9 PERSIAPAN WAJIB TAHU DAN BUAT SEBELUM BAYI LAHIR TERUTAMANYA JIKA BELIAU PENGALAMAN PERTAMA

Topik nak bebel hari ni tiba-tiba buat memori terobek. Persediaan menghadapi saat-saat kelahiran dan persiapan yang kalau boleh semua nak perfect. Hari-hari sekodeng google, tulis dalam buku nota dan buat checklist. Al-maklumlah, anak sulung kan. hehehe.

Memang kenangan sungguh!

Jom cekidaut apa yang penting sangat tu!

1. Menghadiri Kelas Antenatal

Ambil peluang pertama ini untuk mengikuti kelas antenatal bersama suami supaya sama-sama dapat belajar sambil merasai keterujaan menyambut orang baru. Pada zaman sekarang, dah banyak  hospital bersalin yang anjurkan Antenatal Class untuk bantu pasangan ibu bapa yang pertama kali untuk menghadapi saat-saat cemas menanti kelahiran dan apa nak buat lepas baby dah keluar.

Macam kami dulu, dua orang anak.. dua-dua pergi kelas sebab tak nak lepaskan peluang sedut ilmu. Kalau time kakak Iman kami niat nak bersedia fizikal dan mental, tapi masa adik Ain Sufi ia lebih kepada nak ulangkaji sebenarnya. Kat sini lah jugak kami mula kenal dengan Puan Uswatun Hasanah, satu-satunya pakar tangisan bayi di Malaysia tu. Macam tau-tau pulak bakal dapat high need baby. But after all, seriously memang seronok betul.

2. Tambahkan pengetahuan untuk bergelar ibu dan bapa

Bakal ibu atau suami yang akan jadi bakal ayah sangat perlu untuk memperbanyakkan pengetahuan tentang kehamilan, bila waktunya sudah sampai untuk bersalin dan penjagaan baby di hari-hari pertama selepas dilahirkan.

Antara yang boleh dilakukan ialah :

  • banyakkan membaca buku-buku dan majalah parenting
  • banyakkan bertanya pada mereka yang telah ada pengalaman terdahulu
  • dapatkan khidmat nasihat daripada doktor pakar dan ibu bapa

Memang saya dulu (sampai sekarang pun) pantang tengok buku-buku pasal baby, pregancy, breastfeeding. Rasa tak cukup-cukup ilmu. Makin anak besar makin excited nak belajar dan terus membaca untuk jadi ibu yang lebih baik. :)

3. Persiapan kewangan

Perancangan kewangan yang dimaksudkan termasuklah persiapan sebelum dan selepas bayi lahir. Untuk jangka masa pendek, memadailah sejumlah wang untuk membeli kelengkapan bayi dan kos bersalin. Manakala jangka masa panjang pula ibu ayah dah boleh mula berfikir untuk menyediakan tabung dan dana buat si kecil.

Saya dulu dua-dua anak guna panel husband. Daripada antenatal checkup, sampailah bersalin memang guna kad suami. Vitamin mengandung saya tak ambil yang hospital bagi, so dah kurang sikit kat situ. Baca Juga : Ada Apa Dengan Set Vitamin Mengandung Jenama Yang Satu Ni. Tambah yakin bila doktor pun cakap bagus dan suruh teruskan. Tersenyum makyong. :) Sesekali kami bayar cash sebab nak simpan sikit untuk kegunaan masa bersalin. Masa nak settlekan urusan discharged memang ada tambah bayar sikit sebab bill melebihi kelayakan. hehehe.

4. Hospital Pilihan

Pilihlah hospital yang jaraknya dekat dengan tempat tinggal ibu dan menawarkan kemudahan bersalin yang lengkap seperti NICU. Kita tak tahu apa risiko kelahiran mahupun hal-hal kecemasan yang mungkin berlaku. Rajin-rajinkanlah diri untuk bertanya kepada rakan-rakan mahupun saudara mara yang pernah menggunakan perkhidmatan mana-mana hospital bersalin sebelum ini.

Tak kisahlah kerajaan atau swasta, tak kisahlah mahal atau murah.. yang penting ia sesuai dengan keadaan ekonomi dan boleh memberikan keselesaan pada ibu yang bakal bersalin.

Baca Juga : Pengalaman pertama bergelar ibu dan review Hospital Pakar Wanita An-Nur Hasanah Bangi

5. Berbincang lebih awal dengan pasangan

Seperti juga persediaan lain, bakal ibu ayah perlu menetapkan keputusan jika mahu menyusukan anak secara eksklusif (exclusive breastfeeding). Usaha tersebut penting semasa bayi masih di dalam kandungan lagi kerana ramai ibu-ibu yang mengakui gagal menyusukan bayi mereka kerana ketandusan ilmu. Suarakan niat murni itu kepada pihak hospital dan doktor yang bakal menyambut kelahiran supaya si comel dapat didakap dengan titisan mutiara pertama bondanya secepat mungkin. Ingat, satu jam pertama selepas lahir adalah sangat penting! Lebih awal penyusuan dimulakan, peluang untuk berjaya juga akan lebih tinggi.

Teringat pengalaman pertama menyusukan Iman Nasuha dulu. Hampir 2 malam lansung takboleh lelap mata gara-gara menilik anak dan cuba dapatkan lekapan yang betul. Beza sangat dengan adik yang dapat menikmati susu ibu masa dalam labor room lagi. Memang pengalaman betul.

6. Beg ke Hospital

Masa yang paling sesuai untuk menyediakan beg yang ingin dibawa ke hospital ialah apabila kandungan sudah mencecah usia 7 bulan. Jangan sesekali rasa ia terlalu awal kerana kelahiran pramatang boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Persediaan awal ini sangatlah penting supaya di hari kejadian nanti bakal ibu dan ayah tidaklah kelam kabut. Letakkan beg tersebut di tempat yang mudah dicapai dan dilihat.

7. Barang kelengkapan bayi

Tak dinafikan banyak yang perlu disediakan daripada sekecil-kecil hinggalah sebesar-besar perkara terutamanya jika kandungan sulung. Walaubagaimanapun, elakkan keterujaan itu bertukar menjadi pembaziran kerana ia sememangnya sangat cenderung untuk berlaku. Beli barang yang benar-benar perlu dan penting. Gunakan checklist yang banyak dikongsikan di internet dan blog-blog best macam ni. :) Gunakan sepenuhnya kesempatan berada di group-group ibu mengandung di FB untuk bersembang dengan bakal-bakal ibu yang lain.

Bersalin di hospital swasta sangat berbeza dari segi persediaan peralatan baby ni. Kalau di hospital kerajaan kita diminta semuanya, pengalaman 2 kali di HPAN tidak begitu. Kedua-dua anak saya dah sedia “dipinjamkan” dengan baju, pampers dan uniform basic baby baru lahir milik hospital tanpa sempat saya hulurkan beg yang dah siap-sedia bawak. Memang nampak “macam best” tapi bare in mind, semua tu “berbayar” dan bakal dilihat dalam itemised bill. :)

8. Sokongan ahli keluarga

Ahli keluarga memainkan peranan penting dalam memberi kata-kata semangat dan membantu bakal ibu ayah baru untuk melalui setiap saat kehamilan, menghadapi detik kelahiran dan menjaga bayi yang baru lahir. Sentiasalah bertanya dan dapatkan nasihat serta petua mereka kerana sudah pastilah pengalaman lepas yang dilalui mereka boleh membantu kita pula.

9. Pembedahan Caesarean

Kebarangkalian untuk melahirkan secara pembedahan atau C-section ada pada setiap ibu. Bayi akan dikeluarkan melalui “tingkap” yang ditebuk di bahagian abdomen bakal ibu, bukan melalui laluan faraj. Kelahiran dengan kaedah ini hanya akan dilakukan jika terdapat komplikasi atau bersalin normal berisiko membahayakan nyawa. Ia juga bergantung dengan sejarah kelahiran terdahulu, di mana jika anak sebelumnya juga dilahirkan begitu, peratusan anak yang akan datang dilahirkan dengan kaedah sama adalah lebih tinggi.

Alhamdulillah, kedua-dua anak dara saya dilahirkan dengan cara normal. Cuma masa kakak dengan suntikan epidural dan adik tanpa apa-apa bantuan ubat penahan sakit. Serius berbeza. Recovery process yang kedua pun lebih cepat. :)

Baca Juga : Tips berpantang sendiri di rumah tanpa emak atau mak mertua dan Pengalaman best berpantang dengan Set Berpantang Ohsem

Herm.. tak pasal-pasal terobek dan merobek balik semua pengalaman pahit manis mengandung dan bersalinkan 2 orang permata hati. Moga sedikit sebanyak membantu kawan-kawan yang bakal jadi ibu tuh yea.

Semoga bermanfaat!

1,520 total views, 4 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation