8 PUNCA STOK OMEGA GUARD SAYA SELALU SOLD OUT TAK KIRA MUSIM

Biasa kalau sebut pasal minyak ikan, mesti selalu orang ingat pasal otak dan memori kan? Memang dah ramai yang tau kebaikan minyak ikan untuk otak, tapi masih ramai yang belum tau yang ia sebenarnya lebih daripada itu.

Dalam banyak-banyak vitamin yang saya selalu susun dalam almari, memang Omega Guard di antara yang selalu saja tak dapat bertahan lama, yang selalu saja dipinang orang, selalu saja keluar-masuk tak kira masa. Kalau bukan untuk customer, untuk diri sendiri, untuk budak kenit berdua kat rumah ni, untuk encik suami, untuk mama abah..

Pendek kata memang sangat-sangat laris dan menjadi rebutan lah! Tapi kenapa agaknya ya? Minyak ikan je pun.. bukan sama je ke semua minyak ikan dekat farmasi tu?

Omega Guard Shaklee memang berbeza dan sama sekali tidak sama dengan minyak ikan lain kerana ia adalah Minyak Ikan terbaik di Dunia yang dieskstrak daripada ikan laut air sejuk.

Jom tengok 5 punca stock Omega Guard saya selalu Sold-Out terutamanya di musim-musim jerebu macam sekarang ni :

1. Minyak ikan terbaik di dunia

Omega Guard Shaklee diperbuat daripada minyak ikan, bukan minyak hati ikan. 3 kali ganda lebih tumpat daripada minyak hati ikan. Kaedah ultratulen bergred farmaseutikal adalah teknologi terkini yang digunakan untuk tapisan unsur-unsur merbahaya yang mungkin ada dalam air laut. Minyak hati ikan ada kemungkinan tinggi terkandung logam berat sebab macam yang kita tau, hati adalah organ yang pertama yang akan menapis toksik! Dan yang lagi sedih, lautan kita sekarang dah tak macam dulu, yang jernih dan bersih tapi sebaliknya penuh dengan pencemaran dan sisa kimia industri yang merbahaya macam plumbum dan merkuri.

Ini juga adalah beza yang paling besar antara minyak ikan Shaklee dan jenama-jenama lain yang ada di pasaran.

Bab ni memang kena ada ilmu sikit, bukan apa.. supaya dapat bezakan dan buat penilaian sendiri. Bukan sekadar ikut cakap-cakap orang. Kebetulan sangat ada sikit story pasal tu..

Hari isnin semalam masa dekat klinik tengah tunggu-tunggu turn nak masuk bilik doktor ada sorang mak budak tegur saya bila tengok Ain yang berhingus meleleh. Sempat sembang sekejap dan dia suggest suruh bagi Ain Scotts Em***ion, katanya bagus sangat untuk boost budak punya antibodi. Katanya lagi, anak-anak dia pun memang semua dia kasi makan dari kecik dan jarang sakit. Tup-tup bunyi nombor anak dia kena panggil masuk bilik doktor.. heheheh… Dalam hati saya kata, anak saya makan minyak ikan jenama Shaklee A.K.A Omega Guard. Yang anak akak makan tu minyak hati ikan yang kaya dengan vitamin A dan D. Kalau tak percaya or tak pernah perasan pasal tu, balik ni nanti pergi belek dekat botol minyak ikan masing-masing. Ada tulis “cod liver oil” atau “omega-3 fish oil”.

Omega Guard jauh lebih baik. :) Tapi apa pun, terima kasih akak, sebab ramah tamah.. saya senyum je sambil jawab “oyeke..oyeke..” (angguk-angguk tak geleng-geleng) hihihihi…

Padahal sebenarnya kami datang klinik bukan sebab Ain yang nak jumpa doktor, tapi abi yang demam tonsil. Harus la angkut semua sekali 4 beranak ke klinik sebab takde orang nak jaga kat rumah. Saya cuti pun sebab taska terpaksa tutup 2 hari atas kes jerebu. Dan si dak Ain tu pun hingus meleleh sebab saya baru sapukan Drsneez yang mekanisme dia memang akan keluarkan hingus kasi habis-habis.. Memang ada demam jugak skit, tapi terkawal..

Kenapa saya mesti beli Omega Guard Shaklee

Minyak ikan dan minyak hati ikan, mana satu yang lebih baik ?

Memang ada beza ya minyak ikan dengan minyak hati ikan. Minyak ikan diperbuat daripada keseluruhan daging ikan-ikan kecil di laut dalam yang sejuk seperti mackerel, herrings dan anchovies manakala minyak hati ikan dihasilkan hanya daripada hati ikan kod yang ikannya lebih besar dan sudah tentu lebih kandungan minyaknya. Sesuai dengan sumbernya yang diambil daripada hati, baunya juga lebih hanyir dan boleh membantutkan selera.

Dari sudut kandungan nutrien, minyak hati ikan dan minyak ikan kedua-duanya mengandungi Omega-3 tetapi minyak hati ikan lebih berisiko terdedah kepada bahan cemar di dalam air laut seperti merkuri dan plumbum. Macam yang kita tahu, organ hati adalah tempat pengumpulan dan menapis toksik.

Salah satu tips memilih minyak ikan ialah dengan memastikan ia mempunyai gred farmaseutikal seperti Omega Guard Shaklee yang melalui proses mollecular distillation.

Oleh sebab itu, dalam jangka masa panjang, minyak ikan lebih memberi manfaat dan semestinya lebih baik untuk diamalkan. :)

2. Sebagai agen pemecah kahak bagi masalah pernafasan

Omega Guard membantu mencairkan kahak kanak-kanak, budak-budak kecik, anak-anak syurga yang selalu batuk-batuk sampai kena bronchitis, jangkitan kuman dalam paru-paru, dapat asthma attack sampai kena sedut nebulizer 4-6 jam sekali, sampai admitted dekat wad pun ada.. Ada yang keluar ikut najis, ada jugak yang muntah keluar lendir tandanya kahak dah dilonggarkan dari rongga paru-paru dan dikeluarkan dengan jayanya. Dengan kata lain dia jadi hero sebagai pengganti ubat pecah kahak. Best kan Omega Guard?!

Testimoni Omega dan batuk berkahak

Testimoni Omega ganti ubat pecah kahak

 

 

 

 

 

 

 

 

Bercakap pasal kahak, memang ramai baby-baby sekarang ni yang ada masalah batuk berkahak yang selalu buat mak-ayahnya risau. Termasuklah anak saya yang berdua ni pun.

Kebiasaannya doktor akan bagi ubat untuk memecahkan kahak, supaya lendiran akan keluar melalui muntah atau najis.

ubat pecah kahak fluimucil

ubat pecah kahak fluimucil

Fluimucil digunakan sebagai agen untuk masalah berkaitan gangguan pernafasan. Ia bertindak melonggarkan dan memecahkan lendir tebal dalam sistem pulmonari serta mengurangkan pengumpulan kahak dan mukus.

Fluimucil mengandungi bahan aktif acetylcysteine ​​(ubat yang digunakan untuk merawat paracetamol acetaminophen berlebihan. Yang tak bagusnya pasal fluimucil ni, ia boleh buat kita mengantuk. Sebab itulah, waktu pengambilan yang sesuai adalah pada waktu malam sebelum tidur.

Tak best kan feeling dia bila “terpaksa” bagi anak makan ubat yang akan buat dia mamai. Kesian dia, kecik-kecik lagi dah “terpaksa” diberi benda-benda macam tu. Nak buat macam mana, dah dia sakit. Kalau dibiar-biarkan takut jadi radang dan jangkitan kuman dalam paru-paru pulak.

Macam saya dulu-dulu lah. Tapi sekarang tidak lagi, Omega Guard kan ada :) Bukan setakat kahak pecah, dapat rangsang otak dan sihatkan mata pulak lagi. :)

Boleh intai-intai petua mengatasi batuk berkahak cara tradisi yang saya amalkan di SINI

3. Meningkatkan kesihatan salur darah

Omega Guard tolong flush-out kolesterol jahat dan bersihkan salur darah dan kawal tekanan darah kasi turun dan cantik je duduk dalam kawasan selamat. Bila kolesterol terkawal, tekanan darah dah normal, jantung pun akan terlindung sama dan berkuranglah risiko strok akibat salur darah yang tersumbat dan penyakit jantung koronari. Siapa-siapa yang selalu rasa tegang dekat leher tu, yang kerap sakit kepala tu better pergi check entah sebab kolesterol atau petanda penyakit berkaitan salur darah. Omega Guard berkuasa untuk “bakar lemak-lemak terlebih” yang tak diperlukan oleh tubuh kita. So, boleh kurus laa cengginih! Siapa yang takmau kurus-selim-melim kan?! :)

Testimoni Omega bakar lemak dan kolesterol

 

 

 

 

 

 

 

 

4. Memelihara tisu rawan untuk masalah berkaitan sendi

Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu-rawan, jadi ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu-rawan. Ia bagus untuk mengurangkan masalah radang sendi yang dialami menyebabkan Omega Guard menjadi pilihan pesakit gout, pesakit arthritis, nenek-nenek, atuk-atuk, mak ayah kita yang sendi dah mula longgar.. susah nak duduk-bangun solat tu.. Semuanya ada lengkap dalam minyak ikan jenama Shaklee yang diberi nama Omega Guard.. :)

5. Padat dengan khasiat Omega-3 tulen

Kandungan EPA, DHA dan ALA dalam minyak ikan sangat penting untuk tumbesaran dan perkembangan otak dan memori bayi dalam kandungan. Satu hidangan Omega Guard membekalkan 905mg asid-lemak Omega-3, EPA dan DHA yang mampat dan padat. Ia memang hot dan jadi pilihan ibu-ibu hamil, mak-mak mengandung yang mahu anak cerdik terutamanya di fasa trimester ketiga (3 bulan terakhir kehamilan). Lepas dah bersalin pun masih boleh teruskan sebab nak susukan baby pulak kan? Susu ibu yang berkualiti dan berkhasiat datangnya daripada pemakanan ibu juga kan, tak gitu?! :)

6. Merangsang kemahiran motor dan intelek

Macam yang ramai dah tahu, minyak ikan sangat bermanfaat sebagai nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina mata kita. Khasiat omega-3 terbukti dapat meransang kemahiran motor sejak anak-anak kita kecil termasuklah kebolehan mencantum-cantum blok-lego mainan, mengenal huruf dan warna semua tu. Macam yang kita tahu, selain gaya hidup, kesihatan sangat dipengaruhi oleh pemakanan. Sebab itulah, Omega Guard selalu laris di kalangan ibu-ibu yang bukan saja mahu anaknya sihat, malah juga bijak. Setuju kan kalau saya kata bila badan yang cergas, otak pun cerdas kan?! Nak anak pandai, suka belajar, mudah mengingat memang sesuai sangat makan Omega Guard ni!

7. Bersifat anti-inflammasi – mengurangkan alahan

Omega Guard sangat terkenal di kalangan mereka-mereka yang ada alahan dan selalu sensitif dengan habuk atau suhu sejuk, Tambahan pula masa kualiti udara tak sihat ni kan, jelaga-jelaga halus daripada asap jerebu tu boleh masuk terus ke saluran pernafasan tau. Sebab tu ramai penghidap asthma yang tiba-tiba diserang balik penyakit lama diorang waktu musim-musim begini. Omega-3 bertindak sebagai agen anti-inflamasi (anti-radang) yang sangat membantu dalam melindungi kesihatan paru-paru dan mengukuhkan sistem imun juga. Tak kiralah kanak-kanak atau orang dewasa sekalipun, kena selalu berhati-hati dengan faktor yang boleh trigger alahan atau asthma yang tak kira usia muda atau tua.

Testimoni Omega untuk anak batuk selsema

 

 

 

 

 

 

 

 

8. Teman baik wanita

Last but not least, Omega Guard berperanan juga dalam membantu mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan Premenstrual syndrome (PMS), jadi kulit kita akan jadi licin, nampak sihat dan berwarna kemerah-merahan. Macam dia ni.. :)

baby

Omega-3 ni adalah asid lemak penting yang tubuh kita tak dapat hasilkan. Nak tak nak memang kena ambil dan dapat dari sumber makanan. Ada juga sumber omega-3 yang diperoleh daripada asas tumbuh-tumbuhan tapi badan kita tak dapat tukar jadi EPA dan DHA secara optimum.

Pastikan awak-awak semua makan banyak ikan air laut dalam macam sardin, mackerel dan anchovies (ikan bilis) setiap hari untuk sumber omega-3 yang cukup, atau ambil 3 kapsul Omega Guard saja, confirm cukup! :)

Seperti juga vitamin lain, nutrien di dalam Omega Guard tidak hanya terhad kepada satu fungsi sahaja, malah pelbagai dan berbagai-bagai, sebab tu dia memang selalu sold-out dalam farmasi di rumah saya ni.. :)

Menarik kan? Taknak ke makan Omega Guard ?! :) Rugi tau kalau tak grab promosi hebat bulan ni :

  • Buy 6 Omega Guard, Free 1 bottle extra
  • Buy 2 Omega Guard, Get 5% discount

Hubungi saya untuk harga menarik dan konsultasi percuma. :)

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia.

COD sekitar Bangi, Putrajaya dan Cyberjaya :

Nusaybah Anuwar  019-3832656

1,700 total views, 1 views today

2 Thoughts on “8 PUNCA STOK OMEGA GUARD SAYA SELALU SOLD OUT TAK KIRA MUSIM

  1. Pingback: CARA MENGATASI MUKA BERJERAWAT DAN BERPARUT | Life is a Story

  2. Pingback: ALTERNATIF RAWAT SLIP DISK TANPA PEMBEDAHAN | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation