7 KRITERIA PENTING MEMILIH PRODUK BERASASKAN PROTEIN SOYA

10 Ramadhan. Masih bertahan, sihat, ceria, gembira dengan 3 bintang hati. Alhamdulillah.

10 hari saya berpuasa ditolak dengan 2 hari tanpa sahur nasi, sebab terjaga lewat. Sedar-sedar je dah pukul 5.30 pagi. Cuma sempat shake-shake soy protein bersama minuman isotonik sihat perisa oren yang best. Production susu pun ok, tak terjejas. Sama macam hari tak puasa jugak. Masuk tahun keempat tahun ni. Syukur.

Pagi tadi sempat ke HQ Pinaccle, restock barang-barang dan penuhi orders yang bersusun. Sekali lagi adik Ain sufi jadi perhatian orang. Sebab gigih melasak tak penat-penat dah satu hal. Lagi satu sebab terlebih peramah senyum dengan orang tak kenal lepastu jinak-jinak merpati pulak bila orang nak ambik dia.

Buat kesekian kali, orang tanya-tanya, belek-belek adik, tengok ibu atas-bawah, ushar mana satu abi dia, jeling-jeling cover kulit kakak dia.. herm..

testimoni-esp-soy-shaklee-semasa-mengandung1

Cepat-cepat saya cakap, “ni baby Shaklee nih”

Dan terus dia respons “oh..patutlah putih lain sikit.. sigh!

Apa kaitan baby putih dan Shaklee?

Entah. Saya pun tak faham apa yang kakak tu fikir. Tak pasti apa maksud sebenar dia.

Tak ada bukti saintifik. Tapi saya selalu dengar orang kata kalau minum soya masa mengandung nanti baby lahir kulitnya jadi putih.

And yang saya tau, saya memang ambil serbuk soya Shaklee masa mengandungkan adik. Mula-mula tu konon-konon je sebab terus terang saya cakap saya tak berapa lalu nak telan. Tapi lama-lama, bila dah sembang dengan ramai geng-geng Shaklee yang suka share resepi bancuhan, saya pun semakin pandai minum. Dengan kata lain, saya jadi semakin kreatif. Oh, baru saya tau sedap rupanya bila goncang dengan air sejuk, bancuh dengan favourite drinks.

Klimaksnya bila saya start minum soya tu hari-hari. Sebab masa tu bulan puasa. Saya memang semahu-mahunya nak puasa penuh, jadi saya seboleh-bolehnya ikhtiarkan apa saja supaya saya dapat melalui Ramadhan dengan baik. Jadi, hari-hari saya minum soya bancuhan selepas makan nasi dan seulas dua buah kurma masa waktu sahur. Nasi memang takboleh tinggal sebab saya tekak orang kampung melayu asli.

Hasilnya, ALHAMDULILLAH. saya dapat berpuasa penuh. Tak ada masalah low HB. Denyut jantung baby semua ok. Almost everything was fine walopun masa tu saya dah di fasa-fasa akhir pregnancy. Badan saya pun tak rasa lesu, in fact boleh masak untuk berbuka dan bersahur setiap hari lagi. :)

Siapa yang tak seronok kan? Dalam kes saya ni, saya bukan seronok lagi dah, tapi seronok sangat-sangat.

Oh ya, selain tu ada beberapa sebab lagi yang buat saya percaya dan mula rajin minum soya Shaklee ni.

biji kacang soya bebas GMO selamat dan bermanfaat untuk kesihatan

 

 

 

 

 

Di sini saya kongsikan serba sedikit kriteria/panduan/guideline untuk memilih suplemen atau makanan tambahan yang mengandungi unsur kacang soya :

1. Kacang soya atau soybeans itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organik

Kenapa soybeans mesti ditanam secara organik? Sebab kajian penananaman secara kimia (bukan organik) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan. Dan dari segi kajian juga, sudah terbukti ada hubungkaitnya antara soya, kanser dan nitrates. Jadi amatlah penting pesticides, fungicides, and herbicides yang kebiasaannya terkandung di dalam baja dan racun serangga tidak digunakan disepanjang proses tumbesaran soybeans ni.

2. Kacang soya atau soybeans itu mestilan Non GMO ( tidak dihasilkan/diubah secara genetik)

Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered? Sebab secara umumnya, soybeans dari jenis genetik ni adalah lebih mudah dan murah untuk dihasilkan (ianya lebih kurang dengan vitamin sintetik dan vitamin natural). Kebanyakan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos dan semestinya menggunakan soybeans yang dihasilkan secara genetik kerana selain kosnya yang lebih rendah, ia juga dapat menghasilkan lebih jus kerana telah melalui proses GMO (ini pula sama seperti ayam cucuk yang lebih cepat membesar, gemuk dan banyak isi jika dibandingkan dengan ayam kampung yang membesar dan hidup secara semulajadi).

Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan, berdasarkan kajian toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan ke dalam sel tumbuhan.

3. Soy protin itu mestilah mengandungi 9 asid amino perlu

Ini adalah ciri yang amat penting. Tubuh badan kita memerlukan kesemua 9 asid amino ini untuk menghasilkan hormon, jus penghadaman, antibodi dan enzim bag perjalanan sistem tubuh secara keseluruhan. Jika salah satu daripadanya terjejas, sistem imun juga akan menurun dan sebilangan fungsi tubuh akan turut terganggu.

If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.

4. Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mestilah dibersihkan dengan air, bukan dengan alkohol

Ini kerana alkohol bukan sahaja haram bagi umat islam, malah ia juga akan turut memusnahkan kandungan isoflavone….. up to 88%! Sedanglan isoflavone itu sangat penting dan diperlukan untuk mengurangkan risiko kanser paru-paru dan sebagainya. Isoflavones juga bermanfaat dalam peningkatan hormon dan kenaikan jisim tulang.

5. Bahan anti-thyroid/anti-growth substance dalam soybeans mesti disingkirkan

Kacang soya yang mentah mengandungi bahan “anti-growth” dan “anti-tyrosine”. Sedangkan seminary tubuh kit mengalami kekurangan bahan-bahan ini, ia akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome.

Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.

6. Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan

Amino acids sangat sensitive dengan suhu yang panas. Terdapat kajian yang menunjukkan protein yang dimasak dengan suhu yang tinggi yang telah memusnahkan 50% darpada kandungan asid amino yang terkandung di dalamnya. Begitu jugalah dengan sumber protein lain seperti daging, telur dan ayam yang dimasak terlalu lama atau terlebih masak (overcooked). See, rugi je kan makan protein yang dah hilang zat dan nutrisi macam tu hari-hari.

In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result

7. Soy isolate itu mesti ditambah dengan unsur kalsium

Kenapa? Terdapat kajian/artikel yang melaporkan bahawa serbuk soya adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang. Oleh yang demikian, unsur kalcium yang secukupnya mesti ditambah dalam sesuatu protein soya itu untuk meneutralkannya semula. Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah kalsium yang cukup menyebabkan khasiat soya yang sebenar telah terjejas dan memberi kesan yang tidak baik terhadap kesihatan orang yang mengambilnya.

Demikianlah serba sedikit yang saya boleh kongsikan tentang ciri-ciri protein soya yang baik untuk dipilih. Dan yang paling best, protein soya Shaklee yang diberi nama ESP yang saya minum, memenuhi kesemua ciri-ciri di atas.

Jadi, inilah sebab saya memilih dan buat keputusan untuk produk soya yang satu ni. Setelah bermacam-macam cerita yang saya dengar tentang keburukan soya, jangan makan soya, elakkan minum soya sebab nanti kulit bayi jadi sensitif, nanti bayi dapat allergi, dan banyak lagi yang tak syok.

Betullah kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Bila dan kenal, apa pun orang kata, tetap cinta jugak-jugak. tak kira dah. hehehe… Saya ni gara-gara dah kenal dan jatuh cinta lah ni..

1,073 total views, 1 views today

2 Thoughts on “7 KRITERIA PENTING MEMILIH PRODUK BERASASKAN PROTEIN SOYA

  1. Pingback: PETUA MENGHILANGKAN JERAWAT DI MUKA | Nasuha Vita Life

  2. Pingback: 5 PETANDA PROTEIN TAK CUKUP DAN AWAK PERLUKAN LEBIH LAGI | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation