7 CARA MENJAGA LUKA JAHITAN BERSALIN CEASER SUPAYA CEPAT SEMBUH

LSCS – Lower segment ceaserian section.

Pengalaman pertama seumur hidup, setelah 33 tahun bernafas di atas muka bumi.

Mama kata, saya ni dulu beranak kat rumah je. 3.4 kg. Normal dan natural birth. Kata mama, orang dulu-dulu kalau bersalin anak sulung dapat normal dan tak ada masalah, anak kedua memang akan disuruh bersalin kat rumah je, pakai bidan. Dulu-dulu, hospital tak banyak macam sekarang. Maka, yang betul-betul perlu je yang kena pergi beranak kat hospital.

Trauma.

Macam over pulak kalau disebut perkataan ni. Tapi, hakikatnya memang itulah yang berlegar di fikiran selepas 3 hari terpaksa menghuni wad after birth. Kalau selak rekod discharged sebelum-sebelum ni, bersalin anak pertama tak sampai 24 jam, anak kedua pun sehari setengah je, tup-tup anak ketiga ni sampai 3 hari!

Tempoh penyembuhan

10-14 hari masa untuk kulit bercantum semula. Sama macam bersalin normal dengan jahitan luka episiotomi.

42 hari atau 6 minggu untuk penyembuhan sepenuhnya semua jenis luka pembedahan selagi tak ada apa-apa masalah atau jangkitan kuman.

Lapisan dalam rahim. Lapisan selaput. Lapisan kulit itu sendiri.

Ada 7 lapisan kesemuanya.

After all, syukur alhamdulillah semuanya dah selamat dan dipermudahkan.

Walau sakit kalini mengalahkan rasa masa anak sulung dulu, tapi bila dapat tengok muka baby, dapat bau mulut baby, dapat cium pipi baby, semua rasa tu bagaikan lesap ghaib dan hilang tiba-tiba.

Berapa lamakah luka ini akan betul-betul sembuh ?

Semua jenis luka boleh sembuh sepenuhnya dalam masa 42 hari iaitu selepas 6 minggu.

Walaubagaimanapun, masih lagi perlu berhati-hati dan jaga pergerakan :

1. Elakkan pekerjaan yang lasak atau bebanan berat

2. Jangan angkat barangan berat (sekalipun dukung anak sendiri)

3. Sekiranya inginkan luka cepat sembuh, pengambilan makanan seimbang penting. Pastikan tubuh cukup vitamin. Amalkan makanan yang kaya dengan vitamin C untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka.

4. Makan sayur dan buah-buah yang banyak kerana kandungan seratnya boleh mengurangkan sembelit. Akan tetapi sekiranya sudah lebih 14 hari namun luka masih tidak sembuh, jumpalah doktor segera kerana dikhuatiri ada jangkitan yang tak nampak pada mata kasar kita.

5. Selepas bersalin, ibu sangat digalakkan untuk mengambil multivitamin supaya dapat memenuhi banyak keperluan nutrisi yang lompong dan mengembalikan tenaga.

6. Berhati-hati dengan pengambilan ubat-ubatan tradisional – dikhuatiri dos atau kandungannya akan membahayakan kesihatan ibu.

7. Apabila luka sudah molek bercantum, ia boleh disapukan dengan Vitamin E untuk mengurangkan parut atau juga dikenali sebagai ‘keloid’

Keloid wujud akibat reaksi tubuh terhadap luka. Hal ini berbeza antara seorang individu dengan yang lain. Walau bagaimanapun, sebelum vitamin E disapu, pastikan luka tersebut sudah betul-betul kering.

Baca : Akhirnya, parut keloid yang hodoh hilang dengan amalan ini!

Bila mengenangkan macamana susahnya nak bergerak hari pertama selepas bersalin tu, memang ngeri dan rasa serik dah nak mengandung.

Setiap kali nak beralih tempat pun, sakitnya tu Ya Allah.. tak terungkap. Terpaksa minta belas ihsan orang lain. Mujur husband ambil cuti lama.

Nak Luka Pantang Cepat Sangat Sembuh, Walaupun Caesar? from iReach HD on Vimeo.

Saya sendiri dah rasa apa yang wanita ini rasa.

Kesan rasa sakit yang harus ditanggung selepas bersalin pembedahan bukan main-main. Kalau masa anak nombor dua dulu sejam yang pertama dah boleh terus breastfeed. Tapi anak yang ini, paling lambat dapat skin to skin.

Ibunya terbongkang tidur dekat wad, dan anak duduk di nursery baby. Baki ubat bius dah buat saya nak uruskan diri sendiri pun tak mampu. Dengan tiub kencing yang masih terpasang.

Mujurlah ada Set Berpantang Shaklee yang dah boleh terus makan sebaik saja lepas bersalin. Kali pertama dapat berpantang dengan sirap Vivix ni memang ohsem.

Kandungan bahan dalam Vivix yang kaya dengan anti-oksidan membantu pertumbuhan sel-sel baru dengan cepat, membantu memulihkan luka supaya bercantum dengan baik. And of course mengurangkan juga rasa sakit.

Percaya atau tidaklah, saya lansung tak ambil pain killer “celebrex” yang doktor bekalkan masa kat rumah. Hanya bervivix 1 sudu sehari sebelum tidur atau awal pagi. Sepanjang 3 hari di wad, seluruh badan jadi gatal-gatal dengan ubat tu. Bila baca-baca, memang ada kesan itchy dengan ubat tu pada sesetengah orang. Alahan ubat barangkali. Maka saya stop.

Kalau dulu selalu dengar pengalaman orang lain je, kali ni dah rasa sendiri. Macamana sakitnya beranak ikut tingkap, yang bersambung-sambung even dah discharged dari hospital.

Nurse yang datang visit kat rumah terkejut bila saya bagitau bersalin ceaser sebab dia ternampak saya berlari. Hehehe. Gara-gara tak sangka nurse datang hari Ahad, kantoi maktang lari masuk toilet. Bila baring nak spotcheck dia kata “cantik jahitan luka ceaser awak” walau maktang pun tak berani nak tilik jahitan luka sendiri. Ngilu.

Mama pulak kata, “awak ni tak macam orang dalam pantang, muka berseri tak pucat lansung” hehehe. Alhamdulillah. Asbab Shaklee. Teman berpantang saya.

Life is a Story
Facebook: Nusaybah Anuwar
FB Page: i-Nutrisi / Tips Hamil Sihat dan Cantik
Shaklee ID: 932852
Emel: imanusaybah@gmail.com
Contact No: 019-3832656

“You’re the writer of your life”

 

548 total views, 2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation