6 TIPS MEMERAH SUSU DI SEKOLAH

Kerjaya sebagai ibu adalah jawatan seumur hidup. Tarikh luputnya pula hanya apabila roh dicabut daripada badan. Turun temurun sejak di zaman nenek-nenek dan emak-emak kita lagi, wanita adalah seorang pekerja, cuma yang membezakannya ialah wanita di zaman dahulu bekerja di rumah, ladang atau sawah padi yang tidak memerlukan mereka berjauhan dengan si anak.

Apabila zaman mula berubah, ramai wanita yang mula bekerja jauh daripada rumah dan terpaksa berpisah dengan anak dalam tempoh masa yang lama. Di Malaysia, hampir 47% pasaran dunia pekerjaan adalah di kalangan wanita dan majoritinya ialah ibu-ibu muda dalam lingkungan umur 20-an.

Ramai juga bakal-bakal mertua yang mengidamkan menantu yang bekerja dan antara kerja yang disukai dan mendapat undian tertinggi adalah guru! Saya sendiri dulu pun seronok nak jadi cikgu sebab kononnya senang nak pikat hati mak mertua. hehehe. Boleh begitu?

Namun, kerjaya sebagai seorang guru tidaklah semudah yang disangka dan difikirkan, hanya seorang guru yang telah merasainya mengerti dan faham dilema seorang guru yang bukan sekadar dapat cuti tahunan yang banyak sama seperti jadual persekolahan.

Seperti yang diketahui, workstation utama seorang guru adalah di dalam kelas, di hadapan pelajar yang dikasihi, bukan hanya di partition atau di luar kawasan. Di bilk guru pula, tempat yang telah disediakan adalah terlalu terbuka dan menjadi laluan keluar masuk guru-guru lain yang berlainan jantina juga.

Bagaimana pula jika ibu yang bertugas sebagai guru ini ingin memerah susu ketika sedang dalam tugasnya?

Jom semak satu-persatu.

Mom Tips

Mom Tips

Tips memerah susu di sekolah :

1. Berbincanglah dengan guru besar atau pengetua berkenaan hasrat mahu memerah susu di sekolah. Sebaik-baiknya perbincangan dilakukan lebih awal, sebelum melahirkan lagi supaya pihak sekolah boleh merancang sesuatu dengan pihak pentadbiran untuk golongan ibu-ibu menyusu seperti anda!

2. Berbincanglah dengan guru yang menyediakan jadual waktu supaya dapat memberi waktu senggang pada waktu pagi dan petang untuk memberi peluang memerah susu pada waktu tersebut. Atau anda juga boleh berkongsi tentang jadual memerah yang telah dirancang serta cadangan waktu memerah yang sesuai agar boleh disesuaikan dengan jadual waktu mengajar.

3. Sediakan peralatan mengepam yang sesuai dengan rutin mengepam anda di sekolah. Selain itu, alat bantuan seperti tisu basah dan tisu kering akan memudahkan kerja-kerja pembersihan peralatan mengepam. Adalah lebih baik jika ibu dapat menyediakan double pam berkuasa bateri dengan alat bebas tangan yang diletakkan dalam beg berzip yang mudah dibawa ke mana sahaja.

4. Elakkan daripada terlalu terikat dengan jadual memerah. Adakalanya ibu perlu mengubahsuai jadual berikutan terdapatnya aktiviti yang dianjurkan di sekolah atau terlibat dengan tugas khas yang diarahkan. Perah sahaja sekiranya berkelapangan bagi memastikan permintaan terhadap susu badan dapat dikekalkan dan penghasilannya juga sentiasa berterusan mengikut keperluan bayi. Harus diingat, formula demand vs supply adalah sangat penting!

5. Berbincanglah dengan rakan-rakan yang turut sama memerah berkenaan tempat-tempat yang sesuai dijadikan tempat mengepam susu. Dapatkan petua dan tips daripada mereka yang lebih dulu berpengalaman berkenaan cara membahagikan masa dengan baik bagi menjalankan aktiviti memerah. Tataplah gambar buah hati anda sewaktu sedang memerah agar dapat meransang hormon prolaktin yang boleh menggalak penghasilan susu badan.

6. Bergaullah dengan guru-guru lain yang lebih berpengalaman. Berkongsi maklumat dan ilmu penyusuan dengan rakan-rakan sekerja pada awal kehamilan adalah suatu tindakan yang bijak. Ia dapat mengelakkan rasa tidak puas hati rakan-rakan sekerja yang tidak memahami penyusuan dan keperluan memerah di sekolah sewaktu berjauhan dengan anak.

7. Sentiasalah mencari maklumat berkenaan kebaikan dan manfaat susu ibu agar anda sentiasa bersemangat meneruskan perjuangan sebagai ibu menyusu. Semakin anda faham dan dapat mendalami akan kepentingan penyusuan yang merupakan fitrah dan tanggugjawab setiap ibu, anda akan lebih mudah menyempurnakannya walau dugaan dan cabaran silih berganti.

Panduan memilih pam yang sesuai untuk ibu bekerjaya, klik SINI

img_19_guru_besar

Walaubagaimanapun, komitmen pada tugas harus juga dititik beratkan dan tidak diambil ringan. Seorang guru di sekolah atau pendidik di pusat pendidikan pasti akan lebih menghargai masa yang terluang bagi menyelesaikan kerja-kerja di sekolah dan akan lebih bijak menguruskan masa agar lebih banyak perkara dapat dilangsaikan.

Pada kebiasaannya kita akan menjadi lebih kreatif apabila sesuatu perkara yang kita ingin lakukan itu berkait dengan orang yang kita sayang atau perkara yang kita suka. Kesibukan adalah lumrah bagi ibu-ibu yang bekerja. Ia sepatutnya menjadi suatu target dan titik tolak kepada kejayaan penyusuan, bukannya alasan untuk tidak melakukannya. Jika ada masalah, carilah jalan penyelesaian, bukan tunggu dan tunggu dengan mencipta seribu satu alasan. Sentiasalah kuatkan semangat dan positifkan minda kita.

Tidak kiralah apa jua jawatan kita, tugas wanita kini bukan sahaja sebagai ibu dan isteri, malah juga sebagai pekerja dan ahli masyarakat yang banyak menyumbang kepada pembangunan negara.

Tangan yang menghayun buaian juga bisa menggoncang dunia!”

Semoga perkongsian ini bermanfaat :)

1,949 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation