8 TIPS SEORANG PESAKIT SLIP DISK – SERIUS MACAM TAK PERCAYA BILA TENGOK ABAH HARI INI!

Awal tahun 2013, pertama kali saya dikejutkan dengan berita abah sakit. Kejutan sebab abah memang sangat jarang mengalami sakit teruk. Setakat sakit demam tu, biasa lah.

Selama 28 tahun saya jadi anak abah, ini yang paling memeranjatkan dan membimbangkan saya sebab pertama kali juga saya lihat abah tahan sakit sampai menangis.

Slipped disc. Inilah kata doktor tentang kesakitan abah, selepas Ujian MRI dibuat oleh Pakar Ortopedik di KPMC dan KPJ, Kajang.

Slipped Disc

Berlaku apabila salah satu daripada cakera yang berada antara tulang-tulang belakang rosak (tergelicir) dan menekan saraf. Ianya menyebabkan sakit belakang, sakit leher dan juga gejala-gejala seperti kebas, rasa kesemutan, atau lemah di kawasan-kawasan lain badan.

Saraf sciatic adalah saraf yang sering terjejas dalam kes-kes yang berkait dengan slipped disc. Ia adalah saraf yang paling lama di dalam badan dan berjalan dari belakang pelvis, melalui punggung dan ke bawah kedua-dua kaki ke kaki. Jika terdapat tekanan pada saraf sciatic, ia boleh menyebabkan sakit teruk di bahagian kaki, pinggul atau punggung.

Slip disc terjadi apabila lingkaran yang menghubungkan bahagian organ dan tisu yang lain di sekeliling disc ini rosak lalu menyebabkan ia bengkak dan menonjol keluar.

Simptom awal masalah ini ialah sakit belakang yang pada permulaanya hanya dirawat sebagai sakit urat. Selain itu, simptom seperti kebas atau lemah pada anggota tangan atau kaki akan turut dirasai.

Sakit belakang ini boleh dikategorikan kepada peringkat akut, kronik dan berulang. Sakit akut pada amnya terjadi selepas bersin, batuk kuat, mencangkung lama, atau apabila mengangkat sesuatu barang dari lantai (terutamanya jika barang itu berat).

1. Kaedah Akupuntur dan Bekam

Treatment by acupuncture

Abah saya memang rajin buat kedua-dua ni. Akupuntur dan bekam.

Akupuntur – sejenis rawatan berasal dari negeri China menggunakan jarum-jarum halus yang ditusukkan pada titik titik saraf yang berkait dengan bahagian tubuh yang sakit. Terapi ini dilakukan berdasarkan prinsip perubatan kuno yang digunakan untuk menyeimbangkan yin dan yang dalam tubuh kita. Ia menyeimbangkan paras tenaga kimia yang ada di dalam diri seseorang.

bekam untuk slip disk

Berbeza pula dengan kaedah bekam yang lebih terkenal di kalangan masyarakat Melayu yang beragama Islam. Berbekam dapat mengeluarkan angin (wap patogen) dan darah bertoksin yang terkumpul di bahagian bermasalah. Darah kotor akan dapat dikeluarkan, seterusnya dapat pula meringankan sakit yang dihidapi.

Abah memang selalu jugak pergi berbekam. Sejak sebelum sakit pun, ada je body part dia yang bertanda bulat-bulat menunjukkan abah baru selesai berbekam. Abi pun ada juga sekali dua buat bekam, tapi darah abi tidaklah keruh walaupun masa first time buat. Gara-gara rajin makan tablet alfalfa barangkali tu. Membersihkan darah dan menyingkirkan toksin, katanya.

Tak tau nak cerita banyak-banyak sangat sebab saya sendiri tak ada pengalaman berbekam. Bukannya apa, tapi takut dan nyilu part toreh-toreh tu. huhuhu…

2. Katil dengan Teknologi Ceragem

ceragem bed

Terapi Ceragem Bed – 100% terapi semula jadi daripada Korea Selatan yang menakjubkan dengan menggunakan teknologi acupressure massage thermal dan kaedah perubatan kiropraktik dan terapiutik dengan batu jade. Bertindak melancarkan peredaran darah, membersihkan darah, meningkatkan imuniti, melegakan tekanan dan menyelaraskan tulang belakang dan saraf tunjang.

Pendekatan yang digunakan ialah “satu titik tertentu ada untuk mengawal penyakit tertentu”. Ia mengembalikan tulang belakang pada posisi asal, menghidupkan (mengaktifkan semula) saraf-saraf yang terhimpit serta membersihkan pembuluh darah.

Mula-mula dulu masa abah selalu pergi ke pusat rawatan ceragem tu saya pun tertanya-tanya juga apa yang menarik dan best sangat?

Tak lama lepas tu, abah bawa geng. Kali ni tak pergi sorang-sorang dah, tapi bawak mama sekali sama. Bergu sama-sama pakai baju tshirt dan seluar putih.

Ada 12 massage program yang kita boleh pilih bersesuaian dengan part mana yang tengah sakit dan perlukan sentuhan infrared. Ada remote dan boleh laras ikut kesesuian. Design katil dia pun memang style habis.

membantu masalah tulang dan saraf slip disk

membantu masalah tulang dan saraf slip disk

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web untuk senarai produk ceragem. Saya tak jual ye katil canggih ni.

Nak bagitau betapa abah dan mama sangat berpuas hati dengan katil ni, diorang sampai sanggup beli nak letak seketul dekat rumah. Senang katanya nak guna bila-bila masa. Tak payah dah nak berebut atau beratur awal-awal pagi di Ceragem Therapy Center Bangi tu.

Tapi, perancangan Allah memang Maha Hebat, belum pun sempat beli, katil mahal ni dah dihadiahkan oleh company untuk abah. Itulah yang dikatakan rezeki kan. :)

Saya sendiri pernah rasa betapa bestnya katil ceragem ni. Bila sakit-sakit sendi, lenguh-lenguh dan sengal pinggang, semua rasa release dan ringan lepas berbaring atas katil ni. Lebih kurang 45 minit untuk satu sesi.

Bagus betul rupanya. No wonder bukan main ramai orang yang sanggup menunggu turn setiap hari. Bijak dan menjadi strategi marketing dia. Betapa mujarab dan buat orang suka untuk datang mendapatkan servis urutan mesin tu, sehingga buat keputusan untuk terus beli. Salah seorangnya abah lah :)

Bila ada orang tanya khabar abah, dengan happy abah akan cerita perihal katil dia tu yang banyak membantu, dengan izin Allah. :)

3. Tempat sandar Dr. Backbone

dr backbone slipdisk

Sejenis alat yang direka khas mengikut struktur bentuk tulang belakang yang perlu diletakkan pada kerusi tempat duduk kita. Ia dapat menjaga postur tubuh, menyokong keseimbangan kedudukan badan semasa sedang duduk dan mengurangkan stress ketika memandu.

Macam kes abah, punca yang paling hampir ialah terlalu lama memandu dalam jarak jauh secara rutin dan selalu duduk membongkok. Kata abi, abah memang suka bersandar di tiang dalam surau. Kalau nampak ada susuk tubuh kat tiang tu, siap dah boleh tau itu abah. Tiang faberet dia.

Apa yang bestnya tentang Dr.Backbone ni, ia sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat termasuklah ibu mengandung yang mudah mengalami sakit pinggang kerana ia dapat mengurangkan gegaran semasa dalam perjalanan jauh selain memperbaiki postur tubuh kita.

Sepanjang sakit, memang abah dah lama tak drive. Mujurlah adik-adik lelaki ku dah besar-besar dan ada lesen memandu semua dah. Boleh abah tumpang senang pakai driver free. Kebetulan ada sorang yang baru habis belajar.

Dr. Backbone ni boleh didapati di kiosk-kiosk dalam hospital atau online pun ada dijual. Harganya murah, mampu milik, mudah dicuci dan ringan untuk dibawa kemana sahaja. A must have untuk semua yang tak ada sakit apa-apa pun untuk mencegah penyakit tulang belakang yang berkait dengan osteoporosis.

Kalau yang jenis suka menghadap komputer lama-lama tu, anda antara golongan berisiko tinggi. Letaklah satu di pejabat, satu di dalam kereta, satu di rumah. Memang berbaloi-baloi.

4. Medifeet Orthotic Sandals

kasut medifeet

Ramai sebenarnya yang tidak sedar tentang kepentingan memilih kasut yang betul saiznya dan selesa dipakai. Bukan kain baju sahaja yang harus berkualiti dan sedap disarung tau, tetapi kasut juga adalah “pakaian” kaki yang paling penting kerana fungsi utamanya menampung keseluruhan berat tubuh dan melancarkan pergerakan badan kita.

Nak kongsilah sikit pasal pengalaman sendiri yang dah lebih setahun pakai, kasut Medifeet ni memang sangat selesa dan tahan lama. Pertama kali pakai pun boleh jatuh cinta terus dah sebab sekali je sarung, kita dah boleh rasa betapa selesanya kaki kita di situ. Ini Serius!

Konsep yang diterapkan oleh Medifeet sangat menarik di mana ia bukan sahaja menekankan kasut yang selesa dan sihat, tetapi rekabentuknya yang unik membuatkan pemakainya masih mampu bergaya dan femfeeling cantik.

Kebanyakan rasa sakit belakang memang berkait rapat dengan hubungan antara tulang dan otot pada kaki atau tekanan yang meningkat apabila berat badan bertambah. Ketidakselarasan pada kaki mengakibatkan ketidakselesaan seperti rasa sakit pada lengkung kaki dan tumit, arthritis, sakit lutut serta punggung.

Bila guna medifeet ni, kaki kita akan diarahkan ke posisi yang betul atau lebih baik untuk berjalan, berlari, dan berdiri. Oleh itu, rasa sakit akibat ketegangan otot dan tekanan akan turut berkurang disamping dapat memberi keselesaan untuk berjalan.

Abah suka sangat dengan sandal kesihatan yang saya beli ni dan dia memang akan pakai hari-hari. Abah kata selesa, mama kata cantik. Buat saya si pemberi ni rasa seronok dan berbunga hati. :) Kalau sebelum ni jenis sandal yang ada tali belakang, lepas ni saya nak belikan sepasang lagi untuk abah, jenis kasut pula. Saya gelarkannya Stylish Orthopedic Shoes. Bukan saja selesa, tapi memang cantik-cantik design dia.

Rawatan Perubatan dan Pembedahan

Slip Disk yang berlaku menyebabkan kedudukan disc sudah lari dari tempatnya. Tisu-tisu di sekeliling disk akan sentiasa mengalami kerosakan dan inflamasi akibat geseran apabila kita bergerak. Proses inflamasi ini juga penting untuk tisu-tisu tersebut supaya ia boleh dibaiki semula dari semasa ke semasa.

Pengambilan steroid menyebabkan proses inflamasi terhenti sedangkan kemusnahan tisu tetap terus berlaku. Kesannya, semakin banyak tisu yang rosak di mana rasa sakit mungkin akan kurang atau hilang dengan pengambilan steroid. Namun, itu hanyalah penyelesaian yang bersifat sementara sedangkan penykit ini makin parah. Ia menyebabkan rutin harian penderitanya terganggu kerana tisu-tisu baru tidak dapat dibina secara semulajadi.

Macam apa yang berlaku pada abah, rawatan di peringkat awal yang diberikan ialah suntikan epidural steroid dan juga beberapa ubat saraf yang perlu dimakan. Kata pakar yang merawat abah, rawatan ini akan memberi kejayaan dalam 30 hingga 40 peratus daripada kes yang berlaku.

Jika gejala sakit saraf tidak juga sembuh selepas tiga bulan rawatan dibuat, pesakit boleh memilih sama ada ingin melakukan pembedahan atau suntikan untuk mengecutkan cakera yang tergelincir, yang menindih bahagian saraf dan menyebabkan kesakitan tersebut.

Macam kes abah, pembedahan tidak begitu disarankan kerana risiko untuk berjaya sepenuhnya ialah 50-50. Salah satunya sebab faktor umur abah yang dah hampir mencecah 60 tahun, selain kedudukan disk yang terlibat. Bare in mind, bukan semua keadaan memerlukan pembedahan dan bukan semua orang sesuai untuk dibedah ye.

Lagi punca slip disk berlaku dan cara mengurangkan sakit belakang akibat slip disk di SINI

Pengambilan suplemen tambahan

Saya juga bekalkan abah ostematrix untuk kesihatan tulang, omega untuk sendi dan sirap vivix sebagai suplemen tambahan untuk bantu kesihatan dalaman abah yang makin menginjak usia. Macam biasalah, vivix adalah yang paling abah suka sekali. Semestinya kerana sedap dan senang telan. :)

Bagi yang rasa dirinya masih muda, bila dah cecah umur 30 ke atas jangan abaikan pengambilan kalsium. Sangat penting untuk kepadatan dan struktur tulang yang kuat.

Apa yang paling menggembirakan, abah dan mama dapat menyelesaikan misi haji dengan kesihatan yang terbaik. Memang saya macam tak percaya tengok abah. Kemain risau kami dengan keadaan abah yang begitu. Tak dapat digambarkan betapa gembiranya hati melihat abah kembali sihat bermain dengan cucundanya nan bertujuh. :) Syukur, kesemuanya atas kehendak Yang Maha Esa.

my nyawa klia2 abah dan adik manja

Demikianlah serba-sedikit perkongsian yang saya sebenarnya dah lama nak tulis di sini sebagai panduan untuk sesiapa yang mempunyai risiko atau sedang mengalami slip disk seperti apa yang abah pernah alami.

Semoga kisah abah yang saya kongsi hari ini sedikit sebanyak membantu abah atau orang kesayangan anda yang masih tercari-cari alternatif yang sesuai untuk penyembuhan.

Ada ke kawan-kawan yang sedang cuba berikhtiar?

suplemen untuk slip disk

Boleh cari saya untuk konsutasi serta cadangan macam apa yang abah sendiri dah rasa dan lalui.

Pengedar sah Shaklee untuk makan sendiri dan menjalankan bisnes

COD sekitar Kajang, Bangi dan pengeposan ke seluruh Malaysia

Hubungi Nusaybah Anuwar 019-3832656

5,738 total views, 12 views today

4 Thoughts on “8 TIPS SEORANG PESAKIT SLIP DISK – SERIUS MACAM TAK PERCAYA BILA TENGOK ABAH HARI INI!

  1. Rodi on 12/09/2016 at 4:29 PM said:

    Assalamualaikum cik puan. Mcm mn perkembangan abab cik puan skrg? Sy pun mengalami slip disc juga. Sedang berkira2 nk operate tp 50 50

    • nasuha on 13/09/2016 at 4:56 AM said:

      Terima kasih sudi singgah En. Rodi. :)

      Abah saya?

      Alhamdulillah dia semakin sihat dan setakat ni kesakitan slip disk tu tak pernah datang lagi. :)

      Ni dah masuk tahun keempat pun sejak abah disuntik steroid. Setahun lepas tu ada dia mengadu sakit dan masa tu lah saya start bagi abah vitamins. Memang anak dia ni pengedar Shaklee, tapi faham-fahamlah.. memang bukanlah senang nak pujuk abah sendiri makan suplemen.

      Selain ikhtiar yang saya kongsikan di atas tu saya memang beri abah vitamin Shaklee – vivix, ostematrix dan omega guard. Inilah ikhtiar saya sebagai anak. Abah pun tahun ni dah masuk 60 tahun.

      Maaf bertanya, En.Rodi umur berapa sekarang?
      Boleh juga WhatsApp saya di nombor 019-3832656.

      Terima kasih. :)

  2. katil ceragem tu agak femes
    anyway, tq 4 sharing. byk info berguna
    zaleha awaluddin recently posted…Vitamin Ibu Hamil Yang Terbaik Di Pasaran: Apa Kesannya Pada Saya?My Profile

  3. Pingback: PUNCA SLIP DISK, SAKIT PINGGANG BELAKANG | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation