AIR ISOTONIK UNTUK TENAGA TANPA PEWARNA, PERASA ATAU GULA TAMBAHAN

Selalu kalau tak sihat, demam atau cirit-birit terutamanya, emak kita sendiri atau orang-orang sekeliling mesti akan mengusulkan supaya kita minum banyak air dan ditambah dengan air elektrolit kan?

Macam tu jugalah kalau kita sedang dalam misi nak lari marathon atau jogathon sekolah rendah pun, memang air bergas inilah yang paling terkenal sekali, betul tak?

Apa mujarabnya isotonik ni sebenarnya?

Berdasarkan soal jawab dengan pengamal perubatan, meminum air isotonik bertujuan mengembalikan tenaga dengan kadar segera. Oleh sebab itu, isotonik dikategorikan sebagai minuman sukan iaitu bagi membantu atlit menggantikan air dan tenaga selepas bersukan atau bertanding.

Minuman isotonik mengandungi gabungan air, gula dan elektrolit yang sesuai untuk sistem hidrasi badan manusia.

Secara umumnya, elektrolit atau electrolytes merujuk kepada penjanaan tenaga dalam badan, sama seperti bagaimana tenaga terhasil dari bateri ke lampu. Elektrolit dalam isotonik ialah sodium, potassium, kalsium, magnesium, klorida, fosfat dan air.

Peluh yang keluar daripada liang-liang roma badan mengandungi kepelbagaian elektrolit ini dan cecair. Kehilangan berterusan elemen ini akan membawa kepada dehidrasi (kekurangan air dalam badan yang serius) dan boleh menyebabkan badan menjadi lesu serta pitam.

Meminum air kosong dalam kuantiti yang banyak sangatlah digalakkan terutamanya bagi mereka yang sedang dalam proses pemulihan dari sakit dan untuk ahli-ahli sukan, tapi berapa banyak nak minum?

AND YES, Air isotonik adalah penyelesaian yang paling tepat.

Cuma yang paling merisaukan ialah, kandungan gula yang sangat tinggi dalam kebanyakan air isotonik di pasaran hari ni. Boleh baca label ingredients pada botol kalau rasa susah nak percaya.

Yeeee, saya pun sama. Dah bertahun amalkan. Rasa berdosa dekat diri sendiri selama ni dah aniayai badan sendiri dengan air semanis itu. huwaaa!

Memang tentunya tenaga akan boost up dengan pantas sebab gula yang banyak, kan? Nak tak kalau ada alternatif air tenaga yang best macam kat bawah ni?

Air Isotonik Tanpa Gas Bikarbonat, Pewarna atau Gula Tambahan

Ujian klinikal membuktikan rumusan eksklusif OptiCarb yang sudah dipatenkan ini akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh.

Berbanding dengan minuman sukan yang lain, Performance mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.

Bagaimana Performance Drink bertindak?

Meningkatkan Daya Ketahanan Otot dan Badan

  • Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat
  • Menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal
  • Memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.

Membekalkan Tenaga dan Daya Ketahanan Fizikal

  • Mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh
  • Mengimbangi metabolism air dalam tubuh.
  • Mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium dan chloride untuk imbangan metabolism cecair tubuh

Mencegah dehidrasi

  • Mengurangkan kehausan dengan kadar segera
  • Mencegah dehidrasi dan memberi kesegaran dalam tempoh yang lama
  • Melembapkan kulit

Mengekalkan paras gula yang sihat

  • Terbukti secara klinikal (diuji) dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot.
  • Mempercepatkan penyembuhan akibat kecederaan otot. Sangat sesuai untuk golongan atlit dan mereka yang aktif dengan aktiviti fizikal

Special patented optilyte formula, lengkap dengan 6 jenis mineral yang membantu menahan air dalam badan kita.

Sebab itulah,

  • walau tak minum banyak pun, badan kekal terhidrat
  • walau minum banyak pun, tidak kerap kencing atau rasa kembung

Berbanding kalau kita minum air masak. Pukul 6 masa nak solat subuh dan kencing. Pukul 7 masuk bilik air nak kencing lagi.

Kang, pukul 8 rasa nak kencing lagi dan lagi.

Akhirnya sebelum tengahari dah rasa badan kering dan haus melampau-lampau. Kalau tak puasa oklah, boleh top-up balik minum air, kemudian kencing banyak-banyak kali pun, tapi kalau tengah puasa?

Kalau atlit?

Mau berkocak perut kalau minum air sebanyak ini sebelum memulakan larian atau latihan.

Hebat tak?

Memang hebat, kalau tidak takkanlah Performance Drink dilipih sebagai minuman sukan pertama bagi para atlit dan direka khusus untuk para angkasawan NASA di Amerika Syarikat.

Performance Drink pertama kali dihasilkan pada tahun 1980-an hasil kerjasama saintis Shaklee dan Universiti Yale bagi membantu projek penerbangan Daedalus (human-powered flight programme).

Penerbangan Daedalus telah mencipta rekod sejarah sebagai penerbangan berkuasa manusia yang terjauh iaitu 72 batu dan rekod ini masih lagi kekal bertahan sehingga kini sebagai salah satu rekod dan bukti kehebatan Performance Drink.

Para atlet bertaraf antarabangsa dan pengembara termuka juga memilih Performance Drink sebagai minuman tenaga pilihan utama dan telah banyak membantu dalam mencipta rekod dunia dalam dunia sukan dan aktiviti pengembaraan.

Wowww sangat, kan?

Hubungi saya untuk order Performance Drink.

Setiap pembelian di laman ini anda akan layak menerima:

  1. Jadual pengambilan
  2. Cara pengambilan terbaik dan berkesan

209 total views, 5 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation