaedah mengepam selama 5-10 minit selepas itu (setelah bayi berhenti menyusu). Reverse-back kebiasaan dulu yang mengutamakan payudara sebelah lagi.

3. Cubalah sesuatu yang berbeza
Ibu boleh mencuba posisi menyusui yang lain daripada kebiasaan. Salah satunya ialah dengan menawarkan payudara yang air susunya lebih sedikit saat ketika bayi sedang mengantuk, sehingga dia tidak mampu menolak (walaupaun di luar kebiasaan) kerana sedang mamai.

4. Meminta bantuan profesional
Boleh mendapatkan khidmat nasihat atau bantuan lebih lanjut daripada penasihat laktasi lactation counsellor.

Adakah bayi akan tetap mendapat zat yang cukup, walaupun air susu ibunya di kedua-dua belah payudara tidak sama banyak?

Betul. Don’t overthink or over concerned on that.

Jangan beratkan kepala dengan hal remeh-temeh.

Selagi berat badan baby naik dalam skala graft yang normal, hasil kumbahan dan air kencing baby pun lancar bermakna air susu ibu cukup untuk anak tersayang.

So just smile and chill!

Payudara yang menjadi favourite nya tu secara semulajadinya akan menjadi lebih besar selagi usaha untuk menyeimbangkannya tidak Berjaya.

Tak perlu risau sebab kedua-duanya akan kembali sama saiz setelah ibu berhenti menyusu dan melepaskan title sebagai breastfeeding mom.

Entri Wean Off belum mampu buat sebab diri sendiri pun belum jumpa formula yang paling mujarab dan berkesan.

Oh, ini sedih!

Reference : What causes breastfeeding mums to have more milk in one breast than the other? What can I do about it? 

Macam mana pulak kalau payudara saya besar sebelah?

Statistik dan Fakta

Menurut statistik, lebih daripada setengah dari populasi wanita di dunia memiliki sepasang payudara yang besar sebelah. Pada kebiasaanya, payudara kiri akan lebih besar — hingga 20 persen — daripada yang di sebelah kanan. Tak ramai wanita yang memiliki payudara yang ukurannya sama besar (simetri) di kedua-dua belah breast.

Selain itu sebab lain kenapa payudara sebelah kiri selalunya adalah lebih besar ialah kerana ianya terletak hampir dengan jantung, di mana terdapat lebih banyak pembuluh darah, urat nadi, dan lapisan lemak yang melindungi jantung di situ.

Menurut sebuah survey pula, sebanyak 99 % wanita memiliki ukuran payudara kanan dan kiri yang berbeza, sehingga 40 % daripada mereka sanggup mencari bra dengan ukuran cup dua nombor lebih besar dari yang sepatutnya.

Dalam sebuah penelitian yang diadakan di Turki pula, bahagian tubuh sebelah kiri biasanya lebih tinggi sensitiviti dan imunnya di mana keadaan ini akan mempengaruhi hormon esterogen yang berperanan  penting dalam menentukan saiz payudara.

Hasishhh macam-macam kan?

Fungsi utama payudara memang sebagai mesin untuk menghasilkan air susu ibu sebagai makanan utama bayi sejak baru lahir hingga usianya 6 bulan.

Ukurannya tidak akan sama sekali menjejaskan penghasilan susu, tetapi faktor ukuran payudara yang tidak sama ini diakui akan menjejaskan penampilan dan kepercayaan diri seseorang.

Herm.. Sebab tu lah dalam Islam suruh tutup aurat molek-molek, pakai tudung dan tutup dada elok-elok. Breast besar sebelah pun tak ada orang nak perasan.

Kalau ikut apa yang agama suruh, tak payah pening-pening dah kan :)

Oh ya, kalau ada geng-geng menyusu yang dah start rasa asetnya yang sepasang ni semakin kurang menyengat, kendur, tidak mantop seperti sebelum atau apa-apa sajalah yang dirisaukan, boleh roger ahkak untuk suggestion vitamins okeh!

Dah 4 tahun pun akak yang tegar menyusu ni maintain tegap tau! Opsss. :)

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia

COD sekitar Bangi, Kajang dan kawasan berhampiran Pengeposan ke seluruh Malaysia menggunakan kurier terpilih dalam tempoh 1-3 hari waktu bekerja.

Hubungi : Nusaybah Anuwar 019-3832656

1,379 total views, 8 views today

One Thought on “ALAMAK! KENAPA SUSU SAYA TAK SAMA BANYAK SEBELAH KANAN DAN KIRI?

  1. Pingback: SUSU CAIR, SUSU KERUH, SUSU TAK PEKAT | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation