7 TIPS ELAK LELEHAN FARAJ TIDAK NORMAL YANG BOLEH JADI PENYAKIT KRONIK ORANG PEREMPUAN

Leleh.. leleh.. leleh… geli pulak bila baca banyak kali. Ada orang memang suka meleleh-leleh ni. Terutamanya peminat coklat, lagi meleleh lagi nikmat kata mereka.

Entri kali ni bukan nak cakap pasal makanan, tapi pasal lelehan atau discharged yang sinonim sangat dengan orang perempuan. Ye, memang betul-betul geli kalau difikirkan sebab jadi orang perempuan ni memang kompleks!

Itu belum cakap pasal keputihan lagi, rata-ratanya memang ramai yang mengalami tapi masih cover-cover ayu dan takut orang tahu kononnya malu. Adeh!

Ada tips dan cara tau nak elak meleleh-meleleh tak tentu pasal ni. Jom cekidaut :

1. Sentiasa memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kain kapas. Kapas – membolehkan bahagian intim bernafas bebas dan kekal kering.

2. Jangan gunakan sebarang jenis jeli petroleum atau sebarang jenis minyak yang bertujuan untuk melincirkan bahagian intim (terutamanya ketika bersama pasangan) kerana ia akan menggalakkan pembiakan bakteria.

3. Elakkan penggunaan produk yang boleh menyakitkan faraj seperti cecair pembersih faraj, sabun, bedak, losyen yang mempunyai kandungan pewangi. Tak payah nak wangi-wangi kat situ pun takpe, janji bersih dan kering. Confirm takde bau busuk!

4. Jangan sesekali menggaru bahagian sulit yang berasa gatal kerana perbuatan tersebut bukan sahaja akan menyebarkan bakteria malah boleh memburukkan lagi keadaan.

5. Bersihkan bahagian intim dari hadapan ke belakang setiap kali selepas membuang air kecil atau besar. Cara mencuci yang salah boleh memberi peluang bakteria merebak ke kawasan faraj.

6. Tidur yang cukup dan diet yang seimbang dengan pengambilan air yang cukup adalah cara terbaik untuk memastikan keadaan faraj sentiasa sihat.

7. Amalkan memakan bawang putih dengan unsur organik tanpa campuran bahan kimia seperti tablet Garlic Shaklee yang terkenal sebagai agen anti-kulat/anti-biotik semulajadi yang berupaya menghalang pertumbuhan bakteria di kawasan terlibat.

garlic-complex antibiotik semulajadi shaklee

Fungsi Garlic Complex Shaklee adalah :

Sebagai antibiotik semulajadi yang selamat diambil dalam jangka masa panjang tanpa kesan sampingan yang mudarat.

  1. Bermanfaat sebagai penawar racun (detoxifier) yang melindungi tubuh daripada penyakit
  2. Melegakan kembung perut, ketidakhadaman dan masalah gastrik
  3. Mengandungi unsur anti-biotik dan bersifat anti-fungus/anti-kulat
  4. Melumpuhkan radikal bebas yang boleh mengganggu sistem kekebalan tubuh kita
  5. Mencegah kanser dengan mengurangkan bahan pencetus kanser – nitrosamine (bahan yang biasa digunakan dalam pembuatan produk kosmestik, produk berasaskan getah dan racun serangga)

Mengandungi allicin – (getah bawang yang memberikan bau asli pada bawang putih apabila dibelah) – juga bahan utama yang berkuasa yang terkandung di dalam setiap ulas bawang putih)

Garlic Complex ini diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik pada musim panas di California USA serta 100% bebas daripada campurtangan baja kimia atau racun perosak.

Setiap 2 tablet Garlic Complex = 1000mg serbuk bawang putih @ 2 ulas bawang putih segar yang mentah – yang sesuai diambil setiap hari sebagai pemakanan tambahan kita.

Apa yang buat saya suka sangat dengan tablet garlic ni, sebab setiap tablet tu bukan setakat ada khasiat bawang putih, tetapi juga dah digabungkan dengan herba rosemary dan spearmint yang memberikan perisa semulajadi dan mengurangkan bau busuk bawang yang ramai orang tak suka.

Saya sendiri ada pengalaman best dengan Garlic dan Alfalfa Complex – set basic untuk masalah dalaman wanita yang saya sendiri alami semasa mengandung dan berlarutan selepas bersalin dan menyusu.

Boleh baca Kisah Benar Saya di SINI dan di SINI

Pengalaman memang takkan boleh direka-reka atau diubahsuai sebab kita sendiri yang rasa dan mengalami kan.

Syukurlah saya cepat kenal Shaklee dan tahu tentang banyak rupanya vitamin yang boleh diamalkan untuk membantu masalah berkaitan hal kewanitaan. Tak sanggup rasanya nak makan antibiotik lama-lama. Risau sebab saya menyusukan anak.

Baca Juga : Kenapa Semua Perempuan Kena Makan GLA Complex

Gejala atau tanda-tanda penyakit yang disebabkan oleh masalah keputihan boleh diawasi melalui ciri-ciri dan warna lelehan yang keluar semasa keputihan berlaku.

Tidak semua lelehan atau discharge yang keluar adalah petanda masalah, tapi kalau ianya berlanjutan lama sangat pun kita sendiri yang akan rasa tak selesa dan boleh menjejaskan hubungan suami-isteri jugak. Memang tak syok bila cakap pasal ni, tapi nak taknak kena kasi settle supaya tak melarat.

Hubungi saya untuk mendapatkan cadangan atau konsultasi berkenaan produk yang sesuai.

Pengedar sah Shaklee untuk makan sendiri dan tujuan bisnes di seluruh Malaysia

Nusaybah Anuwar 019-3832656

658 total views, 2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation