9 FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG SUNTIKAN EPIDURAL, BAGUS ATAU TIDAK SEBENARNYA?

To be frank, lepas dah termengandung, perkara yang paling ditakuti ialah detik-detik nak bersalin. Kalau masa nak berbaby dancing buat pertama kali dalam sejarah menjadi wanita dulu perasaannya nebes, kali ini dia berkali ganda lebih nebes daripada itu!

Apakah tujuan rasa sakit nak bersalin sebenarnya ni?

Contraction atau gesaan sakit ingin bersalin ialah tanda awal kelahiran akan bermula. Ia bertujuan untuk memberitahu dan mempersiapkan rahim dengan kelahiran yang bakal berlaku dalam tempoh terdekat. Kontraksi berlaku disebabkan oleh kepala bayi sentiasa menolak pintu rahim untuk keluar meninggalkan alam rahim dan otot uterus (rahim) ibu yang sedang mengecut dan mengembang.

Pada waktu tersebut, serviks ibu sedang beransur-ansur menjadi nipis (effacement) dan mula membuka (dilation). Penipisan dan pengembangan serviks berlaku serentak pada wanita yang pernah bersalin sebelum ini.

Rasa sakit ingin bersalin sangat penting sebenarnya untuk memberitahu ibu bilakah masa yang sesuai untuk ibu mula meneran.

Namun, ada juga sesetengah bakal ibu yang sangat sensitif terhadap sakit contraction sebelum serviks mula membuka menyebabkan suntikan penahan sakit mula mendapat permintaan.

Segalanya tentang Epidural

Epidural adalah kaedah pengurusan sakit paling terkenal yang digunakan bagi mengurangkan sakit bersalin yang sangat digemari oleh kebanyakan ibu-ibu hamil yang ingin bersalin.

Kaedah ini merupakan pembiusan separuh badan di mana pada ketika suntikan dibuat, ibu berada dalam keadaan sedar. Pada kebiasaanya, suntikan epidural akan diberikan apabila bakal ibu mula menunjukkan tanda-tanda hendak bersalin.

Dianggarkan kadar penggunaanya melebihi 50% di negara-negara maju yang ramai tak tahan sakit, termasuklah di Malaysia. Lol.

Kaedah ini paling mendapat tempat di hati bakal ibu kerana kemampuannya menukar pengalaman ngeri bersalin kepada yang lebih manis dan menyeronokkan. :)

Prosedur Suntikan

Satu tiub halus berdiameter 0.45 mm akan dimasukkan ke dalam lumbar dengan suntikan jarum di luar kawasan saraf tunjang dan cecair meninges. Kemudian, jarum tersebut akan dialihkan daripada tiub halus di kawasan berkenaan. Apabila ubat bius telah dimasukkan, ianya akan membasahi akar saraf dan kesannya tidak lain dan tidak bukan ialah efek pembiusan yang efektif. :)

Inilah yang dinanti-nantikan.

Melalui tiub halus inilah nanti kadar pengaliran ubat akan memberi kesan kebas pada saraf yang meliputi kawasan rahim dan servik. Tiub ini akan dikeluarkan semula selepas bayi dilahirkan atau selepas jahitan episiotomi.

Bius yang sama juga akan diteruskan selepas pembedahan jika ibu terpaksa dibedah.

Ada ke bakal-bakal ibu yang sedang berkira-kira nak ambil suntikan ni?

Sebelum tu, jom kita tengok apakah fakta tentang epidural yang mungkin ada yang pertama kali dengar atau baru nak cuba ambil tahu.

Fakta dan Kelebihan Suntikan Epidural

1. Teknik pembiusan epidural yang hanya dilakukan oleh pakar bius memerlukan ubat bius disuntik ke bahagian tulang belakang di mana ia akan merebak dan menyekat saraf kesakitan untuk berfungsi sementara waktu. Ianya berlaku apabila ransangan kesakitan tersebut tidak dihantar ke otak.

2. Suntikan epidural dapat membantu bakal ibu menahan kesakitan pada fasa pertama dan kedua kelahiran. Pada peringkat kedua kelahiran, walaupun ibu telah berasa kebas, ianya sama sekali tidak mengganggu keupayaan ibu itu untuk meneran dan mengeluarkan bayinya.

3. Ubat bius yang digunakan akan mula berfungsi sekitar 5-10 minit selepas disuntik kepada ibu. Namun, jangan risau, suntikan epidural tidak memberikan kesan mengantuk kepada bakal ibu

4. Epidural merupakan ubat tahan sakit yang paling selamat dan sangat diperlukan jika sekiranya ibu mempunyai masalah kesihatan seperti sakit jantung dan tekanan darah tinggi

5. Epidural menyebabkan saluran darah mengembang sekaligus melancarkan pengaliran darah kepada bayi dan secara tidak lansung dapat mengurangkan risiko bayi lemas

6. Bakal ibu akan diminta untuk duduk atau mengiring mengikut keselesaan selepas diberi serba sedikit penerangan tentang suntikan epidural yang akan dilakukan.

6. Jika bukaan serviks sudah mencapai 8 cm atau wanita tersebut sudah bersalin lebih daripada 1 kali, kaedah ini amat tidak digalakkan. Ini adalah kerana jarak masa bersalin yang lebih cepat akan menyebabkan suntikan ini tidak begitu berkesan.

7. Kajian terbaru menunjukkan suntikan epidural yang diambil oleh bakal ibu bukan sahaja tidak mengganggu proses bersalin, malah ia dapat mengurangkan risiko pembedahan caesarean.

8. Selain mengurangkan kesakitan, epidural akan memberikan rasa kebas di bahagian bawah perut, ari-ari dan rasa sengal di bahagian kaki.

9. Perlu diketahui bahawa epidural tidak akan menjamin 100% dapat mengurangkan kesakitan. Kadangkala faktor posisi tubuh ibu sewaktu sedang dibius dan struktur kedudukan tulang belakang juga akan menyukarkan pakar bius melakukan suntikan di kawasan yang tepat. Kesannya, ia boleh menjadi antara sebab suntikan ini kurang memberi kesan yang diinginkan.

Kesan sampingan Epidural

Banyak kajian yang membuktikan bahawa epidural tidak akan meninggalkan kesan sampingan dalam jangka masa panjang, tetapi apa yang selalu didengari ialah rasa tidak selesa dengan rasa kebas dan nyilu pada pinggang dan bahagian bawah badan.

Ada juga ibu yang mengadu mengalami sakit kepala yang kuat akibat kebocoran pada kawasan cecair meninges. Ia boleh diatasi dengan cara berehat secukupnya dan banyakkan minum air. Macam saya sendiri, memang rasa beza sangat lepas amalkan ostematrix dengan konsisten. Kalau dulu asyik rasa macam menyucuk kat pinggang masa tidur atas tilam nipis, tapi sekarang all gone. In fact, memang kami anak beranak tidur atas toto je pun sejak dah bertiga dan berempat ni. hehehe…

Boleh baca Juga : Tips mengatasi Sakit Belakang selepas bersalin supaya tak serik mengandung lagi

Apapun, pengalaman 2 kali bersalin (baru 2 kali) yang ambil dan tak ambil suntikan epidural memang sangat berbeza. Mujurlah keputusan yang dibuat untuk berpantang dengan Set Berpantang Shaklee ini adalah keputusan yang terbaik. Rasa heaven gila kot pantang walaupun tak ada mama. :) Alhamdulillah..

So, buat bakal-bakal ibu yang sedang merancang kaedah bersalin tu, semoga entri ini membantu. Daaa!

Macam biasa, boleh roger-roger kalau nak beli vitamin okeyh. :)

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia

COD sekitar Bangi, Kajang dan kawasan berhampiran

Nusaybah Anuwar 019-3832656

1,655 total views, 5 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation