5 TIPS ELAK KERAP MENGUNYAH RAHSIA MUDAH TURUN BERAT BADAN

Ramai daripada kita yang ingin sekali sentiasa kelihatan kurus, namun ramai juga yang menyangka tiada masalah untuk makan apa sahaja kerana kemudian nanti senaman boleh membakar kalori yang telah diambil.

junkfoodsvshealthyfoods

Kadangkala kita makan bukan kerana kita  benar-benar lapar, tetapi sebaliknya kerana tiada apa yang perlu dibuat. Makan kerana sedang bosan. Percaya atau tidak, ia adalah tabiat yang teruk dan boleh menaikkan berat badan kita dalam tidak sedar.

Berikut adalah 5 tips elak makan ketika sedang bosan yang boleh cuba diamalkan :

1. Lakukan aktiviti yang memerlukan pergerakan tangan (menjahit, menjahit, melipat kain)

2. Sediakan diari pemakanan (rekodkan nilai kalori yang diambil setiap hari)

3. Kenalpasti tahap kelaparan anda. Dalam skala 1-10, pastikan anda makan hanya jika ia berada dalam skala 7 dan ke atas.

4. Elak simpan bekas makanan di dalam bilik tidur atau di atas meja kerja (workstation) di pejabat. Ia akan meningkatkan keberangkalian kita untuk makan walaupun tidak lapar kerana keinginan untuk mengunyaj sesuatu.

5. Kunyah gula-gula getah sebagai senaman muka ketika kebosanan sedang melanda!

Sebenarnya, adalah lebih efektif jika kita dapat mengurangkan kalori yang diambil sehari-hari dan disertai dengan senaman atau aktiviti fizikal.

Sebagai contoh, mengelakkan diri daripada minum satu tin air bikarbonat yang mengandungi 140 kalori hanya mengambil masa selama beberapa minit berbanding workout yang perlu dilakukan selama setengah jam untuk membakarnya semula!

Anda juga boleh mengamalkan tips-tips best ini untuk kurus tanpa perlu bersenam.

Amalkan tips yang smart, makan dengan sihat.

Jom kurus dengan bijak!

908 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation