6 NUTRISI TERPENTING MAK MENGANDUNG MESTI MAKAN SUPAYA CUKUP ZAT DAN BABY TIDAK CACAT

Bila dah disahkan mengandung, biasanya doktor akan nasihatkan bakal ibu supaya jangan buat kerja berat-berat. Cliche tak? Padahal mengandung je, bukannya sakit apa-apa pun. Macam dalam drama TV kan. Terutamanya yang baru kahwin dan belum pernah ada anak sebelumnya.

Namun, hakikat sebenarnya, kerja-kerja rumah memang tak pernah habis. Mana mau nya masa mengandung asyik nak baring dan melingkar je atas katil kannn.

Ibu mengandung bukan sahaja memerlukan rehat yang cukup, tetapi yang lebih penting lagi ialah menjaga pemakanan agar seimbang dan cukup zat.

1. Asid Folik

Merupakan makanan penting untuk otak baby.
Sangat diperlukan untuk pengeluaran tenaga dan pembentukan sel darah merah. Menguatkan imuniti dengan membantu fungsi sel darah putih. Berfungsi sebagai ko-enzim dan sintesis DNA yang penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Amat berkesan jika digabungkan dengan vitamin B12 dan Vitamin C kerana ia membantu kadar penyerapan yang lebih baik.

Keperluan asid folik semasa mengandung ialah

Sumber Makanan :

  • barli
  • cendawan
  • brokoli
  • beras perang
  • kurma
  • daging merah

2. Asid Lemak Omega-3
Asid lemak tidak tepu yang terkandung di dalam pelbagai jenis sumber makanan. Dikategorikan sebagai “asid lemak perlu” kerana ia tidak dapat dihasilkan oleh badan dan perlu diambil daripada pemakanan harian.

Omega-3 sangat penting bagi pembentukan saraf pusat dan perkembangan saraf otak bayi.

Ibu hamil memerlukan  1500mg DHA dan 800mg EPA yang terdapat di dalam Omega-3 setiap hari.

Sumber Makanan :

  • ikan
  • minyak ikan
  • bijirin
  • telur omega

3. Protein

Semasa mengandung, tubuh ibu bekerja keras untuk membentuk sel-sel otak bayi. Oleh itu, badan ibu sangat memerlukan protein tambahan. Pada waktu ini, bakal-bakal ibu memerlukan lebih banyak protein sewaktu mengandung berbanding waktu-waktu yang lain.

Ibu hamil memerlukan sekitar 75 gram protein, 25 gram lebihan berbanding dengan ibu lain yang tidak hamil.

Sumber Makanan :

  • ayam
  • daging
  • ikan
  • telur

4. Zat Besi

Memainkan peranan penting dalam pengangkutan oksigen dari dalam paru-paru ke tisu tubuh. Zat besi bergabung dengan oksigen dan melepaskannya ke dalam tisu-tisu tubuh yang memerlukan. Zat besi diperlukan dalam pembentukan hemoglobin dan berperanan dalam fungsi imun.

Sepanjang mengandung, penggunaan zat besi akan bertambah 2 kali ganda untuk memenuhi keperluan ibu dan bayi. Zat besi yang tidak cukup akan menyebabkan ibu cepat letih, mudah sakit dan mendapat jangkitan penyakit. Risiko untuk melahirkan bayi yang tidak cukup bulan dan kurang berat badan juga adalah antara yang biasa berlaku.

Keperluan zat besi ibu mengandung ialah 27 mg sehari.

Sumber Makanan :

  • kerang-kerangan
  • hati
  • kekacang kering

5. Kalsium

Kalsium adalah mineral paling banyak yang terdapat di dalam badan kita – 90% bahan keras yang ada dalam tulang dan gigi. Diperlukan untuk pembentukan dan mengekalkan tulang yang kuat dan gigi yang sihat. Digunakan untuk pembekuan darah, menghantar gerakbalas saraf dan kontraksi otot serta mencegah penyakit osteoporosis.

Sewaktu mengandung, janin yang dikandung oleh ibu akan mengambil sekitar 25 mg – 30 mg sehari daripada ibunya. Trimester ketiga adalah klimaks kepada pengambilan kalsium yang tertinggi. Jika bekalan kalsium ibu tidak cukup, bayi akan mencurinya daripada tulang ibu. Oleh sebab itulah, ibu perlu memastikan sumber kalsium yang diambil mencukupi.

Keperluan kalsium yang cukup untuk ibu mengandung ialah 1000 mg sehari.

Sumber Makanan :

  • produk tenusu
  • yogurt
  • keju
  • bijirin soya

6. Iodin

Wanita mengandung dan bayi yang dikandung memerlukan iodin untuk menghasilan hormon tiroid. Hormon ini sangat penting untuk menyokong proses pertumbuhan bayi  di tahap normal seperti yang sepatutnya. Kekurangan hormon tiroid akan menyebabkan paras tiroksin yang rendah dan merencatkan pertumbuhan fizikal dan mental mereka.

Ibu mengandung yang “vegetarian”, mesti memastikan susu diambil dalam kuantiti yang mencukupi supaya kuantiti iodin yang diperlukan dapat menampung keperluan dirinya dan bayi di dalam kandungan.

Iodin sangat penting untuk proses tumbesaran, perkembangan saraf dan pembentukan sel otak bayi tetapi kuantiti yang diperlukan juga adalah sangat sedikit iaitu sebanyak 150 – 220 mcg sahaja.

Sumber Makanan :

  • makanan laut
  • susu
  • produk tenusu

Ramai yang menjaga pemakanan masa mengandung dengan menggunakan formula “makan untuk dua orang” sehingga menyebabkan berat badan naik mendadak dan terjebak dengan risiko GDM. Salah sebenarnya!

Tahukah Anda ibu menurut purata BMI Normal, ibu mengandung hanya perlu :

  1. Maintain 2000 kcal semasa Trimester Pertama (1-3 bulan)
  2. Tambahan 360 kcal = 2360 kcal semasa Trimester Kedua (4-6 bulan) dan
  3. Tambahan 470 kcal = 2470 kcal semasa Trimester Ketiga (7-9 bulan)

Yes betul.

Nutrisi adalah jauh lebih penting daripada makan banyak. Nutrien-nutrien ini sangat penting supaya masa mengandung tak gemuk sangat dan lepas bersalin senang turun berat badan.

Baca Juga : Bagaimana Nutrisi Shaklee Bantu Kawal Kencing Manis Ibu Semasa Mengandung

Cakap saja tak guna kan, meh kita layan video ni.

Mak mengandung pun boleh kuat jalan dan kuat panjat tau, bukan takat kuat makan dan kuat tidur je. Cerita dongeng macam ni biasa dengar daripada mak/nenek je kan? Nah, ini kisah mak moden.

Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.

Apa yang dia amalkan?

Tak lain dan tak bukan ialah SET KEHAMILAN SHAKLEE yang mengandungi kesemua nutrisi lengkap yang diperlukan oleh ibu dan bayi.

Saya sendiri telah merasainya sepanjang mengandungkan adik Ain Sufi 2 tahun lalu. Memang pengalaman yang super ohsem!

Baca Juga : Apa Yang Buat SET MENGANDUNG SHAKLEE Menjadi Pilihan Ibu dan Mendapat Undian Doktor Pakar Sakit Puan

Saya dah rasa, sebab tu teruja sangat. Proses bersalin mudah, baby pun tulangnya kuat dan berkulit bersih. Alhamdulillah.

Saya sudah, anda bila lagi?

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia

COD sekitar Bangi, Kajang dan Kawasan Berhampiran.

Hubungi Nusaybah Anuwar – 019-3832656

723 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation