6+1 SEBAB BISNES SHAKLEE MAKIN DIMINATI DAN AHLINYA BERTAMBAH RAMAI HARI DEMI HARI

Sebelum buat apa-apa pilihan terutamanya yang berkait dengan bisnes, latar belakang dan sebab konkrit kenapa pilihan itu yang kita pilih adalah sesuatu yang WAJIB buat.

Herm.. tapi ada ke yang rasa benda ni penting? Ada ke orang yang nak consider faktor-faktor ni dulu sebelum start buat bisnes?

Kalau orang tu jenisnya macam saya, iye lah koott. Yang bukan jenis semberono nak jual barang, asalkan terjual. Yang bukan senang-senang boleh percaya kalau tak ada bukti yang sahih. Yang lain-lain daripada tu saya tak pasti. Ada je yang nak buat bisnes sebab nak banyak dapat untung dan cepat kaya kan?

Oh ye, introduction ni pun ada kaitan sebenarnya dengan pengalaman berbisnes gaya MLM satu ketika dulu yang taklah pahit sangat pun. Tapi memang tersangat memberi pengajaran.

Sebelum saya merasuk lebih jauh lagi, jom tengok apakah agaknya sebab musabab yang buat saya mahu serius dengan Shaklee dan rasa ia memang REAL BISNES YANG TERBAIK!

1. Sebuah syarikat nutrisi paling stabil dan dipercayai di Amerika Syarikat

Cakap pasal benda-benda yang stabil dan kukuh ni, jangan kata bisnes je.. tapi semua bab orang nakkan yang solid, kan? Syarikat kita nak bekerja dan rumah yang kita nak duduk. Betul tak?

Cuma bezanya yang lain-lain tu ialah samada kita layak atau tidak diterima bekerja di syarikat yang gah tersebut, samada kita mampu atau tidak nak beli rumah freehold yang kukuh dan tersergam indah.

Syarikat Shaklee Corporation sudah berusia genap 60 tahun. Lebih daripada setengah abad. Tak pernah gagal bayar bonus on-time. Tak pernah ada isu yang melanggar undang-undang. Sehingga hari ini, Shaklee telah membayar komisen bernilai lebih $6.7 bilion kepada para pengedarnya.

So, kalau nak cari produk nutrisi, carilah syarikat nutrisi. Mereka mesti pakar di bidang tu dan dah tahu selok-belok. Bukan asal-usulnya di bidang lain, tup-tup buat produk haramjadah.

Tugas kita cuma berkongsi perkara yang baik-baik supaya orang lain pun dapat manfaat yang sama. Kalau rumah mewah yang dimiliki itu cuma setakat harta dunia, tapi syarikat yang memberi manfaat besar kepada orang lain bakal jadi saham akhirat. :)

2. Kekuatannya terletak pada produk yang berkualiti dan terbukti berkesan

Bukan produk cap ayam. Bukan produk yang syok sendiri tepek label sendiri. Bukan produk calang-calang yang dibancuh di dapur belakang rumah. Bukan. Bukan. Bukan sama sekali.

Makanya, tak hairanlah bila tagline sentiasa selamat, berkesan dan semulajadi itu digunakan. Memang mereka dah buktikannya.

Baca Juga : Landmark Study bukti hanya Shaklee satu-satunya syarikat suplemen paling selamat di dunia dan boleh makan tanpa ragu-ragu

Bayangkanlah, multivitamin yang pertama dihasilkan adalah pada tahun 1915, itu masih juga dimakan sehingga hari ini. Dah berumur lebih daripada 100 tahun pun. Lagi lama daripada purata hayat umur manusia.

Buktinya, Shaklee tak gunakan celebriti atau orang berpengaruh untuk jadi duta-duta ternama sebaliknya pengguna mereka yang tegar ialah pengedar sendiri yang telah merasai pengalaman dan berpuas hati. Di sinilah ke mana perginya rewards berbentuk insentif wang tunai dan trip bertaraf 5 bintang yang diberikan kepada leader-leader Shaklee. Bukan habis dibayar untuk kos iklan atau media massa. :)

3. Marketing plan dan bonus perniagaan yang adil, halal serta dipatenkan

Bukan sahaja produk yang dipaten, tapi juga pembayaran bonus yang dipatenkan. Bonus dikira setiap month-end. Bermaksud cumulative points dikumpul pada setiap hujung bulan samada 28, 29, 30 atau 31 hari yang ada dalam bulan tersebut. Start bulan baru, point back to zero.

Kenapa dibuat begini?

Sebabnya bestt, sebab Shaklee nak bayar bonus dekat pengedarnya yang rajin berkongsi kebaikan produk Shaklee yang betul-betul baikk punya ni setiap bulan.

So, betul kan?

Kalau rajin, kalau komited, kalau tak putus-asa, Shaklee memang boleh jadi income tetap sepanjang hayat, boleh diwariskan turun-temurun ke anak-cucu juga tau.

Siapa yang berusaha, siapa yang sanggup korbankan senang-lenang, dia yang akan dapat habuan. Bukan sebab dia upline, bukan sebab dia daftar ahli lebih awal dia akan dapat insentif lebih banyak. Bukan. Ianya takkan mungkin berlaku.

4. Modal ahli atau caj pendaftaran keahlian yang sangat murah!

Memang tak masuk akal ni. RM68.90 seumur hidup! Apa yang anda akan dapat ialah Starter Kit Bag yang ada Panduan Berbisnes (Bisnes Manual) dan Buku Panduan Produk (katalog) beserta senarai harga barang.

Tak payah nak kena buat loan beribu-ribu semata-mata nak jadi ahli Shaklee ye adik kakak semua. Cuma bayar tak sampai RM100 pun untuk dapat lesen AJL93747 Shaklee untuk melayakkan diri kita menjual jaringan makanan kesihatan, produuk pembersihan diri dan kediaman yang ohsem ni!

Boleh baca lanjut di Ciri-ciri MLM Patuh Syariah yang boleh disertai tanpa risau makan duit haram

5. Banyak kelas-kelas dan bengkel yang dianjurkan secara PERCUMA!

Agree sangat bab ni. Saya ni, kalau cakap pasal kelas dan bengkel Shaklee, memang suka sangat pergi. FREE tu dah satu hal lah kan, tapi sebab yang paling utama ialah topik yang dikongsikan tu. Memang sangat high-class. Disampaikan oleh para ahli yang pakar di bidang masing-masing macam doktor, pakar nutrisi, pakar laktasi dan sifu-sifu online marketing yang semuanya memberi dengan fakta. Tak tahulah kalau kat luar berapa saya kena bayar untuk semua ni.

So, moral of da story, walaupun saya ahli perubatan atau farmasi, bukan juga pakar di bidang tertentu tapi saya masih boleh dapat ilmu yang sangat priceless ini untuk sebarkan pada bakal-bakal customer saya. Selain rasa lebih yakin dengan produk, saya juga dapat menjual dengan yakin pada customer yang kebanyakannya tak ambil tahu pun latar belakang produk. Membantu sangat untuk explain pada orang lain yang ramai belum tahu betapa pentingnya ambil makanan tambahan.

6. Ada sistem online yang sangat informative dan user friendly

Part ni memang sangat bestlah. Kalau masa mula-mula join ahli dulu antara sebab yang buat saya taknak berbisnes sebab inilah sebenarnya. Saya tak ada masa nak pergi beli barang. Tapi sekarang ni, wowww! Gempak sangat tau, memang tak ada alasan dah la nak tolak bisnes yang havoc gila ni. Memang rugii sangat kalau ada yang dah jadi ahli tapi tak nampak benda ni. Peluang cerah beb!

So, memang boleh buat style dropship. Caj pos pun cuma RM10.60 (termasuk 6% GST), flat rate. Tak kisahlah berapa banyak yang korang beli. Tak kiralah berapa berat barang yang korang nak poskan tu. Bukan style timbang kilo punya deh. Kat situ pun dah nampak sangat syarikat nak bantu kita sebagai pengedar ni.

Kos-kos tersembunyi tu diorang dah tanggung dah. Lagi best sebab kalau kita reach some points belian atau beli certain produk yang eksklusif macam Vivix, memang akan dapat layanan lebih sikit. Maksudnya apa tu? Maksudnya, caj postage akan jadi Foc – Free of Charge! Best kan?

Last but Not Least

7. Penjimatan sehingga 20% sekalipun untuk pembelian biasa setiap bulan

Betul. Yang tak berniat nak buat bisnes pun boleh enjoy harga dan promosi yang super duper jimat. Ahli-ahli yang mendaftar ahli hanya sebagai pengguna tetap boleh menikmati bonus belian dan ganjaran rebate wang tunai tau. Kalau yang tiap-tiap bulan beli atau yang memang amalkan suplemen, memang tersangatlah rugi kalau tak pilih Shaklee dan jadi ahli. Lagiiii rugi kalau memang dah daftar ahli dan jadi pengguna tegar sebab dah rasa #shakleeeffect tapi takmahu war-war kan kat orang lain. :)

Itu belum lagi diceritakan tentang Majlis Penganugerahan Tahunan yang dipanggil National Conference yang diadakan bagi menghargai pencapaian setiap leader yang telah berusaha keras sepanjang tahun.

Ini diakui sendiri oleh seorang selebriti terkenal yang katanya pernah join bisnes lain sebelum ini dan beliau mengakui bahawa Shaklee sangat berbeza.

Beza MLM Shaklee Dgn MLM Haram Jadah from iReach HD on Vimeo.

Memang berbeza kan? :)

Saya tak perlukan kedai fizikal. Saya tak pernah struggle simpan stok bertimbun-timbun. Produk yang beli banyak sikit masa promotion pun lajuuuu je orang beli sampaikan tak sempatlah nak buat spare untuk diri sendiri.

Saya sendiri serius dengan Shaklee sebab sejak pertama kali rasa sendiri kehebatan produk, saya sangat-sangat berpuas hati (walaupun tak terus decide nak berbisnes). Tapi kan.. lama kelamaan, rasa minat nak berkongsi pengalaman tu datang sendiri. Masa tu bukan niat nak bisnes lagi, tapi cuma rasa nak kongsi dengan orang apa yang saya dah rasa dengan Shaklee. Produknya memang ohsem! Bukan setakat claim-claim kosong, tapi dengan bukti sains dan kajian klinikal.

Saya bukanlah pandai sangat, bukan juga nak menunjuk pandai. Jauh sekali nak gantikan tugas doktor yang sememangnya pakar di bidang mereka. Saya cuma nak didik diri dan keluarga (Alhamdulillah, dah makin ramai yang terdidik) untuk mencegah sakit dan penyakit dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Memetik kata-kata pengasas Shaklee

I never belittle the medical profession but we are in two separate fields of endeavor. They are trained to treat disease and I’m interested in building health.

– Dr. Forest C Shaklee –

Kalau baca suratkhabar hari ni pun memang ramai yang membeli produk sebab harga murah tanpa fikir dulu kesan baik buruk pada kesihatan. Tak kisah dah tak ada kelulusan KKM. Tak peduli dah ada kandungan bahan kimia asalkan cepat nampak kesan.

Inilah yang saya risau sangat sebenarnya dan sangat komited dengan Shaklee. Tolonglah, sayangi diri anda dan keluarga. Nak tahu lanjut pasal vitamin Shaklee yang terbukti selamat, berkesan dan semulajadi tanpa kesan sampingan boleh roger saya ok!

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia

Nusaybah Anuwar 019-3832656

540 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation