AKIBAT KURANG NUTRISI, RISIKO BAYI LAHIR CACAT OTAK DAN KEPALA SEUMUR HIDUP!

Selalu orang kata kalau awal-awal mengandung, asid folik sangat-sangat penting suruh kasi wife makan. Kalau memang yang baca ni tuan punya badan yakni isteri yang mengandung itu, memang diri sendiri kena alert dan wajib makan.

Tapi tau tak kenapa?

Sebab sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang) baby adalah antara sistem pertama yang akan terbentuk. Sebelum kita tau yang kita mengandung lagi. Dah nama pun tunjang kan.

Macam akar jugak. Kuat tak akar tunjang?

Yes, betul. Kuat dan penting untuk support pokok dan buah yang bakal tumbuh.

Begitu jugalah dengan kejadian kita sebagai manusia ni. Sangat kompleks.

Kebanyakan kes kecederaan tulang belakang yang membabitkan saraf tunjang boleh menyebabkan kecacatan kekal dan lumpuh. Masalah ini tidak boleh dipulihkan sepenuhnya. Penting tak pentinglah, dia ni tugasnya sebagai pengawal dan penyelaras segala aktiviti badan.

Sebab itulah, zaman hari ni banyak penyelidikan yang giat dijalankan untuk pemulihan pesakit yang disebabkan oleh kecederaan saraf tunjang. Antaranya adalah stem cell yang makin banyak produknya keluar hari demi hari.

Kita pulak, koman-koman pun lepas sebulan miss period lah baru kita buat UPT test. And lepas tu barulah tau positif ke tak bila urin sangkut. Agak-agaklah, daripada pemakanan.. cukup tak yang kita dah makan hari-hari tu kalau tak top-up dengan vitamin?

Entah tau ke tidak vitamin apa yang penting, sekian dan sekian untuk support pregnancy.. kan?! :)

Kecacatan Anencephaly dan Microcephaly

Anencephaly ni adalah satu keadaan kecacatan serius sistem saraf tunjang – di mana bayi dilahirkan tanpa tempurung kepala. Sistem saraf tunjang gagal berkembang dengan sempurna menyebabkan kecacatan teruk pada otak dan saraf utama.

*Bahagian atas tiub neural – saraf tunjang, dan tulang belakang (bahagian bawah tiub neural).

Anencephaly berlaku apabila bahagian atas tiub neural tidak menutupi kesemua permukaan otak bayi. Ini sering menyebabkan bayi dilahirkan tanpa bahagian depan otak (forehead) dan serebrum. Ia juga menyebabkan sebahagian besar baki otak tidak dilindungi oleh sebarang tengkorak, tulang atau kulit.

kecacatan anancephaly

Kenapa ianya berlaku ?

Antara sebab yang berkait rapat adalah toksin-toksin persekitaran, kekurangan pengambilan folic acid (Vitamin B9) semasa kehamilan dan mutasi gen yang terlibat dalam metabilisma folic acid.

Sesetengah kes yang berlaku pula adalah kerana perubahan dalam kromosom mereka yang mungkin disebabkan oleh gabungan antara keturunan dan faktor lain, seperti pekerjaaan yang berisiko, apa yang ibu makan atau minum, atau ubat-ubatan tertentu yang digunakan semasa mengandung.

Ia boleh di kesan melalui kaedah ultrasound. Biasanya doktor akan memberi cadangan untuk diawalkan proses bersalin (Termination of pregnancy) kerana risiko kematian memaang sangat tinggi.

Kes ini berlaku biasanya 1 : 10,000.
Memang nampak tak banyak, tapi kalau kes satu tu la anak yang kita kandungkan?

How it feel?

Macamana perasaannya?

Tambahan pula, jika pernah ada kandungan begini, risiko untuk dapat kandungan seterusnya dengan masalah yang sama juga sangat tinggi kalau tiada sebarang langkah pencegahan dilakukan.

Ia boleh diketahui lebih awal semasa bayi masih di dalam kandungan melalui teknologi ultrasound, atau sebahagiannya hanya mendapat tahu setelah bayi dilahirkan.

Setakat ini belum ada kaedah rawatan khusus untuk kes sebegini. Kebanyakan bayi yang dilahirkan dengan anencephaly akan meninggal dunia sejurus selepas kelahiran, berbanding bayi dengan microcephaly yang lebih tinggi peluang hidupnya tetapi akan mengalami kecacatan berkaitan otak sepanjang hayat.

bayi dengan Microcephaly

Nauzubillah. Semoga kita semua dilindungi.

Kecacatan anencephaly atau microcephaly ini adalah disebabkan oleh pertumbuhan kepala dan otak bayi yang tidak sempurna semasa dalam perut ibu.

Credited to : Drmalinda.Com

Baca : Virus Zika penyebab bayi lahir dengan kepala kecil dan kecacatan otak

perbandingan saiz kepala bayi normal dengan microcephaly

perbandingan saiz kepala bayi normal dan microcephaly

Antara faktor penyebab ialah kekurangan vitamin B termasuk asid folik (B9) dan vitamin B3 sebelum hamil dan di awal kehamilan yang meningkatkan risiko kehamilan yang dipengaruhi oleh kecacatan tiub neural, termasuklah anencephaly.

Banyak kajian yang menunjukkan pengambilan folic acid dalam dos yang mencukupi oleh wanita yang merancang untuk hamil dapat mengurangkan kecatatan ini sebanyak 50-70%!

Selain itu, folic acid merangsang pembetukan sel darah merah, membaiki DNA dan fungsi sel. Folic acid juga membantu pertumbuhan uri dan perkembangan bayi yang cukup sifat dan sihat.

Folic acid boleh diperolehi melalui diet yang sempurna. Makanan yang tinggi Folic acid adalah seperti sayuran-sayuran hijau, bayam, brokoli, romain lettuce, bendi , cauliflower, celery, carrot, asparagus, betik, oren, anggur, kekacang dan avocado.

Kalau ikut kata doktor, pengambilan supplement Folic acid 400mcg diwajibkan untuk ibu-ibu hamil.

Menurut statistik juga, terdapat penurunan sebanyak 27% kehamilan yang terjejas akibat kecacatan tiub neural, semenjak bijirin yang diperkaya dengan asid folik mula diperkenalkan kepada ibu hamil.

2 tablet Vitamin B complex natural based (lengkap dengan kesemua vitamin B termasuk asid folik) – boleh membantu merubah kesihatan ibu dan bayi.

Buat bakal ibu, selain menjaga pemakanan, tabiat merokok dan pengambilan minuman beralkohol juga harus dihentikan bila dah mengandung.

Kalau tak mengandung sekalipun, belum ada fakta yang menyatakan tentang manfaat merokok, melainkan mudaratnya yang boleh membunuh orang-orang tersayang di sekeliling kita.

Kalau bukan kita sendiri sebagai ibu yang bakal bersalin yang ambil tahu, siapa lagi?

Kalau bukan suami yang ambil berat tentang kesihatan isteri semasa mengandung, siapa lagi?

Tepuk dada, tanyalah hati.

Pilihan di tangan kita.

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia

COD available di Bandar baru Bangi, Kajang dan kawasan sekitar

Nusaybah Anuwar 019-3832656

1,298 total views, 3 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation