7 SEBAB SAYA SUKA SANGAT MAKAN LEMAK BERNAMA “LECITHIN”

Lecithin adalah lemak yang penting di dalam sel-sel badan. Ia boleh didapati dalam banyak makanan harian yang kita makan termasuk kacang soya dan kuning telur. Lecithin diambil sebagai ubat, digunakan dalam pembuatan ubat-ubatan, juga sebagai makanan tambahan dan pelembap kepada kulit.

Mengapa Lecithin Shaklee berbeza :

Ianya diekstrak daripada kacang soya organik bukan GMO (tidak diubah secara genetik), di mana setiap satu kapsul mengandungi :

520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol :

  • kolin – salah satu komponen neurotransmitter
  • inositol – komponen utama membran sel dalam tisu-tisu badan
  • asetikolina – bahan yang menghantar impuls mesej ke otak dan sistem saraf

Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan asetikolina, inositol, fosforus dan lemak tak tepu untuk menjalankan fungsi-fungsi berikut :

1. Lecithin berfungi sebagai pemecah lemak (fat emulsifier) semulajadi yang membantu badan menyerap nutrien larut lemak seperti vitamin A,D,E dan K

2. Lecithin berperanan sebagai pembersih salur darah yang menghalang lemak-lemak jahat daripada melekat pada membran

3. Lecithin bertanggungjawab melindungi hati dengan menghalang enapan lemak pada hati, mencegah sirosis hati yang merupakan organ penting dalam tubuh kita

4. Lecithin dikenali sebagai makanan otak dan saraf yang membantu sel-sel otak berkembang selain menajamkan memori dan memperbaiki daya ingatan

5. Lecithin berupaya menjadi pelembut najis yang berkesan kerana ia bertindak melembapkan usus dan meleraikan toksin-toksin yang terkandung di dalamnya

6. Lecithin dapat mencegah kejadian batu karang dengan mengemulsikan kolesterol berlebihan kerana 90% daripada batu karang terjadi kerana kadar kolesterol yang tinggi

7. Lecithin berkesan sebagai agen pelansingan yang boleh menghalang obesiti, memetabolisme lemak dan menyahkan kolesterol dalam tubuh

Pengambilan lecithin mampu membantu tubuh untuk membakar lemak dengan lebih cepat jika disertai dengan senaman atau aktiviti fizikal yang boleh mengeluarkan peluh.

Bukan tak boleh kurus kalau tak ambil unsur-unsur seperti lecithin ni, cuma bila dah ada “orang gaji” yang boleh bantu kerja-kerja pembersihan apa yang tak diperlukan dalam badan kita, tugas mencuci akan jadi lebih cepat.. kan?

Pengalaman dengan lecithin

Sejak selepas bersalin, saya memang mengamalkan lecithin, omega dan alfalfa complex sebagai suplemen wajib harian. Selain untuk kesihatan salur darah, personally saya memilih lecithin dalam diet untuk mengelak terjadinya masalah bengkak susu dengan ditemani oleh alfalfa sebagai penggalak susu.

Kalau dulu, masa dalam pantang memang selalu jadi bengkak susu ni. Breast bengkak, menegang, penuh dan berat tapi susu tersumbat tak mahu keluar. Sakitnya Ya Allah.. sampai demam-demam.

Sehinggalah saya mula diperkenalkan dengan lecithin yang berkesan memecahkan lemak-lemak susu yang terkumpul dan melancarkan perjalanan penyusuan saya selama ini. Dah lama tak tersumbat walaupun susu kekal menten. :)

OH Bestnyaaa Lecithin ni. Harga pun best. Sebotol hanya RM53, dengan 180 biji kapsul lembut yang mudah ditelan.

Dah 3 tahun pun saya makan. Memang sukaaa lahh!!!

Lecithin Shaklee

676 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation