AIRMATA WANITA – BEGITU MERBAHAYAKAH CYST SAMPAI BOLEH ROSAKKAN KILANG TELUR?

Sendu dalam hati lepas selesai conversation dengan seorang bakal customer yang order vitamin untuk bantu masalah cyst nya. Macam ni lah perempuan bila bercakap dari hati ke hati.

Adik N – Hampir 6 tahun berkahwin, dengan 3 kali keguguran. Rahim tak kuat.

Kes cyst yang berulang lagi dan lagi. Pernah buat operation buang cyst yang ada di kedua-dua belah ovari – sebesar 9 cm di sebelah kanan, dan 3 cm di sebelah kiri – 3 biji macam buah anggur.

2 tahun clear selepas haid sangkut-sangkut lebih daripada 6 bulan akibat ubat dan suntikan yang halang period daripada keluar ikut time dan datang secara semulajadi. Waktu itu memang cyst kalah sebab hormon huru-hara dan tak stabil.

Kemudian cyst muncul semula. Kali ini sebesar 6 cm dan seperti sebelumnya, ia sangat cepat membesar. Dah macam baby pulak kan. Sedangkan zuriat yang dinantikan masih belum ada rezeki. Memang sayu hati dengar kisah dia. Tak terbayang kalau diri saya di tempatnya. Betapa kuatnya dia Ya Allah..

Yang buat saya kagum dengan adik ni, dia sangat tabah dan positif, disamping turut juga mengamalkan pemakanan sunnah seperti habbatus-sauda, apple cider vinegar dan biji apricot.

Kenali Asal-usul Cyst

Cyst dan Sist. Bunyi memang sama. Sangat sinonim bergandingan sebab kebanyakannya sister-sister saja yang mengalaminya. Mereka yang bergelar wanita.

Ada yang tau, ada juga yang ajet-ajet tau tapi tak tau sebenarnya.

Sebelum itu, kita kasi jelas betul-betul dulu terms yang berkait dalam kes-kes sebegini supaya nanti tak confuse ya.

  • Ovum – telur
  • Ovari – kilang telur
  • Uterus – rahim

Secara asasnya rahim atau uterus terdiri daripada pangkal rahim, badan rahim dan tiub fallopio.

Cyst adalah sejenis kantung yang boleh berada di mana-mana bahagian tubuh termasuklah pada ovari. Ia kadangkala berupa cecair (serous) atau cecair likat (mucinous) atau darah (haemorrhagic) atau darah endometrium (endometriotis) atau bercampur bahan pepejal (solid-cystic) atau polisistik.

Ovari atau nama lainnya kilang telur akan menghasilkan telur dan berfungsi sebagai penyimpan telur yang akan membebaskan telur-telur yang telah matang apabila tiba masanya.

Pada setiap bulan, ovari seorang wanita normal akan menggelembung – membentuk cyst yang akan memegang telur (ovum) sebelum ianya dilepaskan dan bergerak ke tiub fallopio untuk proses persenyawaan. Ianya adalah satu rutin yang akan berlaku pada setiap kali kitaran haid di mana setelah proses lengkap ia akan kembali mengecut semula dengan sendirinya.

Segalanya bermula apabila kantung ovarian folikel ini tidak kembali mengecut seperti yang sepatutnya, kemudian dipenuhi cecair, darah atau pepejal atau atau campuran kesemuanya. Ovari yang masih tinggal inilah yang digelar ovarian cyst.

Endometriosis dan Ovarian Cyst

Berasal daripada perkataan endometrium iaitu lapisan paling dalam dinding rahim yang sentiasa berubah ciri dan ketebalannya bergantung kepada kitaran haid dan hormon seseorang wanita.

Ia akan mula menebal setelah haid kering sebagai persediaan rahim untuk menerima kehadiran embrio. Jika ia tidak berlaku, tisu ini akan terpisah daripada dinding rahim, gugur dan termusnah sebagai darah kotor wanita atau haid. Ketebalan dinding uterus atau rahim ini turut akan menjejaskan kedudukan asal ovari.

Teori kejadian endometriosis adalah apabila berlaku tumpahan tisu dan darah endometrium ke kawasan luar daripada rahim sedangkan ia sepatutnya keluar melalui faraj sebagai darah haid.

Endometriosis terjadi apabila tisu atau darah dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium ini kemudiannya tumbuh, “hidup” dan “membiak” dengan jayanya di dalam ovari.

Apa yang berlaku pada sesetengah wanita adalah sebaliknya di mana tisu atau darah ini tidak keluar sepenuhnya melalui pintu rahim dan faraj, sebaliknya ia masuk menembusi dinding otot rahim dan turut melibatkan organ lain seperti tiub fallopio dan ovari.

gambar ihsan google

gambar ihsan google

Pada ovari, ia kemudiannya membentuk sejenis cyst mengandungi darah yang dikenali ramai sebagai endometrioma ataupun ‘cyst coklat’ yang pada asalnya mengandungi darah haid tetapi akibat tidak dapat dikeluarkan, ia lama-kelamaan bertukar menjadi warna coklat pekat kehitaman. Darah kotor yang dah jadi terlalu kotor.

Endometriosis adalah istilah umum bagi penyakit ini, adenomyosis pula merujuk khas kepada endometriosis di dalam otot rahim, manakala endometrioma atau endometriotic cyst atau cyst coklat pula khas merujuk kepada endometriosis pada ovari yang membentuk cyst.

Uterine Fibroid atau Ovarian Cyst memang kadangkala akan buat perut pesakit kelihatan agak besar dan dikatakan bengkak. Salah satu sebab kenapa cyst sering digelar sebagai penyakit “rahim bengkak”.

Kesan dan Bahaya – Apa yang Endometriosis mampu lakukan

Pada kebiasaannya cyst pada ovari tidak berbahaya tetapi ia bergantung juga kepada saiz dan umur wanita yang menghidapnya, selagi ia tidak memudaratkan atau menyebabkan sakit yang teruk. Jika saiz diameternya melebihi 5 cm atau 3 inci, dikhuatiri ia akan pecah dan menjejaskan organ peranakan seterusnya menyebabkan pendarahan yang membahayakan nyawa.

Endometriosis yang telah melarat ke peringkat ketiga dan keempat boleh mengakibatkan kerosakan pada tisu ovari, seterusnya mengundang masalah kesuburan (yang kebanyakannya sukar dikenalpasti pada mulanya.)

Ia akan mengganggu fungsi kilang telur menyebabkan benih tidak dapat dikeluarkan, menyebabkan penyumbatan pada tiub fallopio, ketidakstabilan hormon serta menjejaskan anatomi organ pembiakan wanita. Ia juga boleh mengakibatkan masalah senggugut yang kronik setiap kali datang haid dan sakit ketika melakukan hubungan seks.

Ia juga boleh menyebabkan sakit pada ari-ari selain meningkatkan risiko kehadiran fibroid pada masa sama memandangkan kedua-duanya berkait rapat dan banyak dipengaruhi oleh hormon estrogen.

Cyst yang sering berulang, jika dibiarkan melarat mampu merosakkan terus kilang telur wanita menyebabkan impian untuk menimang cahaya mata terpaksa dilupakan. Ia hanya boleh diubati sepenuhnya dengan pembuangan kedua-dua belah ovari.

Menurut kata customer ini lagi, dia dah tak sanggup nak buat pembedahan lagi dan lagi. Pernah juga ada cyst yang muncul di payudara. Masa tu kaedah biopsy dilakukan (mengambil sample tisu untuk mengenalpasti samada ia berisiko kanser atau tidak).

Penat. Sakit. Itu belum cakap pasal ubat yang kena makan lagi. Period cycle pun terganggu. Emosi tak usah cakaplah. Walaupun kita dapat terima dengan redha dan rasa diri sendiri ok, tapi jauh di sudut hati siapa yang tahu.

Antara punca yang boleh meningkatkan risiko terjadinya cyst pada ovari ialah pengambilan ubat-ubatan yang digunakan untuk merangsang ovulasi (pengeluaran telur) seperti clomid yang entah kali ke berapa akan diarah untuk start dan stop, selagi belum conceive. Nak bagi telur besar kekdahnya.

Sama juga dengan situasi bila hormon disuntik untuk mengelakkan datang haid sebab mahu berpuasa penuh di bulan Ramadhan. Jangan terkejut ya, memang ada yang berbuat begitu. Allah dah bagi cuti rehat free, dia main tepis-tepis pulak.

Yang sebenarnya, apa-apa pun yang bersifat menghalang kejadian semulajadi tubuh kita pasti akan meninggalkan kesan yang memudaratkan. Hormon yang dihalang atau dipaksa keluar, bukankah sudah bercanggah dengan kehendak azali kejadian wanita?

Selain itu, sistem imun yang lemah, kehadiran bahan toksik, stress, radikal bebas, tabiat pemakanan, genetik serta ketidakseimbangan hormon adalah punca lain yang berkait dengan kejadian-kejadian seperti ini.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Saya yang mula-mula sendu, lepas tu terus basah kuyup. Selain redha dan menerima ia adalah ujian daripada Allah buatnya, dia mahu berikhtiar selama mana Allah memberinya kekuatan untuk terus tabah. Allah.. sekali lagi saya rasa amat bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan pada diri ini. Memang banyak yang saya belajar tentang realiti kehidupan sejak bersama Shaklee.

Nanti saya kongsikan apa senarai vitamin yang dicadangkan untuk Adik N dan bagaimana pula perkembangan kesihatannya. Adakah beransur baik ?

Walaupun kebanyakan kes cyst tidak ada kaitan dengan kanser, namun ia seringkali menyebabkan tekanan dan rasa sakit pada bahagian abdomen ketika datang haid serta pendarahan yang banyak. Pemakanan dan gaya hidup sihat memang sangat penting untuk mengelakkannya daripada berulang dan menjadi kebimbangan di kalangan anak gadis remaja.

Terdapat juga kes di mana ketumbuhan pada ovari yang disangkakan hanya ovarian cyst biasa yang juga boleh menjadi ovarian cancer yang mengancam nyawa wanita dalam diam.

Kecantikan wanita bukan terletak pada setebal mana bedak yang ditempek pada muka, bukan seterang mana warna lipstik yang dioles pada bibir, bukan juga semahal mana pakaian yang disarung pada tubuh.

Berikhtiarlah untuk menjaga dengan sehabis baik apa jua nikmat yang telah dikurniakan oleh Maha Pencipta. Kesihatan memang mahal harganya dan tidak dapat dinilaikan dengan duit ringgit. Jika yang dalam baik, inshaAllah.. semua yang lain akan turut baik-baik juga.

Semoga penulisan ini memberi manfaat.

Sumber :

  1. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/ovarian-cysts/basics/causes/con-20019937
  2. http://www.healthline.com/health/follicular-cyst#Overview1

1,440 total views, 3 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation