ALAHAN DAN ALERGIK GANGGU RUTIN HARIAN? 7 MAKANAN SIHAT INI MUNGKIN MEMBANTU

alergik menyebabkan rasa gatal pada kulit

Anda kerap kali bersin setiap kali mencuci dan membersihkan rumah di kala hujung minggu?

Kulit terasa gatal-gatal selepas menikmati makanan laut?

Jika ya, itu tandanya anda berhadapan dengan masalah alergik hasil tindakbalas yang terjadi ketika partikel asing masuk ke dalam tubuh.

Apabila ia berlaku, sel-sel tubuh kita akan menghasilkan histamin yang merupakan penyebab alergi. Gejala ini biasanya ketara di bahagian kulit (ruam-ruam, gatal dan iritasi), bersin, mata berair, merah dan rasa gatal secara tiba-tiba di tekak.

Jom check!

1. Epal

apple boleh mencegah alahan

Epal mengandungi sejenis zat yang disebut quercetin yang dipercayai mampu mencegah pelepasan histamin daripada sel tubuh sekaligus menstabilkannya. Oleh itu, banyakkan makan epal jika anda mengalami masalah alergi.

2. Nangka

nangka kaya dengan vitamin c

Selain enak dimakan, nangka juga dikatakan boleh mengubati masalah alergi. Disebabkan ia kaya dengan kandungan air, maka semua racun yang disebabkan oleh alergi dapat dikurangkan. Pada masa yang sama ia juga kaya dengan vitamin C untuk meningkatkan kekebalan tubuh.

3. Kunyit

khasiat kunyit

Kunyit memiliki sejenis sifat anti-inflamasi dan anti-alergi kerana di dalamnya terkandung zat yang dikenali sebagai kurkumin. Amalkan minum susu panas yang dicampurkan dengan sesudu teh kunyit 2 kali sehari untuk mengelak alergi.

4. Lemon

lemon mujarab untuk masalah alergi

Lemon terkenal sebagai penawar bagi masalah alergi kerana ia kaya dengan kandungan vitamin C yang tinggi. Dalam masa yang sama ia dapat membantu mempertingkatkan sistem imun tubuh sekaligus mencegah tindakbalas alergi. Lemon juga mengandungi bahan anti-oksidan yang berupaya mengeluarkan racun serta bahan tidak diperlukan yang berkumpul di dalam badan. 2 gelas jus lemon yang diminum setiap hari dapat menjauhkan risiko alergi.

5. Teh hijau

teh hijau mempunyai banyak khasiat kesihatan

Teh hijau lebih baik untuk diambil dalam kehidupan sehari-hari. Kandungan bahan anti-oksidan yang kuat “epigallocatechin gallate” dikatakan mampu mencegah tindakbalas alergi dalam tubuh. Bukan setakat itu saja, ia juga dipercayai berupaya mengurangkan masalah radang dan histamin. Hanya dengan amalan 2 cawan teh hijau sehari yang diambil bersama sedikit lemon masalh alergi yang dialami akan semakin berkurangan dan hilang.

Salah satu sebab saya dan abi semakin jatuh cinta dengan cinch yang mengandungi kombinasi teh hijau dan merah yang bukan sahaja dapat meringankan alahan, malah juga membantu meningkatkan kadar metabolisme dan tenaga. Nama lain dia “teh kurus”. hehehe..

disebabkan memang tengah minum, moh layan gambar sikit!

disebabkan memang tengah minum, moh layan gambar sikit!

6. Bawang putih

manfaat bawang putih

Bawang putih bukan sekadar terkenal dijadikan rempah penyedap dalam masakan, bahkan dari segi perubatan juga ia dipersetujui mampu meningkatkan antibodi sekaligus melawan radang dan alahan. Bawang putih terkenal sebagai antibiotik semulajadi untuk mencegah alergi. Ambillah 3 ulas bawang putih setiap hari untuk sistem pertahanan tubuh yang lebih jitu termasuklah alergi atau jangkitan penyakit bermusim.

Bagi sesiapa yang tidak gemarkan rasa bawang putih, bolehlah mengambil bawang putih yang telah diekstrak menjadi kapsul yang mudah ditelan, macam saya.

7. Halia

halia boleh digunakan dalam merawat alergi

Halia diperakui sangat membantu untuk membuang angin berlebihan dalam badan. Apa yang best tentang halia, ia juga tergolong dalam kelompok tumbuhan yang mampu mengurangkan alahan. Di dalamnya terkandung bahan anti-oksidan yang amat membantu untuk mereka yang menderita penyakit asthma. Untuk sesiapa yang terkena alergi, minum 1 cawan air halia suam adalah petua yang mujarab!

Apa yang lagi penting, best dan menghepikan diriku ialah hampir kesemua simptom-simptom alahan ni dah pergi menjauh sejak konsisten dengan alfalfa, Sustained Release vitamin C dan B-Complex yang ada dalam Set Resdung/Alahan Shaklee. Sebab untuk terus jatuh cinta lagi dan lagi. :)

3,171 total views, 9 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation