9 SEBAB UTAMA KENAPA VITAMIN SHAKLEE TAK BERBALOI BELI SEBAB TAK MUJARAB

Assalamualaikum. Bismillah…

Sempena meraikan kelahiran semula baby saya ni, selepas dimake-up kan, saya rasmikan entry pertama yang juga merupakan assignment kumpulan a.k.a cabaran blogging yang diberi untuk minggu ini. Memang kali ni semangat rasa lain macam betul nak ngupdate.. Farmasimaya.com dah berwajah baru katanya. hihihi..

Ok, kali ni saya nak kongsi sikit tentang gossip yang banyak dah sebenarnya tersebar tentang jenama Shaklee. Mari sama-sama hayati sembang 3 sahabat ni :

Aku rasa frust sangat lah dengan Shaklee ni. Tak ada beza pun makan dengan tak makan. Dahlah kena minum air banyak, sampai tak larat aku nak berulang ke toilet hari-hari. Dah setengah tahun ambil, tapi sama jekk.. Jangan kata nak kurus, makin gemok ada! Harga dah lah mahal, tak berkesan pulak tu. Baik takpayah beli, membazir duit den yo!

Aku pun sama lah macam engkau. Konon-konon dulu start makan vitamin Shaklee sebab orang kata boleh lah jadi cantik luar dan dalam, tapi hareeemmm, jerawat keluar makin banyak adalah. Dah satu hal pulak aku kena cari produk lain nak tonyoh kat muka ni nak kasi hilang.. geramnyaaa!!

Hish..korang berdua ni macam-macam hal lah. Yang engkau pun satu, kata nak kurangkan berat badan, sejak bila pulak vitamin boleh turunkan berat? Baik makan pil kurus je, dah tentu-tentu ada perkataan kurus kat situ.. Eloklah pun korang stop, sebelum jadi kes-kes macam dalam suratkhabar tu. Kang cantik ke mana, nyawa pun melayang sekali. Menyesal tak sudah engkau nanti..

Hermm..biasa tak dengar statement macam tu? Berapi tak rasa dengan penjual-penjual Shaklee yang suka sangat tunjuk testimoni #Shakleeeffect lah, gambar sebelum-selepas lah. Semua pakai camera 360 ape? Atau photo editor yang boleh transform orang nampak kurusss??

Sebenarnya, dalam tempoh satu bulan pengambilan makanan tambahan, badan sepatutnya telah merasai perbezaan seperti rasa makin kuat bertenaga, sistem penghadaman dan pembuangan lebih lancar, tahap kesihatan semakin baik serta badan juga akan berasa lebih sihat.

Namun, tidak dinafikan bahawa, terdapat sebilangan mereka yang merasa kecewa dengan pengambilan makanan tambahan atau suplemen yang bukan sahaja dikatakan tidak memberi manfaat malah juga menyebabkan tahap kesihatan pengamalnya menjadi semakin buruk!

Jom semak, apakah agaknya sebab atau punca ia berlaku :

1. Jadual pengambilan – tidak konsisten mengamalkannya setiap hari

Biasanya, bila beli apa-apa produk Shaklee terutamanya vitamin, jadual pengambilan akan disertakan bersama. Ia sangat-sangat penting untuk mendapat hasil yang diingini samada dari segi kadar penyerapan atau kesannya pada tubuh kita supaya manfaat vitamin dapat dinikmati. Kena ambil tahu juga apa pantang-larang bervitamin yang kalau diambil 2 jenis bersama, akan menenggelamkan kuasa vitamin yang satu lagi, begitulah sebaliknya. So, takdelah makan vitamin bertahun-tahun tapi sama je, takde beza pun.

2. Kuantiti pengambilan air putih – kurang minum air – disarankan minum air putih secukupnya

Pengambilan air putih penting untuk memudahkan penyerapan dan mengelakkan darah daripada menjadi terlalu pekat. Minumlah 2-3 liter air sehari agar toksin dapat dinyahkan dengan lebih mudah daripada tubuh kita. Proses detoks juga akan berjalan secara semulajadi melalui sistem perkumuhan. Kesan healing crisis juga dapat diringankan. :)

3. Dos pengambilan – tidak mengikut dos yang telah dicadangkan

Makan vitamin yang banyak dalam satu-satu masa tidak menjamin kesan yang cepat dan mujarab. Ia hanya akan menyebabkan pembaziran kerana vitamin yang diambil melebihi dos yang ditetapkan akan disingkirkan melalui bahan kumuh dan urin. Begitu juga sekiranya ia dimakan dalam dos yang terlalu sedikit, sehingga kesan yang diharapkan tidak kelihatan sekalipun telah diambil dalam tempoh yang lama.

4. Healing-crisis – takut kepada krisis pemulihan, lalu berhenti dari mengambil supplemen

Krisis penyembuhan adalah petanda bahawa tubuh kita sedang bertindakbalas dengan vitamin yang dimakan. Ianya bergantung kepada status kesihatan sesorang lebih-lebih lagi jika dia mempunyai penyakit. Vitamin semulajadi sememangnya mengambil sedikit masa untuk diserap ke dalam tubuh di mana kesan pemulihan akan dirasai pada minggu-minggu awal pengambilan sebelum kita dapat merasai kesan positifnya. Vitamin Shaklee memperbaiki sel dan organ daripada akar umbi, bukan sekadar menyembuh dan menghilangkan symptom kesakitan seperti ubat-ubatan yang kita ambil ketika sedang sakit.

5. Gaya hidup yang tidak sihat – merokok dan tidak melakukan aktiviti fizikal

Tidak dinafikan ada, malah ramai yang beranggapan vitamin Shaklee sebagai tablet magik yang boleh kuruskan badan, memperbanyakkan susu ibu, mencantikkan kulit wajah. Apa pun juga jenis vitamin atau makanan tambahan yang diambil, ia haruslah dilengkapi dengan amalan gaya hidup yang sihat seperti pemakanan sihat, senaman dan aktiviti-aktiviti outdoor yang dapat mengeluarkan peluh. Elakkan pengambilan kafein supaya ia tidak mengganggu

6. Ambil tanpa tujuan – tak faham fungsi setiap vitamin

Ada orang mengambil vitamin Shaklee hanya sebagai ikut-ikutan. Bila nampak dah jadi trending, mula cari pengedar yang jual dengan harga paling win, order dan makan. Makan sekadar makan, tanpa tahu fungsi, kandungan nutrisi dan jadual yang betul. Yelah, dah beli murah kan, konsultasi pun ilek. Sebab itulah bila rasa nak makan je makan, bila malas tak payah makan. Ada vitamin yang bersifat larut air dan ada pula yang larut lemak, jadi kan lebih bijak kalau diambil bersama dengan unsur air dan lemak supaya lebih mudah diserap oleh tubuh juga.

7. Diet yang tidak seimbang – gemarkan makanan segera

Kebanyakan daripada masyarakat kita hari ini lebih gemarkan fast food yang memang mudah tersedia, namun tidak baik untuk kesihatan. Ambil vitamin Shaklee yang dijulang-julang sebagai syarikat nutrisi No.1 di US, tetapi hari-hari makan makanan berlemak, tinggi kolesterol, minum minuman manis. Faktor pemakanan adalah sangat penting kerana ia boleh menjadi racun kepada tubuh. Tidak cukup dengan hanya mengambil vitamin yang terbaik di dunia jika diet kita menghancurkan diri sendiri.

8. Gangguan emosi – tidak yakin dan berfikiran negatif

Sentisalah bersabar dalam apa juga usaha yang kita buat dan lakukan, lebih-lebih lagi jika berkaitan dengan kesihatan yang tidak boleh dijual-beli. Kalau baru makan seminggu, janganlah bersungut-sungut kalau tiba-tiba jerawat keluar, janganlah terus serik takmau makan bila diuji dengan healing crisis. Dah namanya pun healing, badan kita tengah dalam proses nak sembuh jadi lagi baik lah tu. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar dikurniakan kesihatan yang baik dan percaya bahawa setiap penyakit ada ubatnya, melainkan mati!

9. Faktor persekitaran – kurang tidur, stress, terlalu sibuk

Lifestyle, pencemaran, kurang rehat, dan keadaan emosi yang terlalu stress juga sedikit sebanyak menyumbang kepada kemujaraban sesuatu produk, vitamin atau makanan tambahan yang dimakan. Faktor ini juga akan menyebabkan kita mudah kehilangan vitamin C dalam badan.

Sebagai kesimpulan, janganlah kita bersikap seperti yang tersenarai di atas kerana sememangnya ia tidak akan menguntungkan sesiapa. Sudah-sudahlah menunding jari atau menyalahkan produk kerana apa yang lebih penting dan utama ialah sikap kita sendiri.

Akibat terlalu obses untuk mendapat kesan yang diingini, ramai yang makan vitamin Shaklee merasa kecewa kerana hasil yang diharap-harapkan tidak juga kunjung tiba. Asyik kena beli, beli dan beli tapi masih juga belum kurus, kulit pun tetap juga menggerutu, tak licin mulus. Ramai orang yang cuma mahu kurus, kebanyakan orang hanya mahu cantik tetapi tidak sanggup untuk mendisiplinkan diri. Tidak kiralah apa jua produk yang diamalkan, konsisten dan sabar adalah perkara yang wajib dibuat. Ia sangat penting kerana kesan yang terlalu cepat pada kebiasaannya akan memudaratkan kesihatan kita. Bukan hari ini, bukan esok tapi kesannya akan dapat dilihat dalam jangka masa yang panjang.

Berpeganglah kepada prinsip makan vitamin bukan sebagai makanan gantian, sebaliknya sebagai makanan tambahan. Vitamin Shaklee membantu melengkapkan lompong-lompong nutrisi daripada real food yang kita dah ambil hari-hari. Ia juga telah terbukti telah mengubah hidup pengamalnya kepada yang lebih baik tahun demi tahun!

7,406 total views, 5 views today

2 Thoughts on “9 SEBAB UTAMA KENAPA VITAMIN SHAKLEE TAK BERBALOI BELI SEBAB TAK MUJARAB

  1. nur asyiqin on 27/07/2017 at 5:20 AM said:

    Assalamualaikum puan. Alhamdulillah,entri puan memberi ksedaran pada saya. Kdg2 sy pun mcm taksub dgn sesuatu produk termasuklah shaklee ni. Pernah saya beli byk2 vitamin shaklee ni tp kn sy tak rasa semua kesan dri each vitamin. Sebab apa? Sebab tak disiplin,mindset tak betul air putih pn xckup. Sy pun sid. Tengok testimoni,perghh mmg aku pun nk mulus gebu mcm ni. Tpi klau lifestyle xbaik,pemakan xjaga in sya Allah mmg menggurutu smpai sudah. Thanks puan. Bermanfaat dan byk input. Mohon halalkan entri puan untuk dijadikan bahan bacaan dan perkongsian. ❤

    • nasuha on 30/07/2017 at 12:40 PM said:

      Betul. Apa pun produk yg kita ambil, semua pun hanya asbab. Cuma dah jadi tanggungjawab kita untuk beri yang terbaik untuk diri kita dan orang tersayang. Takkanlah sanggup nak sumbat benda yang mudarat jadi darah daging kan.

      Sharing is caring. Terima kasih. Semoga memberi manfaat. 😊😊😊

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation