“ADIK BARU” DAH ON DA WAY, CUAKNYA.. 11 TIPS INI MUNGKIN MEMBANTU SI AYAH

Dari segi kesakitan, bersalin anak kedua dikatakan lebih relaks dan perjalanannya juga lebih mudah. Entah, ada betul jugak kot. Kata orang sebab “dah ada laluan”, salur serviks dah kembang, jalan pun dah luas.. hihihi..

Tapi, tak semua ibu berpeluang merasai pengalaman yang sama. Sebab itulah proses bersalin yang mudah dikatakan rezeki buat ibu.

Bagi kaum ayah pula, berdepan dengan kelahiran anak kedua juga rasanya macam lebih mudah compare dengan yang sulung yang serba-serbi 1st time. Betul ke?

Secara logiknya, bila tengok wife tu lebih bertenang, takde sampai mencangkung atas katil dengan mata putih dah naik ke atas (saya letteeww) kira lagi oklah tu kan. Ngeri nya bila dikenang-kenang pengalaman itu.

Dengan kata lain, kalau other half kita tu keadaan dia tak macam masa anak pertama dulu, maksudnya mudah la tu. Yang kononnya waktu tu rasa serik dah nak kasi mengandung lagi khennn..

Walaupun sekadar sebagai pemerhati dan pemberi sokongan (kalau jenis tahan tengok darah dan sanggup tengok bini bersalin lah). Dah pernah ada “pengalaman” katanya.

Di saat ibu dan ayah sudah bersedia, macam mana pulak dengan anak sulung yang bakal dimadukan?

Di kala isteri sedang menahan sakit contraction, anak sulung pula meragam tak mahu ditinggalkan. Abahnya sudah mula serba salah dan stress. Dua-dua pun buah hati pengarang jantung.

Nak fokus pasal ibu ke anak ni?

A mother and her son with a new baby

Panduan untuk berhadapan dengan situasi ini :

Semasa isteri sedang mengandung,

  1. Kerap beritahu pada anak yang dia bakal mendapat seorang adik dan menjadi seorang abang/kakak tidak lama lagi. Berikan kata-kata berunsur keseronokan yang dia bakal rasai bila dah ada kawan bermain. Ini akan membuatnya rasa tidak sabar untuk menerima adik baru disamping membantunya supaya lebih bersedia.
  1. Seringkali memberitahu dan mengingatkannya di mana adik berada, pegang tangannya dan letakkan pada perut ibu agar dia dapat merasai pergerakan si adik di dalam kandungan. Secara tidak lansung, akan timbul rasa kasih pada adik yang bakal lahir. Bahkan dia turut akan berasa teruja untuk melihat bagaimanakah rupa si adik.
  1. Sentiasa libatkan si abang/kakak setiap kali ibu atau ayah sedang membuat persediaan menyambut kelahiran baru seperti “Kakak, jomlah tolong ibu lipat baju adik ni.” “Abang, cuba susunkan stoking adik dalam laci tu cantik-cantik, abang pandai kan”. Kata-kata seperti ini akan buat dia merasa dirinya sudah cukup besar.
  1. Apabila due date sudah semakin hampir, beritahu padanya apa yang akan berlaku dan apa pula tindakan yang perlu dia lakukan. Sebagai contoh “abah nak pergi hospital ni, mama sakit nak lahirkan adik. Abang duduk elok-elok dengan nenek sekejap ya. Nanti mama dan abah bawa balik adik comel, abang cium adik tau!
  1. Amalkan membaca doa-doa dan zikir yang boleh melembutkan hati anak seperti “Ya Latiff – Yang Maha Lembut, Ya Aziz – Yang Maha Mulia, Ya Jabbar – Yang Maha Perkasa, Ya Mutakabbir – Yang Maha Megah”. Usap pada ubun-ubun kepala anakanda sewaktu sebelum tidur atau semasa ingin menidurkannya. Approach yang dilakukan dalam keadaan anak sedang separa sedar biasanya akan lebih efektif dan berkesan.

Ibu juga boleh mengamalkan bacaan dua surah ini, yang dihembus semasa menyediakan makanan untuk keluarga :

Surah As-Syuura – Ayat 19.

Maksudnya : “Wahai Tuhan yang Maha Pelembut. Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dikehendakinya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa” (Surah Asy-Syuura Ayat 19)

Surah Al-Imraan – Ayat 200.

Maksudnya : “Hai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah, supaya kamu berjaya. (Surah Al-Imraan – Ayat 200)

Kedua-dua ayat ini boleh melembutkan hati anak yang bakal menerima kehadiran adik baru, dan buat suami juga supaya dapat menemani ketika bersalin dan sentiasa menyokong ibu mengendalikan rumah dengan bertambahnya ahli keluarga baru. :)

  1. Minta bantuan ibubapa, ahli keluarga atau sesiapa yang boleh dipercayai untuk menemani anak sulung di rumah sepeninggalan anda suami isteri ke hospital. Lebih rapat hubungan anak anda dengan orang tersebut, urusan juga akan lebih mudah.

Macam masa Iman Nasuha nak dapat adik dulu, kami tinggalkan dia dalam jagaan mama, abah dan maksu yang sangat rapat dan pandai tackle dia.

  1. Sebelum ke labour room, beritahulah dia terlebih dahulu ke mana anda dan ibunya mahu pergi agar dia faham dan tidak berprasangka. Jangan sesekali pergi begitu sahaja tanpa memaklumkan padanya melainkan jika dia sedang tidur lena.

Mujurlah masa nak bersalinkan adik Ain Sufi tu, kakak Iman Nasuha tengah nyenyak tidur. Mana taknya, pukul 1 pagi ibu tak senang duduk sebab asyik rasa nak ke bilik air. Kebetulan malam tu tidur rumah mama abah. So, kami tinggalkan dia senyap-senyap. Esok paginya tergujat dia bila tengok ibu dah pegang adik.. hehehe..

Cara psikologi selalunya lebih mudah, menjimatkan masa dan dapat memberi kesan ajaib pula. Kami sendiri dah rasa perbezaannya bila tantrum yang dibuat oleh Iman Nasuha jadi lagi dahsyat bila kami guna cara pukulan, (kononnya sebagai hukuman nak tunjuk ketegasan) instead of cakap style reverse psikology dan belai dia slow-slow guna emosi. (walopun masa tu dah rasa nak bertukar hijau).

Tak percaya? Kena cuba. :)

Ketika sudah sampai masa melahirkan,

  1. Semasa proses kelahiran, sokongan moral daripada suami adalah sangat penting dan diperlukan. Seboleh-bolehnya buatlah perancangan seperti mengambil cuti lebih awal supaya anda dapat berada bersama-sama isteri pada waktu genting tersebut. Bisik dan ajarkan Doa yang diamalkan Nabi Yunus ketika berada di dalam perut ikan paus.

Saya dulu masa di An-Nur, di sekeliling dinding penuh ditampal dengan doa ini, beserta dengan panduan menghadapi saat bersalin. Boleh baca pengalaman saya yang priceless itu di entry pengalaman pertama bergelar ibu. Kemain excited bercerita. hehehe…

doa nabi yunus

  1. Bersedialah untuk memberikan apa sahaja yang diminta atau diperlukan pada ketika itu agar dapat meringankan kesakitan dan mengelakkan stress. Air zamzam dan kurma sangat membantu untuk menghilangkan dahaga dan membekalkan tenaga segera buat isteri yang bakal berjuang. Urut dan gosoklah bahagian belakang isteri anda. Walaupun kesakitan yang dirasai tetap sama, namun ia sedikit sebanyak dapat melegakan selain membuat isteri rasa dihargai. Nak kasi anak dekat korang jugak kot!

Teringat masa dalam labour room dan bersalinkan kakak Iman Nasuha 3 tahun dulu, ibu mintak nurse nak makan nasi, pulun makan sebab nak simpan buat jadi tenaga masa nak push nanti. Walopun tak berapa berselera makan dah masa tu, (takut weh, nak beranak) habis jugak 1/2 pinggan nasi. Sudahnya lepas baby keluar, ibu muntah. Doktor kata, kesan daripada epidural yang ibu ambil sebelum tu. Anak sulung kan, tak dapat bayangkan apa yang akan berlaku, macam mana kesakitan yang bakal ditanggung. Kalau boleh, semua facilities nak ambik. Aish.. kalau difikir-fikir balik…

  1. Cubalah untuk sentiasa bersama isteri walau apa jua keadaannya pada waktu itu. Sekiranya anda tidak tahan untuk melihat darah, alihkan perhatian dan pandangan pada wajah isteri yang sedang menahan kesakitan. Jangan sesekali menoleh pada tempat yang dikhuatiri akan menyebabkan anda pitam. Isteri anda memang sangat memerlukan suaminya pada ketika ini.
  1. Banyakkan berdoa dan bersabarlah jika anda dimarahi kerana contraction memang sangat menyakitkan dan tidak tergambar dek kata-kata. Ada isteri yang mungkin mula bercakap perkara yang bukan-bukan, menyedihkan dan tidak sedap didengar. Ketika ini, jalankan peranan anda sebaiknya sebagai suami dengan kata-kata yang menenangkan, kemaafan dan doa agar urusan kelahiran berjalan lancar tanpa komplikasi yang membimbangkan.

Meskipun dirinya sedang dalam kesakitan, sedang bertarung nyawa untuk satu lagi kelahiran baru, naluri keibuan tetap dalam dan menebal dalam dirinya. Dia masih juga tidak putus-putus memikirkan keadaan keselamatan anak sulungnya, serta juga orang-orang yang disayangi.

Buat suami, ambillah peluang untuk melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana sang isteri menahan kesakitan, berjuang melahirkan anakmu. Jika tiada pilihan lain, pastikan ada orang yang akan menunggu isteri anda di wad samada ibu, ahli keluarga atau adik beradik perempuannya yang lain.

Usai kelahiran, perjuangkanlah pula hak bayi untuk mendapat susu ibu. Bantulah isteri anda untuk melunaskan tanggungjawab ini kerana ia sememangnya bukan mudah dan memerlukan pengorbanan. Sekiranya tidak mampu atau terdapat masalah, rujuklah kepada yang lebih berpengalaman, berbincanglah dengan baik tanpa memberi tekanan kepada mana-mana pihak.

Oleh sebab itu, pengambilan nutrisi yang baik dan lengkap adalah sangat penting dan perlu dititik-beratkan. Udahlah kena pantang makan macam-macam, kepala pulak stress memikir itu ini. End up serik mengandung, gara-gara rasa sengsara berpantang.

Untunglah kalau dapat jumpa geng yang boleh sama-sama share story. Kalau tidak pun, sekurang-kurangnya ada yang sudi berkongsi rasa dan memahami apa yang kita sedang lalui. Macam saya dulu, banyak yang saya belajar daripada pembacaan sebab saya anak perempuan sulung, tak ada kakak nak ditanya itu ini. Awal-awal mengandung lagi dah beli macam-macam buku dan majalah. :)

Jangan membanding-bandingkan apa yang kita miliki dengan orang lain. Jangan pula rasa rendah diri dengan apa yang kita tak mampu lakukan seperti mereka. Bersyukurlah dengan persamaan yang ada dan raikanlah perbezaan yang mungkin wujud di kalangan kita.

Life ia a story. You’re the writer of your life. Hidup ini bukan suatu pertandingan! :)

1,851 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation