9 TIPS SENANG TAPI MUJARAB UNTUK MENGHAMBAT BATUK SEGERA PERGI TANPA UBAT

Cakap pasal batuk, memang saya ni jenis kalau dah start batuk lambat nak baik. Lagi makan ubat, lagi gatal tekak, lagi rasa nak membatuk. Sampaikan bila waktu malam yang suhunya sejuk tu, rasa macam lelah dan susah nak bernafas.

Salah satu ketakutan yang buat rasa seboleh-bolehnya janganlah batuk berlanjutan lama. Berminggu-minggu atau sampai berbulan. Bukan setakat tak selesa dekat hidung dan anak tekak je, nak solat pun selalu je terrr.. kencing. Kena ambil wudhu lagi dan lagi. Memang sangat tak happy.

Apa punca batuk?

Batuk (cough) adalah satu refleks atau tindakbalas semulajadi tubuh untuk melindungi dan membersihkan lubang nafas serta menyingkirkan bendasing yang menyerang salur dan sistem pernafasan.

Batuk terjadi apabila berlakunya pengecutan rongga toraks yang berlaku secara tiba-tiba, kerap dan berulang-ulang. Ia menyebabkan udara daripada paru-paru ditolak keluar dengan kuat sehingga menghasilkan bunyi yang tersendiri.

Batuk dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan seterusnya memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang lebih serius seperti jangkitan kuman atau radang paru-paru (pneumonia).

Wah!

Macam bagus pulak ye batuk ni?

Bagus, tetapi sekiranya batuk berlanjutan terlalu lama, dikhuatiri sudah terjadi radang atau jangkitan pada salur pernafasan dan rongga bronkiol dalam paru-paru.

Seperti juga demam, batuk adalah salah satu cara tubuh kita mengaktifkan signal dan bertindakbalas terhadap serangan patogen jahat seperti habuk atau udara tercemar. Begitu juga sekiranya batuk itu disusuli pula dengan sputum atau kahak.

Cara menghilangkan batuk secara semulajadi

Terlebih dahulu, kenalpasti jenis dan kategori batuk yang sedang melanda.

Batuk kering tidak menghasilkan kahak tetapi menyebabkan tekak berasa gatal. Kita juga tiada masalah di bahagian dada serta tidak merasa sesak atau kesukaran bernafas.

Batuk basah pula menghasilkan kahak, dada berasa ketat atau bergetar dan anda merasa sesak (saluran nafas terganggu dengan rembesan) sehingga sukar bernafas.

Warna dan bau pada kahak yang dibatukkan juga adalah penting sebagai clue kepada punca batuk tersebut dan sejauh mana ia merbahaya.

Baca Juga : Kenapa anak saya selalu tidak sihat, selsema dan batuk pada setiap bulan?

Tips senang tapi mujarab menghambat batuk segera pergi :

1. Berkumur-kumurlah dengan air garam agar bakteria tidak tidak dapat hidup dan membiak dengan jayanya

2. Redakan simptom selsema yang boleh menyebabkan batuk semakin melarat dan melambatkan proses penyembuhan

3. Banyakkan minum air masak dan makanan berupa cecair seperti sup ayam dan singgang yang dihirup suam-suam

4. Elakkan makanan yang boleh memerangkap lendiran kahak seperti produk tenusu, coklat, roti, pisang, kek, makanan bergoreng (berminyak) atau yang terlalu pedas

5. Jauhi punca-punca risiko seperti perokok atau berada di luar rumah terutamanya di tempat awam yang sesak dan ramai orang

6. Aktifkan mode “menjadi pawang” untuk merawat diri sendiri (dan keluarga yang sakit) dengan petua-petua tradisi masyarakat lama seperti :

  • bawang putih
  • madu
  • lemon

tips-hilangkan-batuk

7. Amalkan pengambilan vitamin pada dos yang sedikit tinggi kerana vitamin tidak seperti ubat yang akan segera nampak kesan. Antara yang membantu

  • SR Vitamin C – pelepasan vitamin C secara beransur setiap jam, memastikan tubuh sentiasa dilindungi daripad serangan
  • Omega Guard – memecahkan kahak yang terkumpul, melancarkan pernafasan dan mengelakkan terjadinya radang pada paru-paru
  • Nutriferon – meningkatkan paras interferon (daya tahan tubuh) untuk memberi perlindungan imun dan menentang jangkitan
  • Garlic Complex – bertindak sebagai agen antivirus dan antibiotik semulajadi

8. Dapatkan rehat yang secukupnya dan berikan “extra care” pada diri untuk berkurung di rumah buat sementara waktu sehingga beransur sembuh.

9. Sentiasalah memalingkan muka dan menutup mulut apabila terasa ingin batuk supaya kuman tidak tersebar dan menjangkiti orang lain pula.

Batuk mungkin hanya salah satu gejala. Awasi simptom dan tanda-tanda lain yang buat diri rasa tak selesa seperti mula demam, rasa sangat sakit dan penat untuk bernafas sedangkan menarik dan menghembus nafas adalah proses semulajadi (tidak menyakitkan) yang berlaku pada semua makhluk hidup.

Sekiranya batuk tersebut tidak juga sembuh lebih dari tiga minggu, semakin teruk terutamanya pada waktu malam, mengeluarkan kahak hijau, kuning dan beserta darah, jangan bertangguh untuk ke klinik atau hospital.

Batuk mungkin hanya salah satu gejala. Awasi simptom dan tanda-tanda lain yang buat diri rasa tak selesa seperti alergi, rasa sakit dan penat untuk bernafas sedangkan menarik dan menghembus nafas adalah proses semulajadi (tidak menyakitkan) yang berlaku pada semua makhluk hidup.

Bagi kanak-kanak di bawah umur 5 tahun yang mengalami batuk berlanjutan, rujuklah pada doktor secepat mungkin. Batuk yang terlalu lama perlu dikhuatiri disebabkan oleh faktor penyakit lain yang memerlukan preskripsi ubat.

Doktor dan ahli farmasi lebih arif untuk memilih dan mencadangkan rawatan terbaik untuk anda.

531 total views, 3 views today

One Thought on “9 TIPS SENANG TAPI MUJARAB UNTUK MENGHAMBAT BATUK SEGERA PERGI TANPA UBAT

  1. Pingback: SEMBUHKAN BATUK TANPA UBAT BATUK MENGANTUK | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation