7 CIRI MINUMAN SOYA YANG BAIK DAN SELAMAT DIAMBIL DALAM JANGKA MASA PANJANG

Soya.

Banyak sungguh isu yang timbul, tenggelam, tenggelam, timbul dan timbul pasal kacang putih kuning ni. Terkenal sungguh kan dia.

Soya adalah satu spesies kekacang yang berasal dari Asia Timur, yang ditanam secara meluas untuk dikomersialkan dan mempunyai banyak kegunaan.

Kacang soya adalah antara sumber terbaik protein berasaskan tumbuhan yang mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral

Antara jenis-jenis protein utama yang terdapat dalam kacang soya adalah glycinin dan conglycinin, yang membentuk kira-kira 80% daripada jumlah kandungan protein dimana ia juga boleh mencetuskan reaksi alahan atau alergi pada sesetengah orang.

Negara-negara utama yang merupakan pusat penanaman ladang soya yang besar adalah Amerika Syarikat (32%), Brazil (31%) dan Argentina (18%).

Sumber : Wikipedia.

Disebabkan soya adalah antara sumber protein paling seimbang dan murah, permintaan terhadap kacang soya menjadi antara yang tertinggi. Oleh sebab itu, kacang soya menjadi salah satu daripada tanaman yang melalui proses “bioteknologi makanan”

Ini bermaksud ia melalui proses pengubahsuaian genetik, bagi memastikan bekalan bagi permintaan yang hangat sentiasa dapat dipenuhi. Mahu atau tidak, samada kita tahu atau tidak, sebahagian besar daripada sumber asal kacang soya memang telah diubahsuai secara genetik sejak daripada tahun 1995 lagi.

Jadi, di sinilah tugas dan tanggungjawab kita untuk mengambil cakna tentang maklumat nutrisi sumber makanan yang kita ambil.

Saya kongsikan 7 ciri soya yang baik dan selamat diambil dalam jangka masa panjang :

1. Ditanam secara organik.

Tidak menggunakan baja kimia dan racun serangga. Penggunaan baja kimia akan menyebabkan hasil soya itu nanti rendah khasiat, tetapi tinggi nitrat. Kajian yang telah dilakukan mendapati penanaman secara kimia (bukan organik) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan. Ia terbukti ada hubungkait antara kanser yang paling ditakuti. Jadi amatlah penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses tumbesara soybeans atau kacang soya ini.

2. Tidak menjalani pengubahsuaian genetik.

Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered? Sebab secara umumnya soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik dan vitamin natural). Kebanyakan syarikat akan mencari cara paling mudah dengan kos yang rendah untuk penjimatan dan hasil yang lumayan. Berdasarkan kajian juga, Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan kacang soya yang melalui pengubahsuaian genetik akan menghasilkan toksin  tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan di dalam sel tumbuhan tersebut.

So lepas ni kena berhati-hati dengan benda yang murah. Jangan asal murah je, laju-laju berebut beli. Banyakkan mencari info dan belajar baca label ya. :)

3. Mengandungi 9 jenis asid amino penting

9 jenis asid amino penting ini tidak dapat dihasilkan oleh tubuh secara semulajadi dan mesti diambil daripada sumber makanan. Ini adalah antara ciri yang amat penting. Badan kita memerlukan kesemua 9 elemen ini untuk menghasilkan hormon, jus penghadaman, antibodi dan enzim untuk memastikan sistem tubuh dapat berjalan dengan lancar. Jika salah satunya tidak lengkap, banyak fungsi semulajadi tubuh akan terjejas, termasuklah kelemahan sistem imun untuk melawan penyakit.

4. Menyingkirkan bahan anti-thyroid dan anti-growth

Kacang soya yang mentah mengandungi unsur “anti-growth” dan “anti-tyrosine”. Kewujudan bahan-bahan ini akan menyebabkan kadar tekanan darah yang rendah, suhu badan menurun, dan gejala lenguh pada bahagian kaki. Oleh itu, syarikat dan jenama yang mengasingkan kedua-dua unsur ini semasa proses mengekstrak sumber kekacang, tetapi masih juga dapat mengekalkan keaslian soya adalah yang terbaik. Ini bagi memastikan kandungan asid amino dan isoflavones tidak terjejas.

5. Dibasuh dengan air, bukan alkohol

Dalam proses pembuatan protein soya, soyflakes atau kepingan soya mestilah dibersihkan dengan air bukan alkohol. Sebabnya?

Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam proses pemprosesan.

Pertama yes – isu halal dan haram. Dan sikit atau banyak penggunaannya alkohol sudah jelas haram. Kedua –  Kalau dicuci dengan alkohol ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone….. up to 88%! Sedangkan isoflavone itu sangat diperlukan untuk mengurangkan risiko kanser payudara, paru-paru. (Di sinilah orang selalu salah faham dengan menganggap semua soya sama)

Isoflavones juga bermanfaat dalam membantu keseimbangan hormon dan menaikkan berat tulang.

Jadi pastikan juga minuman atau makanan berasaskan protein kita diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Selain itu, kacang soya yang dibasuh dengan alkohol akan turut mengurangkan isoflavones (bahan yang boleh merendahkan risiko kanser)

6. Ditambah dengan kalsium untuk meneutralkan semula

Kajian juga mendapati bahawa kacang soya yang diproses akan dibuang minyak, menjadikannya sangat berasid dan boleh menyebabkan kerapuhan tulang. Oleh itu ia mesti ditambah unsur kalsium yang secukupnya bagi meneutralkannya semula.Kebanyakan pengusaha pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium sehingga mengakibatkan produk soya yang diambil tidak memberi manfaat kesihatan.

7. Tidak melalui proses pemanasan yang bersuhu tinggi

Proses pembuatan protein soya yang paling baik ialah tanpa melalui pemanasan. Asid amino sangat sensitif dengan suhu yang panas. Dalam beberapa kajian yang telah dilakukan, sumber protein yang dimasak akan memusnahkan sehingga 50% asid amino tambahan yang terkandung di dalamnya.

Proses pemanasan dengan suhu yang tinggi akan memusnahkan kandungan protein dan zat yang terkandung di dalam kacang soya tersebut.

Seorang yang selalu mengamalkan diet rendah protein dan tidak mendapat bekalan asid amino penting yang mencukupi akan mengalami gangguan tumbesaran, terbantut serta boleh juga menyebabkan ketidaksempurnaan dalam pertumbuhan janin di dalam kandungan.

Cukup tujuh.

Agak-agaknya lah kan, air soya kotak yang kita minum hari-hari tu ada tak semua ciri ni?

Taufufa yang kita suka sangat beli di pasar malam tu memenuhi tak tujuh kriteria ini?

Haaa.. sebab itulah ramai yang salah faham, salah sangka dengan soya sebab memang banyak kontroversi pasal kacang yang satu ni.

Tapi sebelum membuta tuli, kena tau dulu fakta. Kena rasa sendiri perbezaan satu produk soya dengan yang lain sebab memang ada yang kualitinya tip-top dan memenuhi kesemua ciri-ciri yang disebutkan di atas.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh saya tak kata!

ESP – Minuman soya pertama dicipta di dunia. Bukan sekadar soya biasa. :)

protein soya terbaik dan pertama di dunia

ESP dahulu – 1961

esp soya terbaik di dunia

ESP sekarang – 2016

Hebat kan?

Mestilah hebat. Produk dengan jenama yang dah bertahan lebih 101 tahun.

Saya bangga sebagai pengguna produk.

Hubungi saya untuk order dan konsultasi eksklusif.

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia.

COD available sekitar Bangi dan Kajang.

Nusaybah Anuwar

019-3832656

636 total views, 2 views today

2 Thoughts on “7 CIRI MINUMAN SOYA YANG BAIK DAN SELAMAT DIAMBIL DALAM JANGKA MASA PANJANG

  1. Pingback: ALAHAN PROTEIN LEMBU DAN SOYA PUNCA EKZEMA | Life is a Story

  2. Pingback: KENAPA ESP SHAKLEE TAK BAHAYA DAN BERKESAN | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation