5 LANGKAH MEMPERCEPATKAN PENYEMBUHAN TULANG PATAH SECARA SEMULAJADI

Bone fructure atau tulang patah ialah keadaan di mana bahagian tulang tertentu tidak mampu menampung bebanan tekanan yang datang padanya.

2 faktor utama bagaimana patah tulang boleh berlaku

PERTAMA : Bebanan yang terlalu kuat sehingga menyebabkan kecederaan – kemalangan, jatuh dari tempat tinggi

KEDUA : Keadaan kekuatan tulang seseorang – ramai yang mengalami masalah tulang rapuh (osteoporosis) tetapi tidak sedar sehinggalah berlaku sesuatu yang serius seperti faktor PERTAMA.

5 Langkah Penting untuk Membantu Penyembuhan Segera Tulang Patah :

1. Amalkan diet pemakanan yang seimbang

Proses penyembuhan tulang patah memerlukan nutrisi yang cukup daripada kesemua kumpulan makanan selama tempoh pemulihan.

Pesakit yang mengalami kecederaan patah tulang mesti mengamalkan diet yang seimbang supaya tulang yang cedera dapat kembali sembuh tanpa risiko komplikasi lain yang mungkin terjadi.

Apa yang masuk ke dalam badanlah yang menentukan bagaimana tubuh mampu membaikpulih kecederaan yang berlaku dan dapat bekerja dengan baik.

2. Pastikan tubuh mendapat bekalan kalsium yang cukup

Seperti yang sudah diketahui ramai, kalsium merupakan nutrien yang paling penting untuk kesihatan tulang. Komposisi tulang itu sendiri terdiri daripada kira-kira 70% kalsium.

Kalsium adalah mineral utama yang diperlukan untuk membina dan mengekalkan tulang yang sihat dan normal selain membantu pembekuan darah dan pengecutan otot.

Antara sumber kalsium yang boleh diperolehi daripada makanan :

  • Susu dan hasil tenusu : keju dan yougurt
  • Ikan yang tulangnya boleh dimakan : sardin dalam tin dan ikan bilis
  • Kacang dan produk kekacang seperti dal, tauhu dan tempe
  • Sayur hijau : bayam, salad, sawi, cekur manis, pucuk ubi, kailan, brokoli
  • Makanan terproses yang kaya dengan kalsium : bijirin sarapan (breakfast cereals), biskut, susu soya, roti

OSTEMATRIX – Tablet kalsium lengkap dengan vitamin D dan magnesium untuk penyerapan maksimum.

ikonbelisekarang

3. Patuhi pelan penyembuhan yang telah dicadangkan oleh pakar

Kaedah rawatan dan pelan penyembuhan bergantung kepada kecederaan yang dialami dan lokasi tulang yang tercedera.

Rawatan konservatif – Menarik tulang ke posisi normal menggunakan simen untuk percantuman semula.

Kaedah pembedahan – Jika terdapat serpihan tulang yang gagal disambung, patah yang melibatkan sendi atau patah yang mempunyai luka.

Pelbagai alat akan digunakan untuk memegang tulang kembali ke posisi normal seperti wayar, besi, skru atau paku.

4. Sentiasa dapatkan nasihat doktor dan dietitian

Pesakit tulang patah akan diberikan jadual untuk follow-up dari semasa ke semasa sepanjang tempoh dijangka sembuh.

Pihak hospital juga akan menyediakan pelan penyembuhan seperti fisioterapi dan rehabilitasi supaya pesakit tulang patah dapat kembali bergerak seperti sediakala.

Pesakit akan disarankan agar makan makanan yang berkhasiat supaya tulang yang patah akan segera sembuh.

5. Berhenti merokok

Sekali baca mesti rasa macam cliche dan sedikit kontroversi kan?

Tetapi, tahukah anda bahawa tabiat merokok boleh melambatkan proses penyembuhan tulang patah?

Merokok akan mengganggu perjalanan darah ke tulang dan ia juga berisiko menyebabkan komplikasi lain di bahagian tulang yang sudah patah.

Jika seorang perokok perlu menjalani pembedahan patah tulang, doktor akan mengesyorkan untuk berhenti merokok sebulan dua lebih awal supaya penyembuhan selepas itu akan lebih cepat.

Baca : 5 nutrisi penting untuk penyembuhan tulang patah secara semulajadi

Kecederaan patah yang berpunca daripada keretakan tulang penghidap osteoporosis yang tidak tahu mereka mempunyai masalah tulang poros adalah kejadian yang paling kerap berlaku.

Sayangi tulang, pastikan ia cukup nutrisi sampai ke hujung usia kita. Usia emas bukanlah masa untuk menderita sakit akibat kurang nutrien di sengaja dibiarkan berlarutan.

Dengan penjagaan yang baik, senaman dan makanan tambahan yang betul, penyakit tulang seperti osteoporosis dan penyakit sendi seperti arthritis boleh dicegah supaya kita dapat menjalani kehidupan yang sihat dan berkualiti.

Life is a Story

Facebook: Nusaybah Anuwar
FB Page: i-Nutrisi / Tips Hamil Sihat dan Cantik
Emel: imanusaybah@gmail.com
Contact No: 019-3832656

“You’re the writer of your life”

116 total views, 7 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation