7 PUNCA PALING FAMOUS SUSU MERUDUM TAPI ENTAH KENAPA EMAKNYA TAK SEDAR-SEDAR

Seriously, to be frank kenkadang tu memang menyampah bila orang asik sebut perihal susu banyak.. susu banyak nii. Oii ingat tu jampi serapah ke hape?

Susu badan banyak or sikit ni bukannya satu magik atau anugerah yang diberikan kepada orang tertentu OK. Banyak benda yang kena diperhatikan dan tindakan yang kena buat sebelum nak cakap apa-apa.

Secara teorinya, banyak atau sikit susu badan seorang ibu itu akan ditentukan mengikut sebanyak mana juga keperluan bayi masing-masing. Tak semua baby sama kan?

Itu baru teori tau.

Tetapi, apa yang selalu berlaku in reality memang tak semudah teori itu.

Bila dah start masuk kerja, ramai ibu yang mendapati demand VS supply, atau keperluan anak melebihi hasil perahan yang ibu dapat pam dan bekalkan setiap hari. Memang rasa nak menangis weh!

Benarkah hal sebegini boleh berlaku?

Logik ke tiba-tiba boleh jadi macamtu?

Anak kita share minum susu dengan anak orang lain ke pulak?

Kenapa dan mengapa?

Jom kita tengok puncanya…

5 sebab utama susu badan boleh kurang :

1. Jadual mengepam yang berubah
Biasanya bila dah mula sibuk, ibu akan mula mengurangkan sesi mengepam kepada sekali (at least), atau kadang-kadang tak sempat pam langsung!

Itu belum dikira special case bila ibu terpaksa berjauhan dengan bayi seperti berkursus atau Outstation yang lama berhari-hari. Cukup seminggu je pun rutin berubah, susu boleh drop dengan drastik tau!

Dalam urusan kerja yang biasanya baby tak dibawa bersama, di sinilah hukum dan rule penyusuan kena faham betul-betul. Tak kisahlah anak ada depan mata atau jauh, ibu tetap kena tahu yang dia mesti keluarkan susu dengan kekerapan 8-12 kali sehari, atau 2-3 jam sekali setiap hari untuk maintain production (samada direct feed atau guna pam).

Bila frekuensi mengepam dikurangkan, susu ibu akan berkurangan kerana signal menghantar pesanan kepada otak untuk “buat susu” sudah dikurangkan. Umpamanya dulu sehari sorang customer biasa beli nasi lemak 2 bungkus, tapi sekarang dia cuma beli sebungkus je, jadi makcik kantin pun tak mau dah masak nasi banyak-banyak takut, nanti takde orang nak beli, jadi membazir pulak.

Penyelesaian : Tetap dengan rutin mengepam siang dan malam ikut time yang sepatutnya. Kalau tak sure berapa banyak, sesuaikan dengan berapa sebenarnya kuantiti oz yang anak kita perlukan. Jangan ikut-ikut anak orang. Nanti anak dia montel, anak kita selim.

Jangan rajin skip jadual mengepam, sebaliknya rajin-rajinkanlah diri untuk berdisiplin dalam mematuhi jadual itu . Kalau ada duit lebih, laburkanlah untuk beli pam yang canggih sikit, yang boleh handsfree, so sambil-sambil buat kerja tu boleh mengepam.

2. Cara penjaga/pengasuh/babysitter bagi anak kita minum susu

Kena faham dan ingat teori demand = supply. Macam agak tak logik kan bila hantar pengasuh je tiba-tiba baby kita minum lebih banyak dari supply. Mungkin jugak bergantung dengan cara macamana orang yang menjaga tu bagi susu kepada baby. Mungkin sekali asal nangis sikit je budak tu, dah disumbat susu.

Yang si baby pulak jangan ditanya, disebabkan aktiviti menghisap (sucking) tu boleh tenangkan dia, so dia hadap, hisap telan saje lah apa yang dah disuakan walaupun perut lansung tak lapar pun sebenarnya.

Cuba fikir balik, sebab tu lah banyak jadi kes si emak hanya mampu pam setakat 10oz, tapi baby nak minum sampai 20 oz. Dah biasa diajar budak tu asal bunyi ekk… sikit je pun dah menggelabah laju-laju nak, bagi susu. Lepas tu duk kata “anak aku ni tak sama macam budak lain, kuat betul minum weh!” Sedangkan si baby tu cuma nakkan perhatian je. Maka, daripada asik menyumbat, cuba tukar pulak approach dengan pelukan manja atau agah-agahkan dia. Sure tak larat pulak nanti nak melayan dia mengekek ketawa.

Lagi satu, ada pengasuh yang terus panaskan sebotol penuh susu yang mak baby bekalkan hari-hari. So walapun baby cuma minum sikit, semua baki susu yang tak habis memang akan dibuang macamtu je.

Penyelesaian : Selain kena rajin korek ilmu untuk diri sendiri, kena rajin jugak educate pengasuh bayi tentang cara handle susu ibu dengan baik dan bijak seboleh-bolehnya sejak hari pertama baby tu dijaga lagi. Sebab itulah saya degil cari taska Rakan Bayi dan sanggup bayar lebih sikit dekat pengasuh di Taska Al-Humairaa. :)

3. Cara si ibu menyimpan dan menguruskan susu perahan

Boleh rujuk link ini : Step by Step menyimpan dan menyelenggara EBM supaya susu setiasa cukup walaupun tanpa deep freezer

4. Keberkesanan dan kesesuaian pam, (bukan semestinya kena canggih dan mahal)

Macam benda-benda lain jugak, pam susu ni ada performance level dia yang tersendiri. Boleh jadi drop dia punya prestasi bila dah lama sangat dipakai – kena rajin-rajin servis atau ganti spare part. Misalnya valve (getah yang dispense susu) akan jadi haus dan longgar. Kesannya, pam tu tidak dapat membantu ibu mengosongkan payudara secara efektif lagi.

Penyelesaian : Gunakanlah pam yang berkualiti (bukan setakat murah, tapi tak semestinya kena mahal), serasi dan corongnya sesuai dengan bentuk breast sendiri (jangan suka sangat tiru orang). Biasakan buat marmet selepas pam untuk pastikan breast betul-betul kosong

5. Faktor pemakanan ibu – Diet harian atau ubat-ubatan tertentu

Bila si emak menyusu sakit, berjumpa doktor dan diberi ubat. Biasakan untuk beritahu doktor bahawasanya kita tengah breastfeed dan minta dia prescribe ubat yang selamat untuk ibu menyusu. Tak efek baby atau mak baby atau kauntiti susu yang nak dibagi dekat baby.

Bare in mind, sesetengah pil perancang boleh mengurangkan susu. Jadi, kalau tengah on family planning dan at da same time berhajat bagi anak menyusu badan jugak, please be alert dengan jenis pil yang sesuai supaya kedua-dua tujuan dapat dipenuhi.

Penyelesaian : Dapatkan nasihat lactation sebelum ambil apa-apa jenis perancang keluarga. Ambil tahu tentang kesan sampingan ubat terhadap penyusuan. Seboleh-bolehnya dapatkan alternatif yang lebih selamat macam vitamin semulajadi Shaklee yang sangat mesra ibu menyusu. Ingat, vitamin tu bukan ubat tau!

6. Punca daripada bayi – growth spurts

Bila bayi mengalami growth spurts, memang ibu kena ramalkan yang perangai dan tabiat menyusu si kenit pun akan turut berubah. Mungkin jadi semakin demanding sampai kita pun tak faham apa yang dia nak sebenarnya.

Penyelesaian : Jangan cepat stress, sebaliknya sediakan stok ebm extra untuk menghadapi saat begini dan tambah sesi mengepam untuk cover demand anak. Jangan pulak laju-laju nak surrender dan top-up dengan susu formula. Inilah masanya nak berjuang duhai mama!

7. Nutrien – Mak tak cukup nutrisi

Bukan ibu mengandung je yang kena makan baik-baik, menu sihat-sihat. Ibu menyusu pun sama penting untuk makan makanan berkhasiat dan lengkap dengan nutrisi. No wonder lah sejak ambil Set Menyusu Shaklee yang complete sepanjang berpantang dan sampai sekarang ni saya sendiri pun rasa perjalanan penyusuan lebih mudah.

Bila dah banyak kerja dan baby makin lasak, ibu sangat cenderung untuk jadi stress. Lagi-lagi bila si ibu ni jenis yang nak semuanya lengkap tersedia untuk anak tersayang. Mana-mana ibu pun macamtu kan? Saya sendiri mengaku, bila dah rasa seronok dapat breastfeed anak sendiri tu.. naklah pulak buat homemade solid food untuk dia. Lepas tu akhirnya penat dan stress. Mujurlah sejak awal saya memang consume B-Complex Shaklee – tablet anti stress terbaiikkk.. :)

Stress boleh mengurangkan susu?

Ya, kerana tubuh kita penat sangat, minda kita pulak letih memikir dan buat benda-benda lain sampai tak terlayan hormon-hormon penyusuan (prolaktin) yang fragile dan mudah sangat nak merajuk.

Penyelesaian : Amalkan pemakanan sihat, minum air yang banyak dan jangan culas untuk patuhi rules penyusuan. Jangan terlebih risau bila susu kurang. Biasalah tu. Ini memang asam garam dunia penyusuan. Yang penting, kita tahu dari mana punca dan macamana nak kasi settle.

Bagi saya sendiri, saya memang sangat percaya yang keperluan ibu menyusu ni tak ada bezanya dengan ibu mengandung. Kenapa?

Sebab, kalau masa mengandung zat dan nutrisi yang cukup penting untuk dibekalkan kepada baby melalui uri, masa menyusu pulak, perkara yang sama terjadi di mana bila ibu cukup dengan zat yang sepatutnya diperlukan, maka perjalanan penyusuan juga akan menjadi lancar dan lebih mudah.

Secara tak lansung susu yang dihasilkan pun bukan setakat banyak tapi akan jadi lebih berkualiti.

Ibu yang bertenaga dan sihat emosi ialah ibu yang cukup vitamins :)

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia – Hubungi Nusaybah Anuwar

COD available sekitar Kajang dan Bangi serta penghantaran ke seluruh kawasan menggunakan kurier terpilih.

1,000 total views, 2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation