9 TIPS DIDIK ANAK MAKAN DENGAN SIHAT

Berikutan dengan selera makan kakak Nasuha yang semakin berganda-ganda sejak kebelakangan ni, saya nak kongsi sikit cerita, tips dan pengalaman.

Kebetulan, hari ini ada sorang parents yang meluahkan rasa hati (dalam whatsapp group taska) akan kebimbangannya bila anaknya yang dah umur setahun lebih tak mahu menyusu botol. Dia hanya makan dan nak direct feed pada waktu malam.

Ada ibu yang risau apabila anaknya terlalu kuat makan sehinggakan tidak mahu minum susu. Ada pula ibu yang risau apabila anaknya hanya mahu menyusu dan lansung  tidak mahu makan. Inilah yang dikatakan hati seorang ibu. Serba serbi tak kena kalau perihal anak. Tu belum kira bila anak tak sihat lagi.

Betul. Saya dah rasa begitu sejak jadi ibu 2 tahun lepas. Baru 2 tahun. Pun dah rasa diri ini penyayang gila kot. eheheheh.

Setuju atau tidak, ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam mendidik anak-anak untuk makan dengan sihat.

Adalah sangat penting untuk mendedahkan anak-anak kita kepada menu pemakanan yang sihat, terutamanya ibu yang saban hari melakukan tugas memasak makanan buat seisi keluarga.

Walaubagaimanapun, tidak mustahil jika ada diantara kita yang bergelar ibu ini tidak begitu memahami apakah yang dimaksudkan dengan makan secara sihat.

Berikut dikongsikan panduan mendidik corak pemakanan anak agar kita dapat menggalakkan mereka makan dengan betul sekaligus dapat mengekalkan berat badan yang sihat serta dapat pula mengelak jangkitan penyakit.

1. Jangan memaksa, sebaliknya beri pilihan

Biasakan untuk bertanya mereka dahulu, “adik nak makan apa hari ni?” dan sekali sekala turutilah selera mereka dengan memasak apa yang diinginkan.

2. Galakkan anak makan secara perlahan-lahan

Latihlah anak-anak makan mengikut jadual pada setiap kali waktu makan seperti sarapan pagi agar mereka faham akan rutin dan pentingnya makan pada waktunya.

3. Praktikkan makan secara berjemaah bersama keluarga

Jadikan amalan untuk makan bersama seluruh ahli keluarga agar anak dapat merasakan ikatan yang akrab dan sentiasa merindui waktu makan bersama.

4. Libatkan anak-anak semasa membeli barang dapur

Bawalah anak-anak bersama ketika membeli makanan dan barang-barang keperluan memasak agar anak anda berasa seronok dan mendapat serba sedikit panduan memilih makanan sihat.

5. Rancanglah menu dan snek yang sesuai untuk anak

Sentiasalah merangka resepi-resepi kreatif dan pelbagai agar anak anda sering berasa teruja dan tak sabar-sabar untuk makan makanan yang dihidangkan.

6. Jauhi tabiat makan di hadapan TV

Elakkan anak anda daripada makan sewaktu sedang menonton televisyen kerana ia akan menyebabkan dia leka dan tidak fokus pada makanan di hadapannya.

7. Galakkan anak-anak minum banyak air masak

Air masak adalah sangat bagus untuk sistem penghadaman, perkumuhan, kelancaran sistem tubuh selain dapat menghidari risiko sembelit yang mudah berlaku di kalangan anak-anak.

8. Jangan gunakan makanan sebagai ganjaran atau hukuman

Jadilah guru yang baik bukan dengan ugutan atau ancaman sebaliknya jelaskan kepada anak-anak keperluan nutrisi yang sihat dan seimbang untuk tumbesaran mereka.

9. Hadkan pengambilan garam dan gula

Kandungan bahan perasa dalam masakan seharusnya dipantau mengikut umur anak kerana buah pinggang mereka belum cukup matang seperti golongan dewasa.

Adalah sangat penting untuk ibu bapa menerapkan corak pemakanan yang sihat dalam  kehidupan anak-anak supaya ia boleh menjadi tabiat semulajadi, yang tidak perlu dipaksa-paksa dan harus selalu diperhatikan setiap kali tibanya waktu makan.

pemakanan sihat penting untuk membentuk antibodi anak

 

 

 

 

 

Memperkenalkan makanan ringan kepada anak adalah salah satu faktor yang mungkin menyebabkan anak kita menolak makanan seimbang dan sihat. Contoh yang paling hampir ialah mee maggi atau mee segera yang tinggi kandungan sodium, selain mengandungi MSG yang tidak baik untuk kesihatan. Ia akan mendorong anak kita untuk lebih menggemari makanan rapu yang lain.

Ini kerana, kebanyakan makanan rapu mengandungi kadar sodium yang tinggi. Jika ada makanan rapu yang lebih sedap, mana mungkin mereka mahukan makanan sihat yang lain sekalipun ia dimasak dengan penuh perasaan kasih sayang. Pada kesudahannya, ibu akan berasa bosan dan tawar hati untuk memasak kerana anak tidak mahu makan.

Seboleh-bolehnya tidak perlu lansung menyimpan makanan sebegitu di rumah kita. Secara tak lansung, kita sebagai ibu-bapa juga tidak terdedah kepada kemungkinan berkehendakkan makanan sebegitu rupa. :)

Baca juga apa punca-punca anak tak mahu makan yang harus dihindari. 

Sentiasalah merujuk kepada piramid makanan bagi memastikan anak-anak kita mendapat khasiat dan nutrien secukupnya. Sekiranya anak menolak untuk makan nasi, gantikannya dengan makanan lain dalam kumpulan yang sama seperti mee atau pasta yang mungkin lebih digemari oleh mereka. Pelbagaikan juga kaedah memasak supaya anak tidak jemu dengan jenis hidangan menu yang sama setiap hari.

Sebagai ibu bapa, kita juga boleh membekalkan makanan tambahan buat si kecil sebagai pelengkap kepada diet seharian anak-anak kita selain dapat meransang selera makan dan meningkatkan antibodi mereka.

Menyediakan makanan untuk anak-anak sebenarnya adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan. Ia bukan sahaja akan dapat mengalirkan kasih sayang seorang ibu, malah juga dapat mencipta ikatan yang lebih erat antara kita dan anak tersayang!

Vitalea for kids mengandungi kesemua nutrien lengkap yang diperlukan oleh kanak-kanak

1,316 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation