9 KESILAPAN MENCUCI MUKA PUNCA KULIT BERMASALAH. POINT NO. 7 YANG RAMAI SELALU BUAT!

Mencuci muka dengan betul adalah satu rutin penting bagi setiap orang tidak kiralah apa pun jantina, samada lelaki atau wanita.

Ia adalah supaya kulit sentiasa bersih, tidak kering dan bebas daripada masalah-masalah kulit muka yang serius di kemudian hari. Oleh sebab itulah mencuci muka adalah disiplin yang harus diutamakan dalam rutin kecantikan.

Errr to be exact, rutin menjaga kesihatan kulit. Kulit yang sihat, automatically akan nampak cantik. Memang nampak macam mudah, setakat membasahkan muka dengan air, sapukan sabun pencuci muka dan bilas, siap!

Tapi sedarkah anda masih RAMAI yang masih mengalami masalah kulit muka yang tak pernah SELESAI sebab bertahun-tahun melakukan kesalahan abadi?

Cuci muka pun ada yang buat salah ke?

Jom tengok 7 KESILAPAN BIASA yang ramai tak perasan dan tak sedar selama ni dia buat :

1. Mengabaikan rutin mencuci muka

Cuci muka jarang-jarang. Basuh dengan air sahaja, cukup!

Sedangkan, setiap hari kulit muka kita terdedah kepada sinar UV, kekotoran, debu, habuk dan

Inilah punca kulit nampak kusam, tua dan tak berseri walaupun tak ada masalah jerawat.

2. Menggunakan pencuci muka yang salah

Kena faham jenis kulit muka sendiri samada kategori kulit kering, kulit normal, kulit berminyak, kuit sensitif atau kulit kombinasi.

Setiap satu jenis kulit ini ada pencuci muka yang khas, sesuai untuk tackle jenis kulit tersebut. Asalkan tertulis “facial cleanser” dan fungsinya membersihkan kotoran pada kulit muka, kita pun belasaaaaah. Padahal, itulah punca cuci muka hari-hari tapi jerawat dan masalah tak surut-surut.

Kenal jenis kulit, cari yang sesuai dengan kulit. Jangan sembarangan!

3. Menggunakan produk pencuci yang ada kandungan bahan kimia.

Tapi, dekat label tulis % xxxx dan xxxx yang ada dalam Cleanser ni selamat untuk kulit muka!

Iya, tapi bayangkan pula rutin mencuci setiap hari, 2 kali sehari tu.

Kandungan bahan yang selamat dan semulajadi memang sangat-sangat penting untuk penjagaan kulit muka, terutamanya yang mempunyai alergi atau berkulit sensitif.

Cleanser yang digunakan haruslah tanpa bahan pewarna atau pewangi sintetik. Lebih bagus kalau ada bahan aktif dan minyak pati (essential oil) yang mempunyai eleman terapiutik.

Fahami jenis kulit masing-masing dan tengok balik pencuci muka apa yang korang guna selama ni.

Adakah pakai belasah je beli dekat farmasi? Asalkan jual dekat farmasi katanya…

4. Terlalu kerap mencuci muka

Alamak. Malas pun salah, rajin sangat pun tak boleh?

Yaaaa… kekerapan mencuci muka akan menyebabkan :

  • Kulit akan menjadi telalalu kering dan hilang kelembapan semulajadi
  • Kulit akan jadi lebih berminyak dan mudah pula timbul jerawat

Ingat, hydration is the key. Kulit yang sihat dan lambat nampak tua ialah kulit yang sentiasa lembap (garis kedutan akan lambat muncul).

Sewaktu mencuci muka, utamakan kawasan dahi dan hidung. Urut lembut kawasan muka sekurang-kurangnya 2 minit dengan kekerapan 2 kali sehari sudah memadai.

Sebaik bangun pagi dan sebelum tidur OK?

5. Selalu sangat pakai skrub

Skrub dikenali sebagai agen pengikis paling terkenal untuk menanggalkan blackhead, whitehead dan kulit mati. TETAPI penggunaan terlalu kerap dalam jangka masa panjang akan menyebabkan kulit muka menjadi nipis, sensitive dan berlakunya iritasi

6. Menggosok kulit muka dengan sepenuh hati

Ye betul, memang rasa puas hati bila dapat tenyeh kulit muka kuat-kuat, konon rasa bersih dan boleh masuk ke dalam liang-liang pori. Hakikatnya, kulit akan lebih merengsa dan mungkin berlaku keradangan.

deep cleansing kononnya…. puiiii.

7. Mencuci muka tanpa membersihkan kesan make up terlebih dahulu

Solekan atau make up pada kulit muka akan menyebabkan liang pori tersumbat dan terkumpulnya whitehead dan blackhead jika dibiarkan tanpa cucian yang sempurna dalam jangka masa panjang.

Bagi yang memang rajin, penggunaan make up remover adalah jalan terbaik. Tetapi jika sebaliknya, pencuci muka jenis gel oil based adalah solusi paling smart untuk menyelesaikan masalah ini!

Ingat, semua bahan pencuci mempunyai kandungan minyak sebagai surfaktan. Dan, hanya minyak mampu menarik minyak dengan efisien!

8. Lap muka dengan tuala mandi – 2 in one

Bukan sahaja tak molek jika diamalkan berkongsi tuala dengan orang lain. Malah, badan dan muka juga tak boleh kongsi satu tuala walaupun tuannya adalah orang yang sama!

Walaupun kita rasa dan anggap badan kita sudah cukup bersih selepas mandi, sebenarnya tidak. Masih ada bakteria pada tubuh kita yang boleh merebak ke kawasan muka.

Tuala besar yang kita guna untuk lap seluruh badan dan kawasan peribadi macam alat sul*t selepas setiap kali mandi memang TAK PATUT disekalikan kegunaannya dengan lap muka. Bayangkan kekotoran dan kesan daki yang dah melekat pada tuala tu, tiba-tiba kita lap pula muka, eiiiyyy.

Kulit muka memang lebih fragile dan kena extra care, jadi elakkan. Dengan kata lain, tuala mandi dan tuala muka seharusnya ada 2 tuala yang berbeza! Belilah sehelai dua khas untuk muka tau!

9. Amalan selepas mencuci muka yang sambil lewa

Sebab itu, sangat penting untuk melengkapkan rutin membersihkan kulit muka seperti toner, pelembab, serum, atau selepas selesai mencuci muka. Sekurang-kurangnya toner yang berfungsi mengecilkan liang pori.

Tahukah anda inilah antara rahsia “glass skin” wanita Korea yang dipanggi DOUBLE CLEANSING?

Lubang pori nampak jelas dan terbuka luas? WAJIB susuli dengan toner. Kalau selama ni tak pernah tahu, anda rugi besar!

Masih tercari-cari penyelesaian kepada masalah kulit muka dan perlukan pencuci muka dengan kandungan bahan botani yang dijamin selamat untuk jangka panjang?

Awak perlukan ini!

257 total views, 2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation