5 KESILAPAN ORANG SELALU BUAT NAK MENGHAPUS PERUT BUNCIT YANG ADA VISCERAL FAT

Apabila bercakap tentang hasrat untuk menghapuskan lemak perut, ia merujuk kepada dua jenis tisu lemak :

  • visceral fat/lemak perut (kadang-kadang dipanggil lemak aktif)
  • lemak subkutaneus – disimpan tepat di bawah kulit (boleh dipicit-picit dari perut, lengan, paha atau bahagian lain di badan kita.

Visceral fat adalah lemak badan yang jauh lebih sukar untuk dikenalpasti sebab ia disimpan di dalam rongga perut (sekitar organ-organ dalaman yang penting seperti hati, pankreas dan usus)

Sebanyak mana jumlah visceral fat yang disimpan ini pula dikaitkan dengan peningkatan risiko beberapa masalah kesihatan kronik termasuklah strok dan diabetes type 2.

Visceral fat atau dikenali sebagai lemak perut adalah lemak yang sangat berbahaya yang berada di bahagian dalam, di sekitar organ-organ kita.

Dalam 2 minggu pertama kita mula melakukan perubahan dalam diet dan senaman, hilangnya lemak perut adalah yang paling penting. Memang akan memberikan penurunan berat badan yang sangat ketara dalam masa yang singkat.

Lepas ni bolehlan disesuaikan pula dengan gaya hidup yang lebih sihat. Demi penurunan lemak yang maksimum katanya! :)

Jom belajar tentang fakta bagaimana tubuh menyimpan dan menghilangkan lemak perut dan apa silap yang kita dah buat sampaikan buncit sehingga ke hari ini.

Kesilapan#1 : Percubaan fokus pada otot perut

Lemak perut adalah sama seperti lemak di bahagian tubuh yang lain juga. Ia tidak akan dapat dihilangkan hanya di kawasan itu sahaja, dengan melakukan senaman yang hanya fokus pada bahagian yang tertentu saja.

Lemak yang ada pada tubuh kita perlu dinyahkan dengan kombinasi diet dan senaman yang seimbang dan sama rata meliputi kesemua kawasan tubuh di mana lemak tersebut disimpan.

Kesilapan#2 : Membiarkan diri kelaparan

Makan terlalu sedikit akan memberi signal kepada tubuh untuk bertukar mode kepada penyimpanan lemak. Jadi, makanlah sarapan yang lengkap, snek yang sihat dan buah-buahan serta sayuran segar (fresh).

Wanita tidak boleh makan kurang daripada 1500 kilo kalori (kcal) setiap hari, manakala lelaki pula tidak boleh kurang daripada 1700 kcal.

Kesilapan#3 : Terlalu concern pada diet dan senaman

Walaupun 2 perkara ini adalah point yang paling utama, tidur dan stress juga berperanan penting dalam mengurangkan lemak perut. Tidak cukup tidur atau terlampau stress akan meransang tubuh kita menghasilkan hormon kortisol – yang bertugas menyimpan lemak di bahagian tengah tubuh kita (perut).

Kesilapan#4 : Percaya sepenuhnya pada detoks atau diet cecair

Kaedah detoks biasanya hanya efektif untuk menghilangkan berat badan jika digabungkan dengan diet sihat, manakala diet cecair pula tidak mampu memberikan tubuh kita nutrisi yang diperlukan untuk penurunan berat badan yang konsisten.

Sebagai gantinya, pilihlah untuk mengubah tabiat makan baru yang lebih sihat kepada produk segar, protein rendah lemak, dan bijirin yang tinggi serat. Barulah padu!

Kesilapan#5 : Mengharapkan penurunan berat badan yang sama

Kita akan kehilangan lemak beberapa cm lebih banyak di perut dalam masa 2 minggu pertama berbanding minggu-minggu seterusnya (dengan syarat masih tegar dengan rutin sihat menurunkan berat badan).

Jika lebihan berat badan kita (sekitar 6-8 kg dari berat badan normal) kita akan dapat melihat hasil yang memberansangkan dalam tempoh 2 minggu pertama, dan selepas itu bersedialah kerana pengurangan lemak pada bahagian perut akan dirasakan lebih sukar.

Sebab itulah, jangan berhenti sebaliknya kena terus berjuang sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun supaya tak jadi berat yo-yo (naik mendadak semula selepas derhaka pada rutin)!

Baca Juga : Kenapa kulit menggeleber selepas kurus dan muka nampak kusam walaupun dah selim

Ingatlah bahawa tidak semua lemak sama

Lemak perut yang disimpan di sekitar organ disebut sebagai visceral fat dan lemak tersebut akan meningkatkan kemungkinan kita menghidap diabetes, penyakit jantung, dan kanser.

Jika anda ada menyimpan lemak pada paha, punggung dan lengan, ia adalah lebih sihat dan selamat daripada berperut buncit.

Baca Juga : 7 Sebab saya suka sangat makan lemak bernama lecithin

Apa masalahnya kalau ada visceral fat?

Terlalu banyak visceral fat dalam badan boleh mengganggu fungsi hati (hati berlemak) dan komunikasi hormon normal antara organ-organ penting dalam badan kita.

Ini boleh menyebabkan terjadinya rintangan insulin (permulaan penyakit diabetes), tekanan darah tinggi, paras kolesterol yang tinggi dan risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit jantung dan strok.

Tersimpannya visceral fat yang tinggi juga dikaitkan dengan kanser payudara, kanser kolorektal (usus), penyakit alzheimer dan dementia.

Ukuran pinggang yang lebih besar, digabungkan dengan tekanan darah tinggi, trigliserida tinggi (lemak dalam darah), HDL rendah (kolesterol baik) dan kenaikan gula dalam darah yang bermula dengan kedai-kedai di perut yang menyimpan banyak visceral fat.

Tetapi ada sesuatu yang boleh dilakukan untuk menghentikan dan mengurangkan pengumpulan lemak yang berbahaya ini.

Perubahan gaya hidup termasuk diet dan rutin senaman akan membantu menggalakkan penggunaan visceral fat dan mengurangkan faktor risiko untuk mendapat penyakit kronik.

Ubah tabiat buruk kepada yang lebih comel.

Kalau sebelum ni biasa makan depan TV, tukar terus!

Kenapa? Habit makan sambil menikmati siaran televisyen akan membuatkan kita leka dan cenderung untuk makan lebih banyak.

Ubah juga tabiat suka qada tidur di hari minggu untuk bersenam lebih lama walaupun setakat berjalan di taman atau window shopping di dalam mall. Dah tahu kan, malas dan bermalasan tu adalah punca penyakit ?

Untuk kesihatan, pastikan ukuran pinggang kurang daripada 35 inci jika anda seorang wanita dan kurang daripada 40 inci jika anda seorang lelaki.

Fikirkan. Orang kurus pun boleh ada banyak visceral fat, apa lagi orang yang gemuk dan buncit. Seperti petikan daripada kata-kata Dr.Rajban Sigh dalam forum “Do Supplement Works” di Shaklee BLNC Februari lepas, hanya 30% sahaja penyakit disebabkan oleh faktor genetik, yang selebihnya adalah berpunca daripada gaya hidup yang tidak sihat dan kesilapan sendiri.

Silap apa?

Seaktif mana kita sehari-hari.

Visceral fat sangat suka dengan orang yang kehidupan hariannya tidak aktif. Dalam sebuah kajian yang dibuat, orang kurus yang tidak bersenam adalah lebih tinggi risiko untuk mempunyai visceral fat yang tinggi kerana mereka senang hati tidak buruk dipandang kerna dah berbadan selim.

Kuncinya, mulakanlah bersenam tak kisahlah even dah femfeeling rasa badan tu kurus macam rusa atau gemuk macam badak!

Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee atau konsultasi berterusan, eksklusif untuk pelanggan nusaybahanuwar.com yang dikasihi.

SID Pro

Facebook : Nusaybah Anuwar

FB Page : i-Nutrisi / Tips Hamil Sihat dan Cantik

Shaklee ID : 932852

Emel : imanusaybah@gmail.com

Contact No : 019-3832656

472 total views, 3 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation