7 GEJALA TUMBUH GIGI YANG HARUS IBU TAHU

Semalam genap umur adik Ain Sufi 10 bulan. Di usia ini, adik dah ada 4 batang gigi, 2 batang di atas dan 2 lagi di bawah. Padanlah seminggu-dua ni asyik suam-suam je badan dia. Nak tumbuh gigi rupanya. Seingat saya dulu, kakak Iman Nasuha agak lambat tumbuh gigi. Tapi yang si adik ni serba serbi cepat. Ni dah mula menapak dah. Sokmo nak ibu pegang tangan dia bawak berjalan. Kemain laju tekan minyak.

Ok, back to topik yang rasa nak share pasal gigi baby hari ni. Kalau dilihat carta perkembangan tumbesaran bayi atau ditanya secara general pada doktor kanak-kanak, secara umumnya, bayi mula tumbuh gigi pada usia 6-12 bulan dan akan keluar sepenuhnya ketika berumur 24 bulan. Kemunculan gigi pertama adalah petanda yang menunjukkan bahawa bayi anda sedang membesar.

Pertumbuhan gigi bayi juga terjadi dalam bermacam-macam keadaan dan sangat bervariasi. Ia juga bermakna bukan setiap kali gigi tumbuh, bayi akan berasa sakit. Sifat pertumbuhan gigi itu sendiri sudah sangat bervariasi di mana mungkin ada gigi yang tumbuh secara rapat dan ada juga yang jarang-jarang. Kepadatan jaringan gigi yang akan ditembusi inilah yang menyebabkan kesakitan.

Jika tiada masalah pada pertumbuhan gigi, ibu-ibu boleh menarik nafas lega dengan membiarkannya tumbuh tanpa perlu risau akan bayi yang demam dan selalu meragam sebab tak tahan sakit tumbuh gigi.

Berikut adalah beberapa gejala yang dapat dilihat sebagai petanda gigi bayi sedang mula tumbuh :

bayi tumbuh gigi

 

 

 

 

 

1. Air liur meleleh dengan banyak

Ini adalah salah satu petanda yang paling ketara menunjukkan bayi anda sedang tumbuh gigi terutamanya di sekitar umur 6 bulan ke atas, setelah dia mula diberikan makanan pejal. Ada bayi yang suka menyembur-nyembur air liurnya semasa disuap makan dan ada pula yang lansung tidak sedar sedang tumbuh gigi kerana ianya lansung tidak menyakitkan.

2. Rasa gatal pada gusi

Semasa tempoh ini, si manja anda akan suka menggigit apa sahaja benda yang dapat dicapai atau dipegangnya. Ibu boleh memberikan biskut bayi yang agak keras tetapi akan hancur jika terkena air liur. Boleh juga diberikan mainan khusus untuk bayi yang boleh digigit dan tidak membahayakan mereka. Selain itu, lobak kecil yang telah direbus juga boleh diberikan untuk dijadikan teether kerana selain ianya menyihatkan, boleh juga mengajar si manja suka pada sayuran.

3. Bayi meragam dan merengek

Keadaan gusi yang gatal ataus sakit membuatkan bayi merengek kerana dia belum mampu untuk bercakap bagi menzahirkan apa yang sedang dirasai. Akibatnya, bayi yang baru tumbuh gigi akan sentiasa meragam. Hanya sentuhan dan pelukan ketenangan daripada anda akan membuatkan mereka merasa nyaman dan selesa. Dakap dan dukunglah bayi anda beberapa ketika untuk mengalih perhatiannya dari rasa tidak selesa dengan bermain bersama-sama si kecil yang sedang tumbuh gigi.

4. Gusi kemerah-merahan

Periksa gusi si manja apabila dia mula meragam dan menggigit semua benda yang hampira dan berada di sekelilingnya. Gusi yang kelihatan kemerahan memberi signal kemungkinan bahawa giginya akan tumbuh dalam waktu yang terdekat.

5. Tiada selera makan

Rasa tidak selesa pada mulut kerana tumbuh gigi boleh membuat anak anda malas makan atau mengunyah makanan yang masuk ke dalam mulutnya. Ia sedikit sebanyak akan menjejaskan nafsu makan bayi. Walaubagaimanapun, anak tetap perlu makan. Justeru itu, tetap berikan makanan pada anak, sedikit tetapi kerap. Usahakan dengan memberikan makanan yang lembut dan mudah untuk ditelan.

6. Mengalami demam

Kebanyakan bayi akan mengalami demam semasa tumbuh gigi. Namun, ibubapa tidak perlu bimbang kerana demam tersebut tidak akan begitu panas. Walaubagaimanapun, jika panasnya terlalu tinggi (melebihi 38 darjah celcisu) berjumpalah dengan doktor untuk mendapat tahu apakah puncanya.

7. Tidur terganggu

Anda mungkin terpaksa berjaga malam untuk menenangkan seorang kanak-kanak yang sedang menunggu giginya menembusi gusi. Kesakitan yang dialami akan membuatkan bayi tidak selesa. Ia secara tidak lansung akan mengganggu tidur bayi yang hanya tidur sekejap-sekejap sekitar seminggu sebelum gigi tersebut keluar dan bayi akan berasa lega sebaik sahaja gigi sudah muncul. Ia akan hilang sendiri tanpa rawatan dan tidak memerlukan rawatan melainkan jika bertambah teruk dan memudaratkan kesihatan bayi anda.

gusi gatal dan demam adalah antara petanda bayi sedang tumbuh gigi

Pertumbuhan gigi bukanlah satu tahap perkembangan yang akan dicapai oleh bayi secara sekaligus. Peralihan dari senyuman bergusi ke sebuah mulut penuh dengan gigi adalah perjalanan yang akan mengambil masa tiga tahun pertama anak anda. Pada usia 3 tahun, kebanyakan kanak-kanak akan mempunyai semua gigi pertamanya atau juga dikenali sebagai gigi susu. Gigi susu adalah gigi sementara yang kelak akan digantikan dengan gigi baru yang lebih kuat.

Tidak ada 2 orang bayi yang mempunyai jadual pertumbuhan gigi yang sama. Jadi, elakkan daripada membandingkan bayi anda dengan bayi kawan-kawan anda atau ibu-ibu lain walaupun umur anak lebih kurang sebaya. Pertumbuhan gigi adalah mengikut keturunan, jadi jika anda mendapat gigi anda awal, barangkali anak anda akan sama juga.

Penting dan perlu diingat bahawa pertumbuhan gigi tidak sepatutnya menyebabkan demam yang teruk, masalah tidur, cirit-birit atau pertahanan tubuh yang lemah terhadap jangkitan. Ia bergantung kepada daya tahan tubuh bayi yang sememangnya berbeza-beza.

Tengok anak tumbuh gigi, terus rasa nak cakap pasal gigi. Yang si kakak sekarang pun dah makin rajin gosok gigi, takpayah suruh dah. Walopun hakikatnya Tak berapa ingat sebenarnya simptom kakak dulu, sebab tau-tau je dah takmau makan makanan lembik-lembik. Sekejap je rasa saya suap kakak makan puree, bubur segala. Lepas tu dah nak makan benda pejal-pejal yang boleh kunyah sendiri. tapi to be exact umur berapa bulan masa tu saya memang tak ingat. ahahaha. Dah masuk dua anak pun, masih lupa-lupa. Ok, baru dua. Belum dua belas atau dua puluh anak. Hehehe..

8,417 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation