9 TIPS TURUNKAN DARAH TINGGI SUPAYA TAK KENA MAKAN UBAT SEUMUR HIDUP

Bercakap tentang darah tinggi, ramai yang menganggap bahawa ia adalah sejenis penyakit yang berlaku di kalangan golongan berusia. Atau lebih senang cakap, penyakit orang tua.

Eh, masa dah tua je ke baru boleh dapat sakit?

Salah tu. Sesiapa pun layak mendapat hipertensi atau darah tinggi.

Tidak spesifik pada umur. Bukan juga bergantung kepada kategori jantina.

Apakah yang dikatakan penyakit darah tinggi ?

Penyakit darah tinggi atau hipertensi adalah keadaan di mana bacaan tekanan darah tidak terkawal dan berlebihan (melebihi 140/90), dan ianya meningkat secara berterusan.

Seseorang itu tergolong sebagai penghidap darah tinggi setelah ujian dilakukan berulang-ulang beberapa kali dan hasil yang diperolehi adalah sama walaupun pada ketika itu beliau dalam keadaan rehat dan tenang.

Tekanan darah ke atas dinding arteri ini ditentukan oleh jumlah darah yang dipam oleh jantung dan jumlah rintangan yang terdapat pada arteri (bayangkanlah bagaimana result yang akan diperoleh jika dalam keadaan arteri yang sedang semakin sempit)

Walaubagaimanapun, seseorang itu tidak dikategorikan sebagai penghidap darah tinggi jika bacaan tekanan darah yang melebihi paras biasa berlaku hanya sesekali.

Sebab atau Punca Darah Tinggi Terjadi

Terdapat banyak sebab yang dikaitkan dengan tekanan darah tinggi. Ini termasuklah penyempitan arteri, isipadu darah yang berlebih dari biasa (normal) atau denyutan jantung yang pantas atau lebih laju dari yang sepatutnya.

Kesannya, keadaan-keadaan ini boleh meningkatkan tekanan pada dinding arteri.

Penyakit darah tinggi disebabkan oleh pengoksidaan kolesterol pada dinding arteri darah dan pembentukan plak-plak kolesterol jahat (LDL) yang mengeras pada saluran darah. Salur darah yang telah mengeras ini akan mengakibatkan penyempitan ruang saluran darah, seterusnya menimbulkan masalah tekanan darah tinggi.

Mengapakah darah tinggi atau hipertensi sering dikaitkan dengan “orang-orang tua” ?

Arteri berperanan membawa darah beroksigen ke otot jantung. Sekiranya jantung tidak mendapat cukup oksigen, sakit dada atau lebih dikenali sebagai angina boleh berlaku.

Semakin meningkatnya usia, dinding arteri akan menjadi semakin keras sehingga membentuk plak terutama pada arteri di organ jantung dan otak. Ia lama-kelamaan boleh menyempitkan salur darah melalui penebalan dinding saluran darah (plak) pada buah pinggang. Apabila pemecahan plak berlaku, serangan sakit jantung atau strok akan terjadi.

Oleh sebab itu kedua-duanya diakatakan memang sangat berkait rapat.

Apa yang boleh dilakukan untuk mengawal tekanan darah tinggi/hipertensi

mengawal tekanan darah tinggi tanpa ubat

1. Ubah tabiat pemakanan. Amalkan diet yang lebih sihat, rendah lemak dan bebas kolesterol

Mahu atau tidak, tabiat makan yang sihat harus menjadi amalan, bukannya apabila sudah disahkan mendapat sakit, bukan juga setelah menyedari umur dah semakin lanjut.

Sentiasalah berjaga-jaga dengan pemakanan seharian dengan mengenepikan makanan segera yang terkandung lemak trans dan berpada-padalah dengan pengambilan makanan berdaging, makanan laut, organ-organ dan lemak-lemak haiwan yang tinggi kolesterol.

2. Turunkan berat badan kepada julat berat badan sihat/ideal sesuai dengan usia

Berat badan yang berlebihan akan meningkatkan risiko tekanan darah tinggi. Kehilangan berat badan secara sihat akan membuat usaha untuk menurunkan berat badan juga semakin efektif dan efisien.

Mengambil tahu tentang keperluan kalori seharian seperti makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil boleh mengawal jumlah makanan yang harus diambil.

Tak perlu berlapar, tapi tanpa sedar ia telah menjadi penyumbang kepada pengurangan berat badan. :)

3. Sentiasa aktif  melakukan aktiviti fizikal dan senaman secara konsisten

Cuba luangkan masa untuk bersenam sekitar 30 minit ketika hari cuti atau paling tidak sekurang-kurangnya 3-4 kali seminggu.

Jikalau merasakan senaman adalah sesuatu yang sukar dan berat (alasan biasa), rajinkanlah diri melakukan aktiviti fizikal lain yang boleh mengeluarkan peluh. Berjalan-jalan secara santai di sekeliling kawasan rumah, bercucuk-tanam, dan membersihkan kawasan persekitaran rumah. Ia bukan sahaja boleh menceriakan pemandangan, tetapi juga dapat mengelakkan risiko takungan air yang menjadi punca utama penularan wabak denggi.

Pada masa yang sama ia juga dapat membantu mengurangkan berat badan sekaligus merendahkan bacaan darah tinggi. :)

4. Hindari produk tembakau, nikotin dan asap rokok

Rokok menjadi punca kepada banyak jenis penyakit. Ia meninggalkan sisa toksik dan menjejaskan fungsi banyak organ termasuk sistem tubuh kita. Kesan nikotin rokok akan meningkatkan tekanan darah sehingga 10 mm Hg dalam masa 1 jam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah akan turut menjadi lebih tinggi sepanjang masa.

5. Kawal pengambilan garam dalam diet seharian

Harus diketahui bahawa 1 sudu teh garam bersamaan dengan 2.3 gram. Makanya anda mesti memastikan bahawa itulah sukatan maksimum garam yang harus diambil dalam sehari dan diwaspadai agar tidak berlebihan.

Kurangkan pengambilan makanan berproses, makanan dalam tin termasuklah sos dan kicap kerana kesemua makanan tersebut mengandungi garam yang tinggi untuk tujuan pengawetan dan supaya tahan lebih lama.

6. Dapatkan sokongan ahli keluarga untuk sentiasa terlibat sama dan saling mengingatkan

Dalam apa jua keadaan, keluarga adalah insan yang paling rapat dengan kita. Mereka ini penting dan sangat diperlukan dalam memberikan kata semangat dan sama-sama menyokong kita ketika berhadapan dengan penyakit.

Sebagai ahli keluarga mainkanlah peranan kita untuk sentiasa memantau tahap kesihatan ibu, ayah atau adik beradik yang menghidap darah tinggi. Libatkan diri dan turut sertalah bersama mereka.

7. Elakkan stress dan luangkan masa rehat yang cukup untuk diri sendiri

Apa juga masalah yang mendatang, berusahalah untuk menyeimbangkan kehidupan. Tinggalkan seketika isu wang, kerja, kesesakan lalu lintas dan orang-orang yang menyakitkan hati.

Sentiasa berfikiran positif, dan lakukan perkara-perkara yang menggembirakan seperti pergi bercuti dan bersiar-siar di kala hujung minggu agar tiada lara yang sempat bersarang.

8.  Kurangkan pengambilan minuman berkafein dan hentikan pengambilan alkohol

Kafein dan alkohol kedua-duanya jika terlalu kerap diambil akan menyebabkan ketagihan.

Selain memabukkan dan tidak memberi sebarang manfaat, alkohol menjadi antara tabiat yang tidak sihat dan boleh menyumbang kepada masalah kesihatan kronik. Bagi mereka yang beragama Islam, telah jelas tertera di dalam kitab suci Al-Quran mengapakah minuman beralkohol tergolong dalam perkara yang diharamkan.

Berbeza pula dengan kafein, sungguhpun ia tidak haram atau membuat kita mabuk, minuman berkafein boleh menyebabkan kitaran tidur terganggu dan menjejaskan kualiti tidur seseorang. Penghidap darah tinggi yang tidak cukup rehat dan tidur akan meningkatkan risiko tekanan darah yang berisiko naik mendadak.

9. Amalkan sumber makanan yang boleh menurunkan tekanan darah tinggi

Lebihkan serat (fiber) seperti bijirin, nasi beras perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar yang kandungan nutrisinya masih terpelihara.

Makanan berupa sayuran hijau, tomato, bawang putih, minyak bunga matahari, aprikot, gandum, pisang, dan mengkudu sangat baik untuk mengekalkan paras darah yang sihat.

Pastikan terdapat sumber potassium dalam diet kerana ia dapatkan mengurangkan kesan buruk garam pada tekanan darah. Pisang merupakan pilihan potassium yang baik, sedap, murah dan mudah diperolehi. Jadi, makanlah pisang selalu. :)

Lakukan juga pemeriksaan darah tinggi secara kerap dan berkala mengikut nasihat doktor.

Amalan-amalan sihat yang tersenarai di atas ini jika dilakukan secara konsisten bukan sahaja boleh mengurangkan simptom penyakit, malah juga akan membantu kita meninggalkan ubat secara perlahan-lahan.

Sudah tentu kita tidak mahu “terikat” dengan perjanjian bersama ubat-ubatan sintetik seumur hidup, kan?

Pada kebiasaannya ubat yang diberikan oleh doktor adalah merupakan “alat” untuk menurunkan tekanan darah dan meredakan simptom sahaja, sebaliknya ia tidak akan memberi kesembuhan yang diharapkan. Antaranya ialah ubat jenis diuretik yang berfungsi membuang garam dan air berlebihan daripada badan.

Apa yang sangat tidak menyeronokkan ialah, ubat-ubat ini akan menjadi “teman baik” penghidapnya sehingga akhir hayat sehingga menyebabkan kebergantungan serta kadangkala sehingga boleh mengganggu emosi.

Lebih membimbangkan ialah, penyakit darah tinggi atau hipertensi ini tidak menunjukkan tanda amaran atau gejala yang jelas sehinggalah pemeriksaan doktor dibuat. Simptom yang biasa ditonjolkan oleh tubuh badan kita ialah kerap berasa letih, lesu, sakit kepala dan serangan migrain yang teruk.

Darah tinggi juga dikatakan pembunuh secara senyap. Ia boleh menjadi punca strok, dan strok yang berulang untuk kali kedua boleh membawa kepada maut!

Jom tengok sendiri apa yang lelaki merangkap seorang ayah dan suami ini buat bagi mengawal masalah penyakit darah tinggi yang dihidapinya.

Testimoni visual

Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah from iReach HD on Vimeo.

Isteri mana yang tak risau kalau suami yang dikasihi ditimpa dugaan berupa penyakit kronik sebegini kan?

Tambahan pula apabila memikirkan anak-anak yang masih kecil. Rasa risau dan bimbang memang tak dapat disembunyikan.

Bila dah susah hati, akan jadi penyumbang tekanan darah naik lagi ni. Kesian kan.

Takkanlah setakat nak rasa risau, takut, runsing, bimbang dan makan ubat ikut jadual sahaja kan.

Ikhtiarlah selagi kita mampu. Usahalah selagi punya daya.

Hubungi saya untuk pertanyaan produk atau konsultasi.

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia

COD sekitar Kajang dan Bangi

Nusaybah Anuwar 019-3832656

11,908 total views, 45 views today

2 Thoughts on “9 TIPS TURUNKAN DARAH TINGGI SUPAYA TAK KENA MAKAN UBAT SEUMUR HIDUP

  1. Bagusnya lelaki yang dalam video tuh, diet banyak turun

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation