8 SEBAB KENAPA ESP HOT DI KALANGAN WANITA CANTIK DAN INGIN CANTIK

Kesemua sel-sel di dalam tubuh kita terbentuk daripada protein. Protein penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormon dan enzim.  Protein yang berkualiti membolehkan sel-sel baru tumbuh dengan sihat bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak dan mati.

Sumber protein harian kita yang biasa daripada sumber daging haiwan, susu dan keju tinggi kandungan lemak. Jadi, makanan tambahan dari sumber tumbuhan seperti kacang soya adalah sangat sesuai kerana tidak mengandungi lemak yang tinggi.

1 hidangan bersaiz 14 gram serbuk ESP Shaklee mengandungi 5 Vitamib B penting termasuk riboflavin (vitamin B2) yang penting untuk pertahanan sistem tubuh dan meneutralkan radikal bebas yang menyerang tubuh kita.

1 canister ESP bersaiz 850gram diekstrak daripada 30 kg kacang soya tanpa GMO yang berkualiti tinggi. Kacang soya itu sendiri mengandungi isoflavones yang bersesuaian dengan hormon wanita.

Pengambilan asid amino secara konsisten adalah tips untuk mengekalkan keremajaan supaya sentiasa kelihatan awet muda.

Suka kan? Memang orang perempuan ni suka sangatlah kalau dikatakan nampak muda, tak makan umur kan, bila dukung anak sendiri pun nampak macam adik je..kan kan..

ESP juga berperanan meningkatkan kualiti memori dan daya visual. Dah namanya orang perempuan, serba-serbi nak kena ingat. Masa jadi awek, asiklah nak ingat tarikh first date, tempat bersejarah masa candle light dinner, sampaikan berapa orang adik-beradik pakwe pun dia bersungguh boleh hafal.

Bila dah jadi isteri pulak, hapgred lagi kebolehan itu dengan mengingat apa makanan kegemaran suami, kat mana simpan baju suami yang sekian-sekian. Kalau dah jadi mak pulak kena tip top semua bab anak-anak daripada perihal susu, lampin dan imunisasi. Sangat sinonim kan wanita dengan bab mengingat, kenangan, memori semua ni.

Sangat banyak sebenarnya manfaat protein ni, tapi apa agaknya yang buat ESP ni sentiasa menjadi pilihan wanita cantik ya?

Jom dekidout peranan ESP yang khusus buat wanita :

1. Memudarkan dan menghilangkan parut pada kulit dan wajah. ESP meransang pembentukan semula kulit dan otot.

Tu… bekas-bekas parut jerawat yang hitam tu..sebab kurang protein lah tu. Nak gantikan balik sel-sel rosak tu dengan yang baru dan sihat, ambil ESP. :)

2. Menegangkan kulit dan menganjalkan payudara

Walaupun seorang wanita tu bertitle ibu menyusu, tak ada masalah takut kendur or londeh. Nak nasi lemak berapa puluh sen. Cakap je… :) Yang lagi best, susu untuk anak pun lebih pekat dan bernutrisi.

3. Membantu masalah kesuburan.

ESP terbukti dapat menyeimbangkan semula hormon dan membantu dalam pemulihan uterus dan ovari wanita. Bila yang dalam dah betul dan cantik molek, mudahlah nanti nak merancang kehamilan, ye dak?!

4. Sumber diet yang sihat dan lengkap

ESP mampu membekalkan tenaga segera dan berpanjangan. Wanita ni, baik remaja, isteri, emak atau nenek sekalipun memang sentiasa memerlukan tenaga superwoman untuk urus diri sendiri, suami, anak-anak dan rumahtangga. Nak stay-up, mengemas dan memasak semua kenalah cukup zat kan.

Lagi sedap kalau dicampur dengan Mealshakes yang anak-anak suka, dan Performane Drink yang terkenal dan menjadi pilihan atlit-atlit antarabangsa tu. Ummpphhh!!

5. Memberi rasa kenyang yang lebih lama

Formulanya yang rendah indeks glisemik boleh dijadikan makanan gantian untuk turunkan berat juga tau! Takdelah asik nak makan, makan merepek-repek dan tak sihat. Wanita kan suka kalau dikatakan kurus, nampak kurus dan selim. Oh, yang ni kalaulah semua orang tahu dan mau tahu..

6. Mencantikkan tona kulit dan agen anti-penuaan

ESP meransang pembentukan semula sel kulit baru, mengurangkan kedutan, kesan tua dan mengembalikan radian kulit agar cerah sekata, halus dan berseri tanpa perlu tepek make-up  yang tebal-tebal. Lagipun, natural beauty kan lebih cantik. :)

7. Menyuburkan akar, memperbaiki masalah rambut gugur atau beruban

ESP bertindak memperbaiki pigmentasi yang menyebabkan rambut kering, mudah putus, berubah warna dan gugur. Fungsi protein sebagai komponen utama hormon meransang pertumbuhan akar yang kuat untuk rambut yang sihat dan cantik.

8. Kandungan genestein menghalang dan mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser.

ESP berperanan memusnahkan radikal bebas di dalam badan sebelum ia mengganas dengan menukarkan sel-sel DNA yang sihat kepada sel-sel kanser seperti kanser ovari dan payudara yang sangat banyak terjadi di kalangan wanita tak kira usia sejak kebelakangan ini.

Memang nampak macam ESP ni sesuai dengan wanita aje.. kan?

Tetapi nanti dulu. Jangan salah sangka ya, seperti yang dah disebut di awal tadi, ESP kaya dengan kandungan protein berkualiti tinggi yang lengkap dengan 9 asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.

Jadi, ESP ni memang sesuai untuk semua peringkat umur, daripada remaja sehinggalah ke golongan dewasa dan warga tua baik lelaki mahupun perempuan boleh mengamalkannya. Termasuklah penghidap diabetis yang perlu mengawal diet seharian, yang menukarkan glukosa kepada tenaga di dalam tubuh.

Semua orang perlukan protein untuk pertumbuhan dan tumbesaran kan?

Semua orang pun nak cantik dan sihat kan?

Bakal pengantin pun elok sangat kalau nak cuba sebagai persediaan untuk menjadi seorang isteri yang sentiasa bertenaga dan bakal ibu dengan kehamilan yang sihat. :)

Bersempena dengan offer menarik ESP bulan September ni, eloklah sangat kalau wanita-wanita mahupun jejaka-jejaka yang mahu sentiasa sihat dan gojes grab peluang untuk beli dan cuba.

Roger Nusaybah Anuwar – 019-3832656 untuk COD sekitar Bangi atau pos ke seluruh Malaysia. :)

 

548 total views, 4 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation