5 SIGNAL JERAWAT DI MUKA, CLUE SENANG UNTUK KULIT LICIN SEMULA

Assalamualaikum.

Hari ni rasa nak membebel pasal jerawat lah. Jerawat?! Ececeh.. sejak-sejak muka dah takde jerawat ni kemahen lagi asik nak story pasal jerawat jek kan..

Betul, bagi mereka yang dah pernah rasa, memang akan tahu betapa sang jerawat ni mampu menyebabkan seseorang rasa rendah diri dan hilang keyakinan nak berdepan dengan orang.

Jerawat. Hampir semua orang di dunia ni pernah dihiasi oleh jerawat samada lelaki atau perempuan, samada sebiji atau berbiji-biji, samada di wajah atau seluruh badan.

Ececeh lagi. Ulasan tu, tak tahan. Kalau dulu bukan main sensitip kalo orang duk sebut-sebut pasal jerawat. Muka memang ada senyum, tapi dalam hati terguris baq ang. Almaklum, orang perempuan..apa lagi musuh utama kalau bukan dia kan. Siap ada yang taklena tidur malam walaupun yang timbulnya cuma seketul. Tak lena sebab esok ada prentation, dan ada jerawat besar yang tumbuh betul-betul atas hidung!

Yang buat tambah tak seronoknya, jerawat boleh meninggalkan kesan parut bukan saja di muka atau badan, tapi juga di dalam hati. Kalau muka berjerawat dan bernanah itu sakit, jelingan orang dekat jerawat kita lebih menyakitkan.

Seperti yang diketahui, banyak faktor yang boleh mempengaruhi jerawat yang biasanya sangat meminati kawasan wajah kita ni. Salah satunya ialah hormon endrogen yang penting untuk meransang keinginan seks dan fungsi saluran pembiakan manusia.

Hormon endrogen mempengaruhi aktiviti kelenjar sebum (minyak) di mana ia mulai matang apabila kita mencapai usia remaja atau akil baligh. Semakin sibuk kelenjar-kelenjar ini menjalankan tugasnya, semakin banyak sebum akan terhasil dan menyebabkan kulit berminyak, jerawat dan masalah kelemumur. Sebab tu jugalah kulit lelaki lebih mudah kelihatan berminyak jika nak dibandingkan dengan kulit wanita.

Tapi, ada ramai juga wanita yang mengalami gejala hiper-androgen (terlebih hormon endrogen) yang menyebabkan kesan negatif pada kulit dan kecantikan wanita, termasuklah jerawat yang tidak diingini.

Selain itu, ia juga dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor genetik, pengambilan ubat-ubatan tertentu, penggunaan alat kosmetik yang tidak sesuai serta masalah berkaitan kesihatan, perubahan rutin atau kecelaruan hormon yang tidak stabil.

5 Petanda jerawat di muka yang kena tahu agar mudah diatasi tapa perlu berhabis wang :

1. Di sekitar dahi

  • waktu tidur yang tak menentu
  • diet yang tidak seimbang
  • pemakanan tak sihat

Yang ni saya memang perasan sangat. Dalam seminggu tu kalau tiba-tiba ada masalah dengan time management, ada kerja yang overload sampai selalu tak sempat makan on-time, terlalu kerap makan fast food dan tidur lewat, mesti nanti akan ada jerawat baru yang akan menjengah kat atas dahi.

Jadi, selalunya dalam keadaan macam ni, saya akan adjust balik masa, arrange semula jadual harian dan to-do-list. Paling lama pun dalam 2 minggu macam tu, jerawat akan mula surut dan dah stop. Waktu ni kerjanya nak setelkan parut pulak, lagi lama duduknya kat kulit kita, lagi susah nak hilang.

2. Hidung

  • sistem penghadaman terganggu
  • aliran darah tidak lancar

Sistem penghadaman kita ni penting sangat sebab hari-hari kita makan, jadi sepatutnya proses pembuangan sisa pun berlaku setiap hari jugak. Lagi teruk kalau nafas dah mula berbau, rasa sakit kepala dan letih melampau. Sebab itulah, sesekali memang kena cuci usus kita ni, untuk buang keladak yang dah jadi kerak dalam saluran penghadaman.

Apa lagi kalau yang tak pernah jalani detoks tu. Buat apa simpan bahan-bahan kumuh yang badan dah tak diperlukan. Bukan jerawat je yang datang, masalah-masalah lain pun sinonim sangat dengan sistem penghadaman yang lemah, macam rasa pedih ulu hati, gastrik dan sembelit.

3. Pipi (kanan)

  • terlebih mengambil produk tenusu
  • contohnya : susu, mentega, marjerin, keju

Kalau ada yang belum tau, produk tenusu yang dihasilkan secara komersil adalah hasil suntikan hormon kepada ternakan. Keperluan terhadap produk tenusu yang tinggi menyebabkan lembu disuruh menghasilkan susu secara paksa dan disuntik hormon untuk lebih cepat besar dan lebih banyak hasil. Memang tak elok kalau berlebihan.

Saya jarang-jarang sangat dapat jerawat dekat kawasan pipi kanan, sebabnya pun saya rasa sangat relevan sebab saya memang bukan seorang peminat produk tenusu. Setakat marjerin dan mentega tu adalah sikit, tapi jarang-jarang sangatlah. :)

4. Pipi (kiri)

  • tekanan
  • alergi

Bahagian pipi sebelah kiri ni sesekali memang ada juga, tapi dah baaaanyak sangat improvement sejak saya amalkan Set Alahan/Resdung Shaklee. Memang semua orang ada bergantung kepada apa yang trigger dia datang. Ada yang alah pada suhu, habuk, makanan laut. Saya?! Semuanya!

Terpaksa pantang makan walaupun udang, sotong semua tu favourite. Kadang-kadang still rasa tak percaya sebab saya dah boleh menyapu rumah sendiri, takpayah takut bersin sepanjang hari dah. Bocor rahsia sikit, kalau dulu every month memang ambik bibik untuk datang cuci rumah. hehehe..

Alhamdulillah, alahan pada habuk atau makanan laut sangat kurang, gatal-gatal hidung pun dah tak ada, jerawat pun dah segan-segan nak muncul dekat bahagian pipi saya. Membantu sangat bila dah tau maksud signal-signal ni. Lagi senang nak control jerawat yang memang kenkadang tu suka hati dia je nak datang bila. Feel more healthy and beauty gituh!

5. Mulut/dagu

  • hormon tak seimbang
  • tekanan
  • masalah pada sistem pencernaan

Jerawat bukanlah suatu penyakit yang perlu dirisau-risaukan, tetapi ramai yang mengakui bahawa secara keseluruhannya ia banyak mempengaruhi kehidupan peribadi seseorang.

Seperti juga masalah atau gangguan kesihatan yang lain, ia boleh diatasi dengan amalan gaya hidup sihat yang konsisten serta makananan berzat dan seimbang. Ubat atau suplemen tambahan adalah salah satu cara efektif yang membantu membetulkan semula hormon yang seringkali terganggu setiap kali bila berlakunya perubahan rutin harian yang kadang-kadang akan buat kita sangat penat dan mood pun lari ke laut.

Saya sendiri rasa perubahan yang sangat ketara sejak mengamalkan 3 biji kapsul GLA Complex sehari, sebulan dua ni.

Bercakap pasal diri sendiri, saya rasa sangat patut dan berbaloi untuk semua orang baik lelaki atau perempuan ambil tahu serba sedikit tentang petanda jerawat yang timbul pada muka kita. Setiap satunya membawa signal yang menunjukkan ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian, berkaitan dengan gaya hidup seharian kita.

Macam saya sendiri, apa yang paling seronok ialah, sejak tahu dan ambil berat pasal lokasi-lokasi jerawat tumbuh ni, memang lagi senang nak encounter dan settle kan berbanding masa tak tau dulu.. best kan?!

Again saya ulang untuk kesekian kalinya, mengatasi jerawat akan lebih mudah jika kita tau puncanya dan kaedah mengatasi pun lebih mujarab menggunakan kaedah holistik – rawatan secara menyeluruh, luar dan dalam. Bila dalaman sihat, inshaAllah luaran pun akan nampak cantik juga!

 

2,082 total views, 2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation