5 PUNCA KULIT SENSITIF YANG ORANG PEREMPUAN KENA AMBIL TAHU

Apa yang kebanyakan orang risau sangat pasal kulit sensitif ni?

Apa agaknya perasaan diorang ni bila kulit selalu bertanda, mudah timbul ruam dan gatal.

Muka pula asyiklah ditumbuhi jerawat, senang sangat berparut dan pantang ada silap sikit, mesti habis jahanam.

Iya.

Cakap pasal diri sendiri sebenarnya ni. Saya seorang yang berkulit sensitif dan sangat banyak kesan syiling yang jelas nampak di permukaan kulit.

Sejak lahir ke kau macamtu Saybah?

Entahlah.

Kalau cakap pasal keturunan atau genetik family, adik beradik saya yang 8 orang lagi tu, tak ada pulak masalah macam ni.

Apa agaknya ya yang jadi punca kulit sensitif ni?

Jom semak, adakah ini anda?

Hormon tak seimbang

Kalau ada yang tak tahu, setiap kali kita rasa stress, tak kisahlah sebab beban kerja yang tak habis-habis atau masalah dunia yang lain, kulit kita akan mula mengada-ngada, minta perhatian.

Yes, itu tandanya. Kulit jadi sensitif.

Sebabnya ialah perubahan hormon kita yang turut sama jadi tak stabil. Ini paling biasa berlaku pad ibu mengandung (fasa kehamilan) dan wanita pra-menopause/menopause (umur meningkat).

Perubahan cuaca

Perubahan iklim cuaca yang berubah-ubah juga boleh mempengaruhi kadar penghasilan minyak pada kulit sehingga menyebabkan alahan dan kulit jadi sensitif.

Jangan ingat isu kulit sensitif ni hanya jadi masa cuaca panas saja, kulit sensitif juga sangat mudah terjadi jika kita terdedah kepada suhu sejuk yang melampau yang menyebabkan kulit kita menjadi kering, gatal dan sensitif.

Penggunaaan produk kecantikan yang tidak sesuai

Kandungan bahan kimia yang ada dalam produk kecantikan menyebabkan kulit luar kita menipis dan mudah terhakis.

Contohnya, penggunaan produk pengelupasan yang kononnya membuang lapisan kulit bermasalah tetapi hakikatnya lapisan epidermis yang melindungi kulit tu dah dihapuskan, sedangkan dialah sepatutnya yang menghalang serangan sinar UV dan radikal bebas.

Ia menipiskan lapisan kulit sampai nampak urat-urat biru dan merah ynag timbul di kulit muka.

Kandungan bahan kimia ini akan merosakkan bahagian kulit paling dalam, dan ambil masa yang lama untuk ia kembali pulih, seperti sediakala.

Pola pemakanan yang serba mudah dan tidak seimbang

Kekurangan nutrisi yang cukup dan kekurangan air yang diperlukan tubuh badan juga akan mengakibatkan kulit kering, sehingga paras sensitiviti kulit jadi makin meningkat.

Makan makanan yang tak sihat, makanan bergoreng, makanan berminyak juga akan meningkatkan paras sensitiviti kulit.

Tidak memakai pelindung cahaya matahari

Semasa kulit kita terkena sinaran UV, ia akan menjejaskan pembentukan kolagen pada kulit dan menyebabkan terhasilnya pigmentasi.

Di sinilah fungsi melanin yang akan menyerap sinar UV yang singgah pada kulit kita. Kejadian yang berulang-ulang ini akan jadikan proses penuaan terjadi sangat cepat, lebih awal daripada usia sebenar kita.

So..

Apa nak buat?

Supplement wisely.

Amalkan gaya hidup sihat.

Pastikan produk yang kita guna bukan sekadar berkesan, tapi semulajadi dan selamat digunakan dalam masa panjang.

Iyalah kan, takkan bulan ni pakai satu jenis produk, lepas tu bulan depan terpaksa tukar produk jenama lain pula sebab keluar berita ada bahan terlarang kan?

Ini bukan isu main-main tau. Dah ramai yang jadi mangsa produk haramjadah macam ni sebab kurang ilmu, tak perasan, tak sangka dan akhirnya…

Kulit jadi sensitif seumur hidup, kesan daripada rasa “alaaa.. Tak ada apa kot, sapu-sapu kat luar je”

Ingat ni, kulit yang sihat akan nampak cantik dan “tahan lasak”. Bukan cantik harini, tapi “makan dalam” 5 tahun lagi.

Kecantikan adalah sebuah kesabaran.

Life is a Story
Facebook: Nusaybah Anuwar
FB Page: i-Nutrisi / Tips Hamil Sihat dan Cantik
Emel: imanusaybah@gmail.com
Contact No: 019-3832656

“You’re the writer of your life”

180 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation