7 SEBAB KENAPA GLA MESTI JADI TEMAN BAIK WANITA

Dulu masa zaman belajar, saya memang ambil suplemen EPO yang mama bekalkan setiap bulan. Ambil dan makan sebab mama kasi suruh makan. Tak tau sangat pun apa contents kat dalam dan apa fungsi. Bila kawan tanya saya jawab “alaa… suplemen kesihatan”. :)

Di kala orang lain tak kisah nak ambil tahu pasal makanan tambahan, saya pulak rajin menelan softgel minyak yang kenyal tu. Lagipun, best je sebab dia licin dan senang telan, laju je meluncur masuk ke dalam tekak. Hebat pulak rasa. :)

Masa tu kulit muka memang licin habis, walaupun tak putih gebus macam kawan-kawan yang lain. Setiap bulan period datang dengan setia, tak seperti sesetengah rakan seusia yang selalu miss period dan bila dah tiba masanya dia datang, sakit berguling-guling terpaksa mintak MC segala.

Ramai yang tau pasal EPO (Evening Primrose Oil) tapi tak banyak yang faham tentang apakah fungsi GLA yang terkandung di dalamnya.

Dulu saya tak tau, tapi sekarang tersenyum-senyum sendiri bila mengenangkan diriku yang sejak usia remaja sudah cenderung dengan makanan kesihatan.

EPO ni biasanya diambil oleh orang perempuan (wanita dewasa atau remaja) dengan tujuan untuk menstabilkan hormon dan menyerlahkan kecantikan.

kandungan GLA

 

 

 

 

 

 

EPO mengandungi GLA (Gamma Linoleic Acid) yg diekstrak daripada Evening Primrose Oil. Tetapi sayangnya ia hanya mengandungi 7-10% kandungan GLA sahaja.

GLA sama pentingnya seperti asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia tetapi hanya boleh diperoleh daripada sumber makanan.

3 sumber asli GLA yang utama :

  • Borage Seed – 17% – 25%
  • Blackcurrant – 15% – 20 %
  • Evening Primrose Oil (EPO) – 7% – 10%

Khasiat GLA ini semakin mendapat perhatian dan kajian, malah kini ia dikenali dan telah digunakan secara meluas di seluruh dunia.

Ada tak yang kenal dengan GLA Complex ?

Ramai yang tau tentang EPO (Evening Primrose Oil) tapi tak banyak yang kenal GLA Complex, sedangkan kedua-duanya membawa fungsi dan manfaat yang sama (malah ia berkali ganda lebih baik)

Nama lain bagi GLA Complex ialah EPO Shaklee.

Formulanya diekstrak daripada biji borage (borage seed) yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan, Kanada. Kelebihan borage jika dibandingkan dengan GLA ialah ia mengandungi :

  • 2x ganda lebih GLA drpd EPO
  • 3x ganda lebih dari segi bioavailabiliti (menyerap ke dalam sel dan tisu tubuh) dan
  • 3x ganda lebih berkesan daripada EPO sahaja

Kebanyakan GLA yang terdapat di pasaran dihasilkan dari EPO (Evening Primrose Oil), tetapi,

Gla Complex Shaklee merupakan kombinasi sempurna minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), lonolik asid (LA), minyak bunga matahari (sunflower oil) dan vitamin E.

Ia sangat digemari dan menjadi pilihan wanita kerana manfaat utamanya yang membentuk prostaglandin (bahan menyerupai hormon yang bertanggungjawab dalam beberapa fungsi semulajadi tubuh manusia) seperti :

SEBAB #1

Meransang peredaran darah yang sihat, merehatkan salur darah untuk peredaran darah yang lebih baik dan mengawal tekanan darah tinggi. GLA Complex berperanan mencegah pembekuan darah yang boleh menyebabkan penyumbatan pada arteri dan organ. Kalau satu saluran darah saja yang membeku pun dah sangat bahaya dan menjejaskan kesihatan, apa lagi kalau beberapa saluran yang terjejas. Bayangkanlah!

SEBAB #2

Mengawalselia hormon estrogen dan progesteron yang sama penting untuk lelaki dan wanita. Progesteron lebih tertumpu kepada sistem reproduktif wanita di mana ia bertanggugjawab untuk cycle period yang teratur, mengembangkan jaringan pada payudara serta mempersiapkan rahim untuk menanggung kehamilan. Di sinilah bagaimana GLA Complex membantu meningkatkan tahap kesuburan wanita. :)

SEBAB #3

GLA Complex berupaya memperbaiki simptom PMS ketika datang haid. Jadi, kaum wanita yang mengamalkan GLA Complex akan terhidar dari kesakitan yang melampau di sekitar perut, sakit kepala, cramp, sakit pada breast semasa menstruasi. Takdelah asyik berbaring sepanjang hari. Tak payah nak ambik MC setiap bulan. Mood pun takdelah kelaut, asik nak marah-marah je. :)

SEBAB #4

Melambatkan menopaus yang sering menjadi kebimbangan bagi kaum wanita yang biasanya terjadi sekitar usia 45-65 tahun. Menopaus terjadi apabila telur tidak lagi menghasilkan hormon estrogen dan progesteron. Dalam fasa ini, wanita akan mengalami beberapa perubahan fizikal dan emosi termasuklah stress, tekanan, sukar tidur dan sedih tanpa sebab. Bila dah lambat menopaus, proses penuaan juga pun akan berlaku lebih lambat. Inilah antara rahsia wanita yang kelihatan lebih muda daripada usia sebenar. :)

SEBAB #5

Menghalang komplikasi diabetis, mengawal paras insulin dan merendahkan paras kolesterol dalam darah. Risiko penyakit jantung koronari dan yang berkaitan saluran darah juga lebih rendah tau. Sebab tu nampak lansing je, berat badan pun susah nak naik bila rajin makan GLA Complex. :)

SEBAB #6

Di dalam GLA Complex terkandung agen anti-oksidan yang berupaya meningkatkan sistem imun tubuh serta menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser yang menjadi pembunuh senyap di kalangan wanita. Kanser serviks, ovari dan payudara adalah antara yang terkenal bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Sayangilah aset-aset kita ni kerana ia boleh buat suami sayang, dan boleh juga memutuskan kasih bila dah tak dapat berfungsi dengan baik. :)

SEBAB #7

Gabungan lengkap GLA dan ekstrak Vitamin E terbukti dapat memperbaiki tekstur rambut, menghindari pigmentasi, tidak kering, kurang gugur serta lebih cantik dan lembap. :)

Pada kebiasaannya, ketidakseimbangan hormon berlaku adalah disebabkan oleh corak pemakanan tidak seimbang dan gaya hidup yang tidak sihat.

Nak subur? Nak betulkan hormon? Nak kulit cantik dan mulus? Nak hilangkan jerawat? Nak pregnant? Nak langsing? Nak kurangkan sindrom PMS?

GLA Complex adalah jawapan yang anda cari-cari!

Alhamdulillah ramai pengguna GLA Complex yang telah menggunakannya dan sangat berpuas hati dengan hasil yang diperolehi. Period yang haywire sudah mula stabil, kulit makin cantik, yang belum dapat zuriat Allah perkenankan untuk hamil, yang ada cyst dan fibroid di rahim dan breast pun akhirnya mengecut sendiri, tak perlukan pembedahan.

Info Sihat : Pengambilan Omega-6 (daripada GLA) dan Omega-3 (daripada minyak ikan) yang seimbang akan dapat meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan. Oleh itu pengambilan makanan tambahan GLA bersama-sama minyak ikan memberi lebih kebaikan daripada pengambilan GLA sahaja.

Saya semestinya memilih gabungan GLA Complex dan Omega Guard Shaklee yang perfect dan terbaik! :)

Anda bagaimana ?

Hubungi saya untuk harga menarik dan konsultasi percuma. :)

Pengedar Shaklee Bangi, Putrajaya dan Cyberjaya

Nusaybah Anuwar  019-3832656

1,071 total views, 5 views today

Post Navigation